Monday, August 25, 2008

Menjelang RAMADHAN (1)

Muhasabah dan kritik diri sendiri.


Sewaktu hendak memasuki dunia blog. Dan sewaktu hendak menyertai dan memeriahkan dunia blog. Ada beberapa orang sahabat yang memberikan pelbagai pandangan. Dan kesemua cadangan, pandangan atau maklumbalas itu akan terima dengan lapang dada. Yang penting adalah niat. Dan biarlah apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah. Kita berkongsi kisah suka duka dan dalam masa yang sama kita menegur untuk kebaikan dan mendidik dalam situasi harmoni.


Setelah 3 tahun aku berblog. Setelah aku masuk ke blog - blog lain dan ratusan jumlahnya. Aku dapati ada satu unsur yang kurang harmoni. Dimana, seperti yang semua bloggers ketahui dan maklumi. Dimana, terdapat mereka yang meninggalkan jejak yang tidak mempunyai sikap sebagai seorang muslim yang baik.


Aku sedar. Blog aku dan jutaan blog lagi. Akan dilawati dan dikunjungi oleh manusia yang pelbagai. Antaranya, ada pengunjung muslim dan 'non-muslim.'


Dan satu perkara yang pasti. Blog PERIBADI adalah tetap sebagai blog peribadi. Terpulang kepada pemiliknya untuk menulis dan mencatatkan apa yang dia suka. Tiada halangan. Cuma, apabila pemilik blog itu seorang muslim. Maka ada tanggungjawab tertentu yang perlu dilaksanakan.


Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah. Bukan semua atau setiap apa yang berlaku akan diceritakan secara terperinci oleh bloggers didalam blog masing - masing. Kerana, berkemungkinan akan mendedahkan kekurangan atau keaiban diri sendiri, mahupun insan lain.


Ada pengunjung yang menjadi pembaca sahaja atau dikenali sebagai 'silent reader'. Ada pembaca yang sering meninggalkan jejak dan mempunyai pelbagai nama. Namun, kepada semua bloggers. Aku yakin, kalian juga akan berhadapan dengan pengunjung dari spesis yang pandai menegur dan mengkritik, tetapi tidak mempunyai fikiran terbuka. Andainya mereka seorang Islam, maka mereka tidak mempunyai ciri - ciri sebagai seorang muslim yang baik.


Bagi aku mudah sahaja. Andainya mereka seorang muslim. Maka, mereka perlu mempunyai keberanian untuk menegur dan niat kerana Allah. Tidak perlu menggunakan panggilan - 'anonymous'.


Aku lebih menghormati dan menghargai, mereka yang mempunyai keberanian dan keikhlasan untuk memberikan teguran secara beradab sebagai seorang muslim. Seperti aku telah nyatakan tadi. Bukan semua yang terjadi didalam kehidupan seorang bloggers itu diceritakan dan didedahkan untuk bacaan dan tatapan orang lain.


Sejujurnya, aku merasa terharu dengan sikap yang diambil oleh ramai pengunjung blog ini. Dimana, mereka mengambil sikap sebagai seorang muslim yang baik, dengan berusaha mengirimkan emel secara peribadi kepadaku. Bertanyakan khabar, menjalinkan ukhuwwah, menyelidiki perkara sebenar. Dan akhirnya bertemu di alam maya dan barulah terang dan jelas duduk perkara sebenar apa yang berlaku dan apa yang TERSURAT.


Akhirnya, nasihat aku kepada - anonymous. Sempena dengan kehadiran Ramadhan yang mulia ini. Ambillah sikap sebagai seorang muslim yang baik. Dengan menjalinkan ukhuwwah sesama muslim. Jika ragu - ragu dan tidak pasti dengan keadaan semasa. Adalah lebih aula untuk tidak meninggalkan jejak dan memberikan kritikan yang boleh mengeruhkan keadaan.


Setiap manusia PASTI ada kekurangan. Yang penting, berusahalah menjadi seorang muslim yang baik dan tiada KEKURANGAN bila berada di hadapan RABB di padang mahsyar kelak.

18 comments:

Ungku Nor said...

abang Long,
sebab tu la saya disablekan anonymous kat komen blogspot saya.

tak senang nak layan lalat-lalat pembawak penyakit suma tu..hehehe

Anonymous said...

abg long,
biarkan die..die x berada dalam situasi abg long,boleh lah die cakap gitu..tuhan tu maha adil..hidup ni umpama roda,satu hari nanti die ade dibawah,barulah die tahu langit tu tinggi atau rendah...nyway,kami sebagai sahabat,akan tetap membantu walopun bukan dari segi wang,tp sekurang-kurangnya jadi bahu tuk menangis...

Kak Long said...

