Monday, December 31, 2007

TUKAR TAHUN


Kisah 1 - ANGKA.
-
-
Sewaktu aku berjalan - jalan dan merayau diblog - blog peribadi. Begitu banyak yang menggunakan tema atau tajuk tentang tahun baharu. Selamat datang 2008, Selamat tinggal 2007, dan tajuk yang hampir sama waktu dengannya. Dan itulah tajuk yang aku rasakan paling sesuai disaat dan diketika ini.
-
Cuma, sebelum aku memasukkan entri ini, sebagai entri terakhir sebelum tirai 2007 melabuhkan sinarnya. Anakku sempat bertanya secara spontan "abah, apa bezanya antara 2007 dan 2008?" Aku hanya menjawab dengan bersahaja "angka!"
-
Namun aku tetap menyambung persoalan itu dengan tegas "tetapi, kalau kita boleh ubah sikap kita, dari baik menjadi lebih baik, maka itu adalah perbezaan yang paling besar!"
-
Anakku bertanya lagi "contohnya?"
-
Aku menjawab "Kalau tahun 2007, kamu menonton tv selama 1 jam sehari, ini bermakna kamu menonton selama 7 jam untuk seminggu. Jadi kalau tahun ini, kamu hanya menonton cuma pada hari Sabtu ataupun hari Ahad selama 1 jam sahaja. Ini bermakna kita berjaya menjimatkan bil elektrik yang agak banyak. Dan banyak perkara lain kita boleh buat, sebagai contoh, kita boleh pergi melancong."
-
-
# Anak - anakku hanya diam mengangguk.
-
-
-
Kisah 2 - HAYAT BLOG
-
-
Aku tidak terkejut, aku tidak tergamam, aku tidak hairan, malah aku sudah menyangka sejak dari awal lagi yang perkara ini akan berlaku.
-
Dari 120 blog yang aku lawati, 30 buah blog persendirian telah tidak dapat dibuka. 20 buah blog sudah tidak aktif, malahan ada blog yang masih mempunyai entri yang bertarikh 1 August 2007.
-
Ada blogger @ pemilik blog yang dahulunya paling aktif, hinggakan mampu untuk memasukkan entri setiap hari, dan entrinya begitu panjang berjela, tetapi kini hanya tinggal sejarah.
-
Dan ada pula blogger yang dahulunya, hanya memasukkan entri yang begitu pendek, ada ketikanya hanya satu ayat, dan ada ketikanya hanya memasukkan sekeping gambar didalam entri. Tetapi sejak dua, tiga bulan ini, begitu aktif, hinggakan aku terasa, yang pemiliknya begitu hebat. Bilakah waktunya beliau makan, minum dan berehat serta berkerja ?
-
Tetapi, aku bersyukur, kerana ada beberapa blogger @ pemilik blog, yang sangka aku telah menamatkan 'perkhidmatannya' rupanya masih ada, malah masih sihat sejahtera.
-
Walaupun blogger @ pemilik blog @ penulis ini tidak memasukkan sebarang entri baru didalam blog peribadinya, namun aku tetap masuk kedalam blognya setiap hari. Dek kerana kebimbangan andainya sesuatu terjadi kepada blogger ini, maka aku menghubungi beliau untuk bertanya khabar. Syukur Alhamdulillah, beliau masih sihat, namun tidak berupaya untuk mengemaskini blognya. Puncanya mudah. Beliau kini sedang mengandung. (Maaf, aku tidak dapat mendedahkan identiti blogger ini).
-
-
# Aku terfikir, selama ini adakah mana - mana wanita yang baru lepas bersalin, terus sahaja mengemaskini blognya. Supaya pengunjung dapat mengikuti perkembangan tentang diri si ibu dan anak.
-
-
***** Bagi diriku, Kaum WANITA tetap HEBAT *****
-
-
-
Kisah 3 - BLOG ORANG TUA.
-
-
Aku memang terasa hati, apabila seorang pengunjung blog ini menyindir diriku. Ayatnya mudah "eh, abang long, tukarlah rupa blog ni, bubuh cat baru, ini tak, sebiji macam blog orang tue."
-
Sudah 4 kali orang ini mengucapkan ayat yang serupa. Dan kalau diikutkan hati tua ini. Aku nak tutup sahaja blog ini. Baru puas hati. Dan aku tidak perlu lagi berkongsi pengalaman hidup dengn sesiapa pun.
-
# Sekarang ini pun aku sudah terasa menggigil jari sewaktu nak menaip.
-
-
-
SELAMAT TINGGAL 2007.
SELAMAT DATANG 2008.
-
-
-
# Maaf, gambar foto diatas pohon tongkat ali dan pasak bumi. Memang ada kaitan dengan entri pada kali ini.

