Wednesday, August 06, 2008

Bicara Bisnes (15)

Motor kedai.


KESELAMATAN. Itu adalah isu paling utama. Tiada kompromi !


Aku pastikan motor aku berada didalam keadaan yang paling baik. Kerana motor aku adalah umpama 'nyawa'. Kemana sahaja aku pergi, itulah kenderaan yang aku gunakan. Yang paling utama, segala barangan atau produk aku ada didalam motor.


Ada yang bertanya kehairanan. Abang Long bawa semua sekali ?


"Kenapa, tak percaya ?" Aku bertanya kembali. "Cuba lihat benggali atau Pakistan jual roti, apa jenis roti yang tidak dibawanya ?"


Ya, semuanya ada, untuk kemudahan pelanggan dan pengguna yang dihormati. Ada produk dadih, ada barangan herba, ada kerepek, ada sabun. Malah dalam raga motor ada novel untuk dijual.


Cuma, kalau ada pesanan untuk dadih atau produk lain dalam kuantiti yang banyak, barulah aku gunakan kereta kancil. Itupun adalah perkiraan terakhir. Seandainya boleh, aku tetap membawa produk menggunakan motor. Syukur alhamdulilah, setakat ini, kalau ada pesanan yang banyak dan perlu ke beberapa tempat, maka aku gunakan van kepunyaan saudara aku.


Dan pengalaman paling pahit dan kering yang tidak akan aku lupakan hingga ke padang mahsyar adalah. Bila motor aku pancit dua kali, dalam satu masa. Kali pertama, sewaktu berada dikawasan Batu 3, tidak jauh dari Stesen Komuter Batu 3. Aku menolak motor lebih kurang 2 km. Letihnya memang tidak terucap.


Bila jumpa kedai motor, usai ditukar tiub. Aku meneruskan kembali perjalanan. Tidak sampai 30 minit, sekali lagi motor aku pancit, waktu itu aku berada dikawasan Shah Alam. Aku rasa macam nak menangis. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 6.30 minit petang, angin bertiup kencang, dilangit sudah menunjukkan tanda hujan akan turun. Bila aku periksa, aku dapati aku hanya membawa baju hujan. Sedangkan kotak aku tidak dapat ditutup.


Mahu atau tidak, aku terpaksa menolak motor aku perlahan - lahan. Paling tragis, aku menolak motor aku didalam hujan yang turun mencurah - curah, selebat - lebatnya. Sewaktu menolak motor dikawasan dimana air bertakung, pemandu kereta dan lori yang lalu tidak menampakkan perasaan kasihan langsung, air yang bertakung diredah. Menyebabkan air percik dan menyimbah tubuh aku.


Tiba dirumah, azan Isya' berkumandang. Ya, aku telah meninggalkan solat Maghrib. Apakan daya aku Ya Allah.


Isteri aku menyambut kepulangan aku dengan senyuman. "Muka abang basah, nampak kotor" isteriku berbasa basi. Aku hanya tersenyum.


Wahai sayang. Muka abang memang basah. Sebab, kena air hujan, air longkang dan bercampur dengan air mata yang mengalir.

9 comments:

NJ@Goboklama said...

jgn laa letak entri yg sedih2 lagi, sayu hati sy mmbacanya....

Kaktiny said...

sedih sekarang, bahagia kemudian..

pasti akan ada sinar..

Puteri Satu said...

tak sedar..menitik airmata saya....
doa saya tak pernah putus untuk abang long sekeluarga...

Anonymous said...

abg long bangun jangan terus dibuai perasaan, ingat anak dan isteri kalau abg long jatuh dia org lagi akan terasa sakitnya.

zino said...

semuga abanglong terus tabah menerima lepas satu satu ujian Allah.. jangan sesekali mengeluh dan berputus asa.. allah tidak akan men sia siakan hamba nya..

Mak Su said...

saya doakan yg terbaik buat abang long dan keluarga

Neeza Shahril said...

Kuatkan semangat dan teruskan berdoa abang long. Pasti akan ada kebahagiaan selepas duka. Insyaallah..

cikMilah said...

Abanglong, kalau denagn bercerita boleh melegakan hati dan perasaan, ceritalah, luahkan lah..
Saya kagum dengan kesabaran isteri AbangLong..kirim salam kat dia, Assalamualaikum.

fusarium solani said...

abang long...
menolak motor pancit, disiram hujan, eksiden 11 kali, motor jahanam sebab hari-hari bawa pergi kerja, minyak habis, 2t habis....aliff dah masak!

sabar ya!