Sunday, December 30, 2007

KISAH RAJA

Sebelum mengakhiri entri bagi tahun 2007 ini. Aku sengaja memilih sebuah kisah yang boleh dijadikan tauladan buat semua. Itupun setelah aku berjalan - jalan dan merayau dihampir 100 buah blog, sambil membaca entri yang dipaparkan (memang meletihkan, sambil merayau sambil membaca entri yang disiarkan oleh pemilik blog persendirian).



Andainya pemilik blog itu seorang lelaki, maka mereka akan 'membelasah' kaum wanita yang tidak tahu menjaga diri dan suami. Seandainya pemilik blog itu seorang wanita, maka mereka akan menceritakan dan mendedahkan segala - galanya dan 'menghukum' akan karenah suami dan kealpaan suami dalam melayari bahtera didalam sesebuah rumahtangga.



Maka, aku ingin mengambil kesempatan ini, untuk menceritakan sesuatu yang benar - benar berlaku. Bukan berlaku keatas diriku, tetapi berlaku keatas seorang sahabat aku. Buat pengetahuan anda, pengunjung yang dihormati sekalian. Sahabat aku ini bertaraf seorang ulamak (ustaz lulusan dari Universiti di Jordan).




Kata sahabatku ini:


Lelaki adalah RAJA didalam rumahtangga.
Lelaki adalah PEMIMPIN didalam rumahtangga,
Lelaki adalah KETUA didalam rumahtangga,
Lelaki adalah JAGUH didalam rumahtangga,
Lelaki adalah SEGALA - GALANYA didalam rumahtangga.



Pendek kata, KATA PEMUTUS didalam rumahtangga adalah ditangan lelaki. YA ! Aku secara peribadi terlalu amat bersetuju dengan kenyataan itu. Kerana aku adalah lelaki !!!



Sekarang mari kita ikuti kisah seorang RAJA, PEMIMPIN, KETUA, JAGUH dan segala - gala yang HEBAT.



Sebagai seorang RAJA, kita mestilah sentiasa memenuhi segala keperluan rakyat jelata. Adakah cukup makan minum mereka, adakah segala keperluan mereka dipenuhi. Yang paling penting, adakah rakyat kita menyempurnakan tuntutan dalam beragama, ini bermakna, jika rakyat tidak bersolat, maka RAJA akan dipersoalkan terlebih dahulu.


Sebagai PEMIMPIN, adakah kita seorang yang mempunyai ilmu yang mencukupi untuk memimpin rakyat yang terdiri dari pelbagai golongan ? Adakah kita merujuk kepada memanda menteri bilamana terdapat sebarang kesulitan atau permasalahan yang tidak dapat diselesaikan ?


Sebagai KETUA, adakah kita bersikap ADIL dalam melaksanakan atau menjatuhkan sebarang hukuman ? Atau sudahkah kita melaksanakan KEADILAN itu sendiri sebelum kita bertanya kepada orang lain ?


Sebagai seorang JAGUH, adakah kita telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya kita hebat walau dimana kita berada ?


Maka bermulalah kisah sahabat aku ini.


Pada jam 5.30 pagi, beliau telah pun bangun dari tidur, terus sahaja menuju ke dapur dan mengeluarkan kain baju yang telah dibasuh oleh 'mesin basuh'. Dan tanpa membuang masa, terus sahaja menadah air kedalam cerek untuk dimasak. Setelah air penuh, terus dimasak, kerana menggunakan 'cerek elektrik'.


Tuala dicapai, terus sahaja masuk kedalam bilik air untuk mandi dan berwuduk. Keluar sahaja dari bilik air, terus menggerakkan anak - anak dan isteri. Waktu itu jam telahpun menunjukkan pukul 6.15.


Anak - anak terpaksa dibangunkan berkali - kali, kerana itukan perangai anak - anak. Isteri telahpun berada didalam bilik air. Seorang demi seorang anak - anak digerakkan dengan sepenuh perasaan kasih sayang, walaupun ada ketikanya mereka agak liat untuk bangun.