18 comments:

Sabiah said...

salam abang long..rasa terpanggil nak tinggalkan komen kat page ni.
nice blog.
Saya budak baru belajar,kalau salah tlg betulkan..
selamat tahun baru 2008

Orked said...

Abg Long..salam

Saya tetap suka baca blog AbgLong sejak dulu, rasanya lebih dari setahun..walaupun skrg agak kurang..ttp sy masih membaca.

Blog adalah milik mutlak tuan punya, dia nk letak kaler apa, merah itam putih, kelabu..tu ikut suka tuan dia la....sbb kalo sy , sy buat blog utk diri saya bkn utk kepuasan org lain..apa yg sy tau sy share dgn org...apa yg sy tatau sy berusaha mencarinya...

slmt tahun baru 2008 Abglong..semoga lebih baik tuk seisi keluarga

Sabiah said...

Salam.Ni saya Sabiah.saya ada tersalah buat apa2 ke masa tulis komen tadi.Kalau salah tlg betulkan.Terima kasih

Unknown said...

Siapa blogger yang mengandung tu? Rasanya macam tahu je. hehehe...

Anonymous said...

Salam Abang Long..
Selamat Tahun Baru 2008 juga buat Abang Long..

Jgn tutup blog ni ya', Abang Long.
Blog ni antara blog feveret sy untuk singgah sejak mule2 sy kenal blog Abang Long ni..Padat dgn unsur2 yg segar. Terase mcm mendengar nasihat dari seorang 'ayah'.

...selain blog Yasmin Ahmad, blog Abah Mui'zz & blog Tinta Pendeta.

"Hidup Blog Abang Long!".

Leyla Shuri said...

salam awal tahun tuan rumah,
sebenarnya saya segan panggil tuan rumah ini "abang long" sebab saya yang lebih tua.
Saya fikir punya fikir encik long, saudara long, tuan long, pak long, wak long...entah!

viruspadu said...

"blog ini sy punya, jadi sy punya suka la nak buat mcm mana"

haaa... gitu la abglong...

jgn layan orang nak kutuk ke kondem ke... janji kita x susahkan orang kan

Qaseh Bidadari said...

mama pon ikutkan boleh tukar layout tu tp bak kata org yg first itulah yg terbaik sebenarnye..mcm isteri jugak,yg ke dua xkan sama dgn yg pertama..betul x bang long?

Abang Long said...

sabiah, SELAMAT DATANG dan SALAM HORMAT.

Abang Long said...

jie, TERIMA KASIH atas nasihat yang ikhlas itu. Memang ada ketikanya terasa hati bila dikecam, tapi apakan daya, semakin berusia, semakin hilang daya untuk bertahan.

Abang Long said...

Wahai Adinda Sifu Ainin Gadis Pingitan, sudah gaharu, cendana pula ....

Abang Long said...

muzem, maaf abang long bertanya, kenapa abang long tidak dapat masuk kedalam blog muzem ?

Abang Long said...

jahrera, itulah panggilan di alam siber sahaja .... andai kita bertemu diluar sana, terpulang kepada budi bicara Puan.

Abang Long said...

viruspadu, begitu padu kata - kata mu itu ....hahahahaha

Abang Long said...

mamaranggie, benar sekali. Yang asal dan asli itulah yang tidak dapat dilupakan....hahahahaha

arsaili said...

salam abg long, selamat tahun baru moga 2008 membawa kegembiraan dan kesejahteraan....tetap suka baca baca blog abg long even template nya tetap macam tu...apa ada pada template?

Noushy Syah said...

Salam ditahun baru..

hehhehhe...season changing,time flies...hobbies are also changing,(for some though )according to the age...

Same with blogging, perhaps the interest is declining...even my loved ones already stop blogging for that reason..:)

Have a blessed new year Abg Long..

Anonymous said...

Assalamu`alaikum Abg Long,

Tengah merayau-rayau, terjumpa blog abang long ni. Eh, janganlah tutup dulu, saya baru nak membaca. Tak usahlah sensitif sgt abang long. Anggaplah itu komen membina. Blog saya lagi boring. Tapi saya tak kisah. Blog dibuka hanya untuk kepuasan peribadi.

Apapun, saya setuju dengan abang long. Wanita memang hebat! :-)