Aku menerima tempahan dadih, dari seorang pelanggan yang menetap di Pantai Dalam. Setelah memikirkan semua faktor. Aku merasakan bahawa, penghantaran melalui komuter adalah paling berkesan.
Faktor paling utama adalah, kawasan tempat tinggal pelanggan tersebut adalah berhampiran dengan Stesen Komuter Pantai Dalam. Kalau hendak dihantar dengan motor, rasanya memang tidak sesuai. Kerana jumlah yang dipesan agak banyak. Kalau hendak dihantar dengan kereta, rasanya tidak berbaloi, kerana mesti membayar segala kos. Maka penghantaran melalui komuter adalah paling sesuai.
Setakat ini, ini adalah penghantaran yang paling jauh aku buat. Itupun disebabkan pelanggan itu bersetuju untuk membayar kesemua kos yang terbabit.
Tetapi, aku tidak tahu dimana silapnya. Sejak dari awal pagi, setelah aku mengirimkan sms, memaklumkan yang aku akan membuat penghantaran. Sms yang dikirimkan tidak berjawab langsung. Aku mula rasa curiga. Namun aku kuatkan hati, untuk membuat penghantaran. Hinggalah aku tiba di Stesen Pantai Dalam, aku masih mengirimkan sms, namun masih tidak berjawab.
Aku pun terus menggunakan telefon awam untuk membuat panggilan, kerana telefon bimbit aku mengalami masalah teknikal, dimana setiap kali aku menekan butang penerimaan, talian akan terputus.
Panggilan aku juga tidak berjawab. Si pelanggan itu telah menutup talian telefon bimbitnya. Aku merasa resah, marah dan terkilan dengan cara begini. Aku merasa ditipu.
Hingga jam 3 petang, aku terus mencuba nasib. Ini bermakna telah lebih 5 jam aku terus mencuba dan bersabar menanti. Namun tidak mendapat jawapan kembali.
Diwaktu itu, aku terasa bagaikan hendak menitis air mataku ini. Mengenangkan aku telah diperlakukan sedemikian rupa.
Aku bukannya orang senang. Inilah cara dan bisnes untuk aku menyara kehidupan keluarga, yang semakin terhimpit dan tertekan. Setelah syarikat dimana aku bekerja ditutup, ini adalah sumber utama rezeki aku sekeluarga.
Akhirnya, hampir jam 4 petang. Aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah bersama sekotak besar berisi dadih. Sudahlah kotak itu besar dan berat. Penumpang komuter pula penuh dan sesak. Aku hanya mampu menahan segala perasaan yang bercampur baur.
Setibanya aku dirumah. Isteriku melihat dengan penuh kehairanan. Akhirnya, aku ceritakan segala apa yang telah berlaku. Dia hanya menggeleng kepala, dan aku dapat rasakan yang isteriku menahan perasaan dengan apa yang terjadi.
Aku belajar banyak perkara dengan peristiwa ini. Aku boleh bersabar dengan dugaan sebegini. Cuma aku tidak mampu melihat air mata isteri ku terus bergenang.
31 comments:
Abang Long,
Salah satu sepak terajang dunia bisnes. Saudara tahu kan bahawa saya pernah ditipu sehingga mencecah lebih RM10,000 dalam bisnes katering. Masa itu isteri saya sarat mengandung anak ke-4 kami. Sayu & syahdu bila difikirkan kembali.
Ingat kata-saya saya & chef? Pengalaman saudara, pengalaman mahal sungguh! Sabarlah sahabat.
wah. ini semua penggalaman bro, cuma lain kalikena lebih berhati-hati jer, mana tahu boleh amik upfront dulu.
Salam abang long...dunia perniagaan ini memang banyak cabarannya...dlm dunia ini ada juga manusia yang tidak berhati perut...apa yang mereka dpt dari menipu pada mereka yang mencari rezeki secara halal seperti Abg Long...
Takpelah...mungkin segala apa yang berlaku menjadikan Abang Long lebih matang dlm dunia perniagaan...semoga perniagaan abang long akan terus berkembang...Amin
salam abg long..sedih baca cite abg long..semuga abglong tabah..
insyallah ..ade rezeki yg lebih lagi tuk abg long nanti amin..
sabar yang tebal ya abang long, buat isterimu juga....
memang tak patut siapa yg buat macam tu.. abang long kena lebih berhati2 dengan pesanan seumpama itu..
sekali terkena dua kali ingat .. jangan patah semangat dengan peristiwa yg berlaku..
kesabaran adalah senjata yang paling mustajab, tetapi sekuat kuat qistina pun berderai juga air mata bila di perlaku kan begitu.