Usai menggerakkan anak - anak, dan sambil menunggu seorang demi seorang keluar dari bilik mandi, sejadah dihamparkan. Dan sambil itu, pakaian sekolah anak - anak diatur supaya anak - anak tidak lagi tercari - cari dimana pakaian sekolah mereka.


Setelah semuanya bersedia, maka si RAJA, PEMIMPIN, KETUA dan JAGUH ini, terus sahaja melaungkan iqamah. Selesai berdo'a, terus sahaja mengangkat takbir dan bersolat beramai - ramai.


Usai solat, si RAJA, PEMIMPN, KETUA dan JAGUH ini, terus sahaja membancuh air kopi, milo, ovaltin dan menyediakan sarapan pagi. Sementara itu, si isteri terus sahaja bersiap dan bersolek dengan seadanya sahaja (maklumlah jaman sekarang, ISTERI PUN BEKERJA).


Dalam keadaan semuanya sedang menikmati sarapan ala kadar, maka si RAJA, PEMIMPIN, KETUA dan JAGUH ini, terus sahaja mengangkat anaknya yang masih kecil, didukung dan dibawa kerumah ibunya yang terletak bersebelahan dengan rumahnya).


Setelah itu, sahabatku ini, terus sahaja menghidupkan enjin motorsikal, lalu menghantar anak - anaknya seramai dua orang kesekolah yang berhampiran dengan rumah mereka. Selesai, tugasan itu disambung lagi, kerana perlu menghantar seorang lagi anak kesekolah agama yang juga terletak tidak jauh dari rumah mereka.


Kembali dari menghantar anak. Sahabaku ini terus sahaja memandu kereta dan menghantar isterinya yang bertugas sebagai guru agama.


Disebelah petang, sahabatku ini mengambil isterinya pulang dari tempat kerja. Sampai sahaja dirumah, sahabatku ini terus sahaja mengutip pakaian dari jemuran, dan mengutip pakaian kotor dimasukkan kedalam bakul pakaian. Sambil itu, sayur - sayuran dan lauk pauk atau ikan yang masih belum dimasak dikeluarkan dari peti sejuk.


Tanpa rehat, terus sahaja masuk kedalam bilik air, untuk membersihkan tubuh dan terus berwuduk, sambil mengarahkan anak - anaknya supaya bersegera untuk mandi. Kerana anak - anak akan dibawa ke surau untuk bersolat. Pulang sahaja dari solat, anak - anak semuanya menghadap si bapa untuk mengaji Al - Qur'an. Bukan lama, hanya mengambil masa selama 1/2 jam sahaja. Sambil mengajar, sahabatku ini terus sahaja mencapai pakaian dan melipatnya. Dan mengasingkan yang mana pakaian yang perlu digosok.


Usai mengaji, sahabatku ini terus sahaja mengambil pinggan mangkuk dan segala yang perlu untuk menyediakan juadah untuk makan malam. Sambil si isteri membaca akhbar dan melayari internet sebentar, kerana masakan yang disediakan adalah yang mudah dan ringkas.


Selesai makan, masing - masing berbual sebentar. Terus sahaja sahabtku ini mencuci pinggan mangkuk dan cawan yang kotor. Sambil isterinya membelek buku untuk tugasan keesokan harinya.


Si anak terus sahaja belajar sambil dipantau oleh isterinya.


Sahabatku membelek buku - buku latihan anak - anaknya, sambil tangannya terus sahaja menggosok pakaian untuk dipakai esok hari.


Pukul 10.oo malam, si isteri masuk kedalam bilik anak-anak untuk menidurkan mereka sambil berbual dan melayan karenah anak - anak.


Manakala sahabatku ini, memasukkan pakaian kedalam mesin basuh. Sambil itu melihat dan memeriksa pintu dan tingkap supaya tidak ada yang terbiar atau terbuka atau tidak berkunci.


Manakala si isteri telah berada didalam kamar, sambil bersolek dan bersiap sedia menanti kehadiran suami tercinta.