Abang long, menulis itu satu tanggungjawab. terutama bila apa yang ditulis menjadi tatapan umum, lebih besar tanggungjawabnya. Setiap apa yang kita tulis akan memberi kesan pada si pembaca, kalau baik alhamdulillah. Tapi soalnya kalau tak baik, sedarkah kita? maklumlah memblog ni mengasyikkan. kita ni manusia biasa je, sering alpa

KV said...

kdg2, setiap kali buat en3, berkali kali kv fikir takut menyinggung perasaan org. Padahal ia adalah catatan peribadi. Hmm...

fusarium solani said...

salam,
anonymous itu pengecut!

aliff berprinsip berani kerana benar,
takut kerana salah.

biarkanlah dia dengan labu-labunya terjun abang long!

toksah fikir!

m.q said...

ada anonymous ke?
tak nampak punnn


@_@ buat xtau je abglong...

NURAZZAH8 said...

Sesungguhnya tolong-menolong di antara sesama insan, terutama mereka yang seagama dengan kita adalah sanga-sangat dituntut oleh Islam. Ia ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya.
Saya tak fikir pun bahawa abang long hanya menagih simpati murahan dari para pembaca sekelian.

Jika kita hendak menolong orang lain, tidak perlu lah fikirkan samada orang itu berpura-pura atau pun mengambil kesempatan, setelah kita tolong, selebihnya adalah antara abang long sendiri dengan Allah SWT. Jika abang long berada di pihak yang memang memerlukan, sebenarnya memberi kesempatan kpd sesiapa yang memberi itu berbuat pahala kebaikan, tetapi jika abang long hanya berpura-pura menagih simpati, serahkan sahaja kepada Allah SWT utk mengadilinya.

Teringat saya satu peringatan dari pembacaan dan juga ceramah seorang ustaz, jika kita di rumah seronok bersuka-ria makan dengan sekenyang-kenyangnya, sedangkan jiran di sebelah rumah sendiri kelaparan, kita bukanlah termasuk dalam golongan orang2 mukmin sejati.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

Janganlah berdukacita wahai kekandaku (hikhikhik). Sabo jer la .Mereka tidak mengerti tu . Wah, dah ada phone baru ye . Nanti boley la misscall2 ajak gi ngeteh dgn pok cik sekali sblm bulan posa ni .ekekekeke...

Nek Cun said...

Abang long, itulah sebabnya nekcun tak kisah nak beritahu yang nekcun ni dah bercucu... Nak buat apa nak 'anonymous'. Bagi nekcun, apa yang kita tulis biarlah yang boleh dijadikan iktibar atau pun nasihat. Sekurang-kurangnya kalau kita dah mati nanti, orang akan ingat yang baik-baik pada kita...tul tak?

Anonymous said...

abang long kena berani menerima kritikan walau dari mana sumbernya, jangan terlalu mengharap kritikan yang elok elok saja kerana itu juga akan melalaikan kita terima saja ape adenya. Sesungguhnya yang elok itu dari DIA dan yang buruk itu dari kita. Selamat Menyambut Ramadhan.

attyfir said...

salam abg long..
selamat menyambut ramadan

Mak Su said...

saya suka tinggalkan jejak bertapak, saya tak suka sorok-sorok or intai-intai

Puteri Satu said...

ada gak ye...jangan kisahla abang long...yang penting...abang long akan berjaya dalam bisnes..ye..

en_me said...

setiap apa yg kita buat n lakukan, mesti ada cabarannya.. salammmz abang long itteww

zino said...

manusia ni ada bermacam macam ragam.. dan kita memang tak ada cara utk mengawal mereka tapi kita boleh kawal diri kita dan kita boleh kawal blog kita..

kalau tidak selesa dengan mereka mungkin tak perlu beri laluan..

Anonymous said...

biasa la tu abg long. saya ni bkn takat kat blog, dlm e-mail, sms mcm-mcm dpt komen. tp saya ignore je. kalo anonymous & komen dia baik & bernas saya approve. blog kita hak kita...tulis la apa yg kita rasa nk tulis asal jgn jd mcm raja petra sudah....hehe

Anonymous said...

Salam AbgLong..saya sangat bersetuju bahawa kadang2 kita tak menceritakan sepenuhnya hal2 peribadi, cuma berkongsi mana yang patut sahaja dan penilaian daripada Anonymous yang hanya singgah sekali dua, membaca tanpa menyelak entri2 terdahulu sangat tidak adil.

Kadang2 kita menulis kerana pembaca tegar kita adalah kawan2 yang mengikut entri kita bertahun2, meraka tahu dan faham keseluruhan kisah kita tetapi Anon yang bru singgah cuma tahu separuh saja.

Anonymous said...

Salam,

Panjang tu En abglong.. pada am lah selalunya just abaikan komen camtu dan kalau am tak suka am terus delete komen tu... sepanjang am berblog dalam 2-3 saja am pernah delete mungkin sikap keterbuakaan am yang buat terus menulis tanpa menghiraukan lalat2 yang suka menyalak tak tentu pasal tu..