Monday, September 17, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (6)


IMAM BIJAKSANA !


Itulah komen aku, usai bersolat Juma'at tempohari. Imam itu telah mengumumkan, bahawa ramai yang akan menyertai tadarus tahun ini. Dimana imam tersebut telah berusaha selama sebulan sebelum menjelangnya ramadhan. Dengan mendampingi ramai orang. Tidak kira tua mahupun yang muda.


Imam itu telah mengambil pendekatan yang paling bijaksana dan harmoni. Dimana setiap orang dipujuk (manusia lebih malu dan tewas dengan pujukan, berbanding dengan cara paksaan), untuk turut sama menyertai kumpulan taddarus.


"Saya mohon, tuan - tuan agar dapat memperbetulkan bacaan saya, tuan - tuan perlu ingat, saya juga manusia dan punyai pelbagai kesilapan" sambil