Tepat jam 11.30 malam, sahabatku ini memberikan salam untuk masuk kedalam kamar, sambil tersenyum memandang isterinya yang kelihatan mengghairahkan. Lalu sahabatku ini merebahkan tubuhnya, dan jari - jemari isterinya terus sahaja mengurai rambut suami tercinta. Tiba - tiba kedengaran suara ...... "krozzzzzzz" .... Astagfirullahhalazim. Si suami terus sahaja TIDUR MATI. Tanpa sempat membuktikan ke JAGUHannya.


Maaf, Maaf kepada pengunjung sekalian. Ini bukan kisah SEKS RUMAHTANGGA. Tapi, inilah HAKIKAT dan KENYATAAN yang MESTI diterima oleh semua.


Kaum lelaki sering menyangka yang urusan rumahtangga adalah tugas mudah. Dan sering mempersoalkan kenapa isteri TIDAK ADA MASA untuk diri sendiri. Tidak tahu untuk menggunakan 'killer dress', tidak tahu untuk mencantikkan diri dihadapan suami. Dan kerana itu, si suami "MEMANDANG" wanita lain diluar rumah.


Ini sebenarnya adakah kisah SEBENAR yang berlaku kepada sahabatku, dan inilah juga kisah hidupku yang sebenar !!!!!! Kerana bagi kami, selagi kami tidak menjalankan tugas sebagai RAJA, PEMIMPIN, KETUA dan JAGUH. Maka selagi itulah tugas SEBENAR sebagai seorang KHALIFAH tidak akan terlaksana.


Yang penting adalah faham memahami dan kerjasama serta bertimbang rasa dalam kehidupan suami isteri.

# HAKIKATNYA - tugas rumahtangga adalah yang paling berat dan mencabar !

12 comments:

JahRera said...

salam tuan rumah,
saya pun setuju 100% suami itu raja, ketua, pemimpin, jaguh dan segalanya.
Itu yang sekarang saya duk relaks saja ;-)

cikgu panji said...

Sebagai raja,ketua,pemimpin dan segalanya, pastikan anak isteri dan setiap tanggungan bukan sahaja bahagia di dunia tetapi juga terselamat dari api neraka.

mak farhah said...

Selamat Tahun baru 2008 untuk abg long sekeluarga.

Raja juga bukan setakat memimpin tp juga beperanan sebagai sahabat yang paling akrab dan juga boleh menerima teguran andai tesilap.

Azam dtg dan pergi...tidak pernah menanam walau tahun berganti..cuma harapan untuk memperbaiki kelemahan diri..

viruspadu said...

saya setuju...

mmg berat t/jawab dlm rumah tangga nih...

Ila said...

Sungguh beruntung dan bertuah para isteri yang suaminya tahu TANGGUNGJAWAB mereka sbg seorg SUAMI . Tapi KEBANYAKANnya serah semua tugas kpd isteri w/pun isteri mrk jg bekerja . Mana dgn keje pjbt lg , mengurus r/tangga, mengurus anak & suami, dan mcm2 urusan lain lg . Rasanya 24 jam tu mcm tak ckp aje . KASIHAN pd isteri2 sebegini . InsyaAllah kpd sesiapa aje isteri yg melakukan tugas2 tersebut dgn penuh redha dan ikhlas pasti ada GANJARANnya drp Allah SWT .

mamaranggie said...

al-hamdulilah,sebagai seorang suami,eira memang beruntung dapat suami seperti die...sangat memahami..dan sebagai seorang bapa,die amat penyanyang...eira takkan mencari yg terbaik kerna eira sudah ade yg baik...

Abang Long said...

jahrera, duk relaks je ...hmmmmmm

Abang Long said...

cikgu panji, 'terselamat dari api neraka', itu yang paling berat sekali !

Abang Long said...

mak farhah, bila Raja boleh ditegur, itu tandanya, musyawarah terlaksana.

Abang Long said...

viruspadu, TANGGUNG sudah berat, JAWAB lagi berat !

Abang Long said...

ila, bila kita faham tentang asas dalam beragama, InsyaAllah, masing - masing tahu tugas.

Abang Long said...

mamaranggie, itulah ANUGERAH dari Nya,