Muga Abang Long dapat bersabar. InsyaAllah ganjaran bagi yang berusaha dan bersabar besar. Saya doakan Abang Long beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
abang Long,
ye, itula pengalaman yg tak dapat dijualbeli di mana2. Moga tak putus harap dengan rezeki Ilahi. Ujian begini tanda Allah mengasihi. Agar hamba-Nya lebih sabar dan hampir dengan-Nya.
Sedih membaca entry ini. Apatah lagi mengingatkan saya di waktu arwah ayahanda membuka gerai di pasar2 malam utk menanggung pelajaran anak2nye...
Oh sedih juga membacanya. Tidak patut dia menipu. Harap adinda Feroz bersabar. Rezeki tetap ada dan kita terus berusaha mencarinya.
Saya membaca ke semua 'bicara bisnes' abg long dgn penuh kesedaran yang kemungkinan saya atau sesiapa sahaja akan terpilih oleh Allah melalui dugaan ini. Moga kita semua bersedia dan dapat mengambil pelajaran...Moga dugaan ini akan lebih memberi kekuatan pada abg long dan keluarga
Dalam dunia ni.. ada macam-macam cara kita belajar...
Satunya dari pengalaman orang lain..
dan lagi satu dari pengalaman sendiri..
Itu namanya bukan rezeki Abg Long. Tuhan sedang menguji tu.
Untuk bawak dadih tu, Abg Long beli kotak polistrin tu pun ok.Dadih tak mudah rosak. Isi ais sekali. murah je kotak tu, boleh guna banyak kali sampai rabak. Pakcik saya pun bisnes dadih juga. Dia guna kotak tu je ke mana-mana. Jual kat kantin2 sekolah, letak kt kedai kopi n runcit. Rasanya jualan macam ni yang selamat, kurang risiko kena tipu.
maka itu abang long.. suh diorang bagi deposit dulu.. sekurang2nya 50% atau 100% termasuk kos penghantaran.. jgn ambil duit masa penghantaran. BAHAYA.. tak semua org jujur dalam dunia ni abang long.. mmg ramai yang terkena..
(atau mungkin si pemesan tu ada hal last minit..)
tapi jika abang long dah ambil bayaran dulu, at least, kalau penat menghantar pun, TAK KISAH sbb duit dah diambil dan dadih tu boleh jual borong jer kat pasar malam ker or tolak separuh harga kat bistro2 atau kedai2 mamak.. diorang mesti nak..
(so.. bagi no. akaun please.. bayaran akan dibuat pada hari jumaat ini..)
sedih criter tu, semoga abang long tabah
Hmm isteri abang long tu sedih sebab kesian kat hubby dia..sayu rasanya tau..
sabar abang Long, ada hikmahnya tu!
abang long, think positive.. mungkin dia pernah kena tipu sebelum ini.. semoga dia insaf dan semoga abang long jadikan ini sbg wadah untuk terus maju kedepan.. aminn..
ya allah,byk bersabar abg long.tak sangka ada juga org yg tergamak buat mcm tu.Abg Long betul2 diuji..
web sutera - TERIMA KASIH atas nasihat yang begitu berharga, akan saya ingat sampai bila - bila !
marjerin - betul tu !
kak lady - TERIMA KASIH atas doa dan ingatan itu.
atty's - TERIMA KASIH.
mak su & zino - TERIMA KASIH atas kata - kata perangsang.
qistina - abang long pasrah.
zlaa & cikguzue - TERIMA KASIH, benar kata - kata kalian.
Wahai Kekanda Abdulatip - TERIMA KASIH atas SEGALA - GALANYA.
ummu asiah, lediagli, ainin naufal, crazy beautiful88, tie, fusarium solani, en_me dan sabiah - TERIMA KASIH atas kata - kata perangsang dan dorongan serta ingatan dari kalian, abang long amat menghargainya.
kaktiny - TERIMA KASIH atas sokongan berterusan. Ingatan akan terus berkekalan.
Abang Long..
Sedih betul abah baca n3 ni..abah dapat bayangkan macamana letihnya abang long masa tu..berbaur perasaan..
InsyaAllah Abang Long..berkat kesabaran..akan ada pelangi yang muncul selepas hujan dan mendung..
Salam Abang Long,
Bila baca cerita abang long tu dalam hati saya tak tergambar perasaan yang saya nak ucapkan untuk orang bodoh yang tak ada perasaan tu, walau bagaimana pun abang long kena banyak2 sabar ye.
salam.
Post a Comment