Marilah kita memohon, marilah kita merayu, marilah kita berdo'a dan terus berdo'a dan terus berdo'a. Supaya ibadah kita diterima-Nya.
Alhamdulillah, sudah 7 (TUJUH) hari kita bersama seluruh umat Islam seluruh dunia, menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan ini. Bukan tujuanku untuk memaklumkan yang kita berbangga kerana sudah 7 hari kita berpuasa. Tetapi, apa yang aku maksudkan adalah, kita hanya berbaki (BERBAKI), kurang lebih 23 (DUA PULUH TIGA HARI SAHAJA) lagi untuk kita menikmati, mengecapi dan merasai kemanisan dalam melaksanakan ibadah yang khusus ini.
Samada kita akan dapat menemui ramadhan yang akan datang, pada tahun hadapan - WALLAH HU'AKLAM BISSAWAB.
Marilah kita bersungguh - sungguh melaksanakan ibadah ini dengan penuh kesungguhan, dengan penuh keikhlasan dan dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah Rabbul Jalil.
Diruangan ini, pada kali ini, aku sengaja memberikan laluan untuk kita, bersama - sama berfikir dan berdo'a untuk kesejahteraan kepada anakanda - Nurin Jazlin Jazimin (8 tahun). Yang mana tragedi yang menimpanya, benar - benar meruntun hati setiap insan. Yang terbaik adalah sama - sama kita sedekahkan AL - FATIHAH. Semoga ibu bapa dan ahli keluarganya tabah dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Dan pada hari ini juga, genap usia perkahwinan aku dan isteri yang ke 17. Syukur Alhamdulillah. Kami telah dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata.
Marilah kita berdo'a, semoga ahli keluarga kita, negara kita, berada didalam keadaan aman, sentosa dan harmoni. Ingatlah, bahawasanya - "tiada hijab bagi do'a mereka yang dizalimi !"
11 comments:
abang long tahniah utk 17th anniversary...
Tahniah. Semoga kekal hingga ke akhir hayat :)
Untuk keluarga arwah Nurin, semoga tabah.
Assalamualaikum, salam kenal... sama2 besedih dengan berita berkenaan.
eh.. lupa nak ucap tahniah, dah 17 tahun ek... nanti ulangtahun ke 40 jemputler mak su ya
happy anniversary!! semoga bertambah kuat ikatan kasih sayang diantara satu sama lain- lily suriani
happy anniversary! semoga bertambah kuat ikatan kasih sayang dan bertambah bahagia hendaknya! - lily suriani
tahniah...semoga kekal ke hujung nyawa...
Tahniah ulang thn ke 17 and al-Fatihah kepada arwah Nurin..
ALhamdulillah masih bahagia dan berjaya ke 17tahun usia perkahwinan Abg Long..yeyyy,hopefully more years and years to come...grow old together kehujung nyawa kan?
Ameen.
2/Al-Fatihah utk Arwah Adik Nurin.
al fatihah utk adik nurin
n happi annvrsry utk abg long n wife
Adik dhiya, TERIMA KASIH atas ucapan itu.
Wahai Puan Sifu Zalisa Maz, sama-samalah kita mendo'akan yang terbaik untuk umat Islam seluruhnya.
mak su, ya ... dah 17 tahun dah.
lily suriani, TERIMA KASIH atas ucapan itu.
mama ranggie, InsyaAllah hingga kehujung nyawa.
arsaili - TERIMA KASIH.
NOUSHY, masih terasa 'panas', terasa macam baru semalam kahwin.
masni qisrine, TERIMA KASIH.
Post a Comment