Thursday, August 14, 2008

Bicara Bisnes (17)

MERENUNG bukan BERMENUNG.

"Mengapa kau bermenung, oh adik, berhati bingung."
"Sekarang bukan bermenung, zaman bermenung."

Itu adalah antara lirik lagu SEROJA.


Selepas 4 kali berulang alik. Antara rumahku dan beberapa pejabat disekitar kawasan perindustrian di Pelabuhan Utara, kerana menghantar bekalan produk yang dipesan. Jarak antara rumahku dan Pelabuhan Utara adalah sejauh 6 kilometer. Ini bermakna pergi dan balik, adalah 12 kilometer. Jadi, keseluruhan jarak pergi dan balik untuk 4 kali pusingan adalah sejauh 48 kilometer.

Dan aku membawa produk dalam motor. Ke arah Pelabuhan Utara, bersaing dengan kereta dan lori serta treller yang membawa muatan kontena.

Setiap kali keluar dari rumah. Aku melihat wajah isteriku seperti tidak keruan.

Sebaik selesai menghantar produk. Aku berhenti melepaskan lelah di Masjid Sultan Suleiman, Pelabuhan Utara. Sementara menantikan masuknya waktu solat Asar. Usai berwuduk, aku berbaring dan melepaskan pandangan ke arah siling bangunan.

Aku merenung dan memikirkan untung nasib hari itu. Aku tidak mahu mengeluh. Aku cuma merancang, sedikit wang hasil jualan aku mesti disimpan untuk membeli telefon bimbit yang baru. Kerana aku rasa lenguh dan sengal jari - jemari aku untuk menaip sms. Semenjak telefon bimbit aku rosak dibahagian pendengaran (speaker). Aku hanya boleh ber-sms sahaja. Ini sudah tentu merugikan. Kerana setiap sms, bermakna wang juga mengalir keluar dari poket aku.

Bagi aku, telefon bimbit terlalu penting untuk aku meneruskan usaha niaga. Biarlah kereta aku rosak dan belum dibaiki lagi. Biarlah. Esok bila aku ada lebih wang, aku akan baiki kerosakan itu. Yang penting aku mesti memiliki telefon bimbit terlebih dahulu.

Lamunanku berkecai. Apabila azan dilaungkan. Dan serentak itu pula masuk sms yang baru.

"Bang, dadih mmg best, mak kata nak order utk raya, standby ye bang - Shahril".

Aku terus sujud syukur. Hanya ENGKAU sahaja yang layak menerima pujian.

6 comments:

Anonymous said...

teringat kali pertama berjaya mendapatkan sebutharga yang kami masuk, hati berdebar debar bolehkah hubby qistina supply takut kerana tak ada pengalaman dalam bidang ni pun, sekarang alhamdulillah semua nya berjalan lancar, semuanya ketentuan DIA jua.

CikguZue said...

alhamdulillah, semoga berterusan maju hendaknye.

fusarium solani said...

Amin, amin Ya Allah..

Semoga abang Long ini makin kukuh hati dan jiwa raganya kepadaMu.

Permudahkanlah dia Ya Rabb.

-nanti saya akan ke rumah abang Long, insyaallah sebelum ramadhan.

Kaktiny said...

abang long..

teruskan bersyujud pada-Nya..
buat solat dhuha.. dan solat sunat yang lainnya..

Puteri Satu said...

setiap kali baca entry abang long...airmata saya pasti bergenang....cuma yang mampu...saya sentiasa doakan abang long dimurahkan rezeki...dan dipermudahkan segala urusan..insyaallah....

Saya tahu abang long cukup kuat menghadapi dugaan ini....

attyfir said...

alhamdullillah