Friday, December 21, 2007

Berehat setelah sakit.


Pulang sahaja dari kampong, tempohari. Aku memang sudah terasa kepenatan yang teramat sangat. Aku terpaksa mengambil cuti yang sememangnya berbaki 1 hari sahaja lagi.



Kembali ke pejabat, tugasan yang terpaksa aku lakukan sudah bertimbun. Selain dari itu, mesyuarat demi mesyuarat terpaksa aku hadiri. Maklumlah, dipenghujung tahun begini, sudah pasti ramai yang akan mengambil cuti untuk dihabiskan.



Itu belum termasuk jemputan untuk menghadiri kenduri kahwin dan pelbagai lagi aktiviti luaran yang telah tertangguh.



Akhirnya dengan kuasa Allah. Sebagai seorang insan yang semakin berusia, kudrat dan tenaga aku benar - benar kehabisan. Sewaktu hendak keluar dari pejabat, tiba - tiba sahaja tubuhku terasa terlalu lemah dan akhirnya aku tumbang. Dadaku terasa sesak, aku terasa sukar untuk bernafas. Syukur alhamdulillah, masih ada seorang staff yang belum pulang. Beliau terus sahaja meluru kearahku, sambil bertanya "Kenapa Encik ? ... errr .... Encik duduk disini, saya .... saya panggil ambulan".



Namun, aku hanya menggelengkan kepala, sambil berkata, "tolong hantarkan saya ke klinik panel".


Staff aku terus sahaja meluru kearah keretanya, beberapa orang yang sedang lalu lalang dihadapan pejabat memberikan bantuan dengan mengangkat tubuhku masuk kedalam kenderaan.



Tiba sahaja diklinik panel, bantuan pernafasan terus diberikan. Tetapi memandangkan situasi aku yang tidak menampakkan sebarang perubahan, maka mereka menasihatkan supaya aku dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.



Dalam tempoh tidak sampai 15 minit (selalunya jarak antara klinik dan hospital memakan masa lebih kurang 40 minit, jadi aku tidak tahu, berapa had kelajuan yang dibawa oleh staff aku). Tiba sahaja dihospital, pihak hospital telahpun bersedia, kerana mereka telah dimaklumkan dari awal oleh klinik panel.



Yang aku sedar, aku dikelilingi oleh para jururawat dan doktor. Bantuan pernafasan diberikan, dan aku terasa seluruh tubuhku berselirat dengan wayar.



Aku hanya sedar keesokan harinya. Bila aku membuka mata, aku melihat isteri dan anak - anakku berada disekeliling katil. Bila aku bersuara sahaja, anak - anakku terus sahaja menerpa kearahku, isteriku terus sahaja mengucup dahiku, mencium pipiku bertalu - talu. Begitu juga setiap seorang anakku mencium dan memelukku seerat - eratnya.



Dari laporan doktor pakar, aku sebenarnya berada didalam keadaan 'mild stress'.



Baru hari ini, aku memulakan tugas kembali, dan inilah entri yang terbaru, tentang apa yang berlaku hingga aku tidak dapat mengemaskini blog ini.



Kepada seluruh ahli keluargaku, rakan dan sahabat yang menghubungi dan menghantar sms, mendo'akan kesihatanku. Aku ucapkan - JAZAKUMULLAH HUKHAIRAN KHATHIRA.

9 comments:

Rumah Kuning said...

Dapat merasakan debaran isteri dan anak-anak a.long ketika itu...Walau apa pun,saya doakan semoga a.long kembali sihat dan ceria seperti sediakala.

Qaseh Bidadari said...

semoga abg long sihat dan ceria kembali..

why not amik vitamin tuk jaga kesihatan abg long...at least boleh kurangkan risiko penyakit...

jaga diri ya abg long...

Leyla Shuri said...

Salam eid il adha tuan rumah sekeluarga,

Saya simpati, janganlah dipenatkan badan itu lagi.

Bila rasa penat, lepaskan segalanya yg tidak penting, tarik selimut dan tidur...aman.

Anonymous said...

Salam Aidiladha buat Abg Long sekeluarga. Banyakkan berehat Abg Long.

Sri Diah said...

Alhamdulillah abang long telah kembali sihat, tak sangka pula mild stress boleh sampai jadi macam tu. risau pulak saya... semoga cepat sembuh, dan banyak berehat selepas ini. bak kata orang, badan nak pakai lama...

Anonymous said...

Keje, keje jg abg long, tapi kesihatan perlu dijaga . Buatlah keje setakat yg termampu oleh badan kita dan jgn stress sgt . Cool n relax . Apa pun saya doakan agar abg long dikurniakan kesihatan yang berpanjangan . Kasihanlah pada isteri dan anak2,tentu mrk risau dan bimbang .

arsaili said...

salam abg long...take care of urself...badan bila meningkat usia perlukan rehat yg banyak and zero-stress...stress yg berpanjangan not good for d long term...moga cepat sembuh k.

Anonymous said...

salam abg long...Alhamdulillah abg long tak ape ape..sy doakan abg long diberikan Allah kesihatan yg baik

Abang Long said...

cikgu panji, TERIMA KASIH atas ucapan keberkatan itu.

mama ranggie, semuanya bekalan sudah ada, tetapi inilah takdir yang perlu diterima.

jahrera, ada ketikanya nak tidur opun ak boleh ... itulah masalahnya ....hmmmm

khairil troy, TERIMA KASIH atas nasihat itu.

Wahai Kekanda Sri Diah, saya cuba yang terbaik untuk menjaga kesihatan. TERIMA KASIH kerana sudi berkunjung kesini.

ila, abang sememangnya jenis cool, tetapi entah dimana silapnya, tiba2 sahaja penyakit itu datang ....aku pasrah.

arsaili, TERIMA KASIH atas DO'A itu.

adam brown, thanks for the advise.

cikscarlet, TERIMA KASIH atas do'a itu.