Saturday, August 23, 2008

Bicara Bisnes (18)

Peti Sejuk dan Telefon bimbit. Dua taukeh.

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya peti sejuk telah dibaiki. TERIMA KASIH kepada Hamba Allah yang telah menghulurkan sumbangan wang.

Tidak terucap rasa kesyukuran. Sekarang aku sudah boleh menjalankan kembali bisnes dadih yang telah terhenti beberapa ketika.

Bayaran sebanyak RM250. Telah dilunaskan. Kerosakan dibahagian pintu, iaitu getahnya terpaksa ditukar. Dan kawasan simpanan gas telah ditutup.

Sambil berjalan di deretan kedai. Tiba - tiba mataku terpempan ke arah sebuah peti sejuk baru. Tertera harganya RM550. Aku merenung sambil menggaru kepala.

# Aku menyesal kerana tidak membuat pemerhatian terperinci.



Aku memang tidak keruan. Aku gelisah. Aku garu kepala semahu - mahunya. Aku MALU !

Seorang HAMBA ALLAH telah memberikan sebuah telefon bimbit baru kepadaku. Aku rasa macam nak lari. Aku tidak tahu apa hendak cakap lagi. HAMBA ALLAH ini seorang sahabat. Tetapi dek kerana keikhlasan beliau. Aku terima jua pemberian itu.

Ya ALLAH. Dalam tempoh dua hari. ENGKAU memberikan rezeki dari sumber yang tidak terfikir oleh akal.

"Ya ALLAH yang MAHA BERKUASA dan MAHA HEBAT. Aku bermohon kepadamu YA ALLAH. Supaya ENGKAU panjangkan umur, murahkan rezeki, berkatilah, rahmatilah, dan berikan kesihatan yang baik buat mereka yang ikhlas membantu aku. Yan pasti aku tidak akan mampu membalas JASA mereka yang terlalu besar. Hanya kepadaMU aku serahkan segala - galanya."

"Mana abang dapat duit dan telefon bimbit ini?" Soal isteri ku meminta penjelasan.

"Rezeki turun dari langit... Malaikat yang hulurkan" aku menjawab dengan serius.

10 comments:

Ungku Nor said...

semoga Tuhan melimpahkan rezeki dan kesejahteraan hidup kepada mereka yang memberi dan lebih-lebih lagi kepada abang Long.
Amin.

en_me said...

moga moga bisnes bang long akan bertambah maju.. gittewww

Anonymous said...

moga hidup abg long makin bersinar lepas nih. dn jgn lupa sujud syukur.. =)

zino said...

ada dugaan ada jalan penyelesaian nya.. allah memudahkan nya utk abanglong.. syukur kepadaNya.. amin

m.q said...

happy ramadhan utk abglong sekeluarga..

cikMilah said...

Salam AbangLong,
Alhamdulillah. Semuga terus berusaha dan amalkan ayat seribu dinar, InsyaAllah, rezeki melimpah dari rahmat Allah.

Anonymous said...

Assalamualaikum bro Long,

Ingat selalu pesan saya; usaha, doa & tawakal. InsyaAllah, ikhlaskan hati & usaha.

-- Web Sutera
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com

Anonymous said...

Aslm...

Cukuplah Abg Long...Jgn terlalu gembira dgn pemberian tu semua. Kalau dpt melalui hasil usaha sendiri tak pe lah juga. Ini melalui pemberian orang lain. Semuanya berlaku hasil rayuan demi rayuan yang Abg Long lontarkan di blog ini. Bagi saya, ini kesilapan paling besar dalam kehidupan seseorang insan. Mengharapkan belas ihsan orang lain adalah sikap yang paling Islam tidak galakkan. Tahan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima. Sekadar Menasihati...Maaf kalau terguris hati...Peminat Abg Long...

Anonymous said...

qistina rasa abg long perlu berterus terang dgn isteri supaya lapang dada isteri mendengar masih ada manusia di luar sana prihatin dgn dugaan yang di hadapi.

dfario said...

Saya amat bersetuju dgn pandangan Anonymous.

Islam mengajar, tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima... kenapa suka melabelkan diri sendiri sbg penerima...

Teruslah berusaha agar kita menjadi si pemberi. Ujian yg diberi sepatutnya dijadikan panduan utk kita muhasabah diri.

Allah tak akan mengubah nasib sesebuah kaum jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya... Selagi mana kita selesa menjadi penerima... selagi itulah Allah akan jadikan kita sbg penerima.

Rezeki, ujian, kesihatan, ajal, maut semuanya hak Allah. Kalau Allah beri ujian tu, pasti ada sebabnya. Muhasabahlah diri, dan betulkan apa yg tak betul. InsyaAllah, Allah akan beri pertolongan.