Wednesday, September 19, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (7)


Terpaksa aku menghilangkan rasa malu. Tapi, nak buat macam mana ?.


Seorang jiran datang kerumah, lalu menjemput aku untuk pergi berbuka dirumahnya. Aku memang serba salah diwaktu itu. Maklumlah, bukan semua makanan boleh aku makan. Aku bimbang jika tersalah makan, bahananya, aku juga yang dapat. Akhirnya, disebabkan aku tunjuk 'muka 10 sen' dan sambil menggaru - garu kepala yang tidak gatal. Jiran aku lantas bertanya kepadaku "adik kerja ke petang ni ?" dan tidak dapat berfikir panjang lagi, dan demi menjaga sebuah persahabatan, aku terus bertannya "maaf, bang, saya ni bukan tak nak pergi, tapi masalahnya saya ada gastrik, dan kalau abang ada masak bubur nasi kosong, InsyaAllah, saya tiada masalah".


Spontan jiran aku terus sahaja tertawa, kalau itulah masalahnya, "abang pun ada gastrik, dan abang pun kena berbuka dengan bubur nasi kosong". "Ya, Allah, selesai masalahku".



Rupanya, jiran aku hanya menjemput tak sampai 10 orang sahaja jiran terdekat untuk majlis berbuka. Dan bila waktu berbuka, juadah yang disediakan adalah, bubur kosong, bubur pulut hitam, nasi, ikan goreng dan sayur campur serta kurma.



Namun, aku telah dapat melihat sekilas, wajah jiran - jiranku yang seperti tidak senang duduk. Akhirnya, setelah berbuka, kami bersolat maghrib secara berjemaah. Yang kurang manisnya, 2 orang jiran, telah terpaksa meninggalkan majlis dengan tergesa - gesa.


Keesokan harinya, sewaktu membeli barang basah, aku sempat bertegur sapa dengan jiranku itu. Tiba - tiba sahaja jiranku itu mengadu, "eh, engkau tau tak, kenapa si anu dan si anu tu lepas berbuka je terus balik, tanpa sempat bersolat jemaah ?"



Aku hanya menggeleng kepala, lalu jiran aku terus berkata tanpa ditanya "yang sebetulnya, mereka rasa seperti dihina, maklumlah orang kaya, dijemput oleh si miskin, jadi diorang ingat, mestilah makanan yang disediakan tu banyak, lazat dan sedap ... ini tidak bubur, ikan goreng dan sayur".



Astagfirullah halazim ... aku terus beristighfar sambil mengurut dada.

5 comments:

Qaseh Bidadari said...

masih adakah org2 yg begitu di bumi allah ini..

arsaili said...

Manusia ini amat complex, bermacam ragam..

Unknown said...

Waaa... jika ke rumah saya sambai ikan bilis je...

Anonymous said...

Suami cakap hari Ahad ni dia nak jemput semua anak saudara dia yg bekerja dan belajar di KL dan Selangor berbuka puasa di rumah . Campur , tolak , darab , bahagi , kira2 13 orang semuanya . La dok tgh garu2 kepala dan belek2 buku resepi utk menu hari Ahad nanti . Eeekekeke.....

~ Ila ~

Abang Long said...

mama ranggie, masih ada, itu sebabnya dunia masih tak aman.

arsaili, betul dan benar sekali.

Wahai Puan Sifu Zalisa, nampaknya tak sampai selera den. Sampai hati buat lagu tu ...

lla, eh, kenapa tak beli buku resepi keluaran ALAF, tak payah memeningkan kepala ....hehehehe