Thursday, December 13, 2007

Balik Kampong

Pada 7hb Disember yang baru lalu, sekali lagi aku pulang ke kampong halamanku di Taiping. Tetapi kali ini aku membawa bersama keluargaku.


Seminggu sebelum pulang, saban hari anak - anakku bercerita bersama saudara sepupu mereka tentang rancangan ini, begitulah telatah anak - anak, riang ria untuk pulang ke kampong untuk berjumpa dengan atuk mereka.


Aku sengaja membawa mereka pulang, kerana aku agak gusar dengan keadaan kesihatan ayahandaku yang kelihatan semakin uzur. Bak pesanan dari orang tua - tua "jangan menyesal tak sudah".


Yang paling aku kasihan sudah tentulah isteriku. Beliau bertungkus - lumus menyiapkan segala barangan keperluan dan pakaian untuk dibawa, persiapan yang mengambil masa dua hari. Maklumlah bukannya pakaian untuk seorang dua, tetapi untuk 7 orang. Termasuklah makanan dan minuman ringan sebagai bekalan diatas tren.


Maaf cakap, bagi anda yang mahu melakukan perjalanan jauh dengan menggunakan perkhidmatan tren. Lebih baik dan jauh menguntungkan, sekiranya anda membawa makanan dan minuman dari rumah. Ini adalah kerana harga makanan dan minuman yang dijual diatas tren, kebanyakannya terlalu mahal, dan ada ketikanya seperti 'tidak masuk akal.'


Tiga hari dikampong, anak - anakku seperti 'melepaskan geram'. Ada sahaja program dan projek yang dilakukan mereka. Walaupun riuh rendah dan gamat, tetapi aku perhatikan kedua orang tuaku seperti tidak jemu ataupun letih melayan karenah cucu mereka. Yang paling 'ajaib', bilamana ayahku boleh berjalan dan bermain dengan cucunya, dan tidak kelihatan seperti orang yang sedang sakit !


Hatta, ayahku boleh makan apa sahaja yang dihidangkan, sedangkan, menurut ibuku, ayah tidak boleh menjamah makanan ini, tidak boleh memakan makanan itu dan lain - lain pantang larang lagi.


Ayah dan ibu nyata gembira dikelilingi cucu - cucunya. Hinggakan, satu ketika, aku agak terperanjat bila anak - anakku dan anak saudaraku sedang makan buah rambutan. Aku lalu bertanya "siapa yang kaitkan buah ini?"


"Atuk" jawab mereka serentak !


Aku lantas menegur ibuku kerana mengaitkan buah rambutan, "kan mak tak sihat?" Ibuku hanya berbasa - basi "alah ... dah depa nak makan." Aku hanya menggelengkan kepala.


Sewaktu hendak pulang, pada malam itu, ibuku menyediakan pelbagai juadah untuk dimakan diatas tren. Dan saat paling memilukan bila seorang demi seorang anak - anakku bersalam dan memeluk atuk mereka. Ayah dan ibuku memeluk cucu - cucu mereka dengan begitu mendalam dan dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Cium tangan, cium dahi, cium pipi dan berpelukan sambil ketawa riang .... dan ayahku bertanya lagi "bila nak mai lagi?"

11 comments:

Ila said...

Macam tu la kasih sayang sorang atuk dan nenek pd cucu2nya . Klu dgn anak2 dulu kemain garang lg, kena tang cucu,kita marah sikit dah kena tegur. Silap hb merajuk sampai tak nak cakap dgn kita sbb pkl cucu dia . Alahai, tiga minggu ddk kat kg mkn hati berulam jantung. Anak2 apa lg, raya sakan la sbb ada org dok 'backing'depa. Sabo aje la.......

Noushy Syah said...

ILU grandpa!hehehhe...

mama ranggie said...

patutlah lama abg long menyepi...terima kasih sudi singgah blog eira...nasihat abglong amat berguna...

kasih sayang bukanlah terletak pada wang ringgit kan abglong?cukuplah kita ziarah mereka kalo ade kelapangan...

PuteriSatu said...

abang long..saya pulak yang bergenang airmata ...bila saat atok peluk cium cucu2 tuh....sebak...itula besarnya kasih sayang atok nenek pada cucu kan abang long..sebab tu ada orang kata...sayang anak lain..sayang cucu lain...sanggup marah anak dari marah cucu...besarnya kasih sayang pada zuriat2 kita kan...kasih sayang yang tak leh dinilai dengan apa jugak kat dunia nih....

blackpurple @ jowopinter said...

Saya minggu depan, insyaAllah balik ke Muar. Betul, semasa mereka masih ada inilah, masa untuk kita menjengok2, ambil berat, tunjukkan kasih-sayang.

Saya tak boleh nak naik tren. Sebab tiada perkhidmatan tren ke Muar. :D

Abang Long said...

ila, bagaimana kalau ila dah ada cucu pulak ? hehehehe ... advance betul soalan nih ...

noushy syah, luv your grandpa ? how about grandma ?

mama ranggie, ya, tapi janganlah ziarah setahun sekali ... kalau ada kemampuan, buatlah selalu ..

puterisatu, KASIH SAYANG itulah nikmat dalam keluarga.

jowopinter, sudah ada keluarga sendiri ?

Life'sLikeThat said...

Abang Long, kampung di Taiping jugak yea... Taiping kat mana??? satu kampung kita nih... MamaAlya setiap bulan balik kampung, cuti hujung minggu jer balik kampung, hari jumaat lepas kerja kl terus taiping, hari sabtu lepas makan malam, ke kulim pula...hari ahad lepas makan tengahari.. pulang ke KL... parents sendiri dan in law sama-sama dah tua.. sementara masih ada, dan ada rezeki dari Allah, inilah rutin keluarga saya setiap bulan...

mak farhah said...

bila anak cucu pulang ke kg, suasana muram bertukar wajah, serinya datang bertamu, senyuman mengukir di bibir.

Bertuah anak2 abg long!

Abang Long said...

life'slikethat, dok Taiping kat mana ?

mak farhah, kasih sayang antara cucu dengan atuk.

arsaili said...

laughter/ happiness is the best medicine...baru2 ni kakak sekeluarga move ke australia..dan anak saduara yang dua org tu adalah the only cucu kepada my parents...baru beberapa hari tak jumpa cucu, my dad asyik menangis jer bila bercakap kat telefon ngan cucu kesayangan dia tuh... rindu seorang atuk kan...kesian gak..

viruspadu said...

alahai... syahdunya...
tok @ nenek kalu melayan cucu mmg gitu, nak ape pun, kata jer, mesti depa layan...
mesti dia hepi sgt... ish mesti suasana masa tu best sgt kan....

i'm hepi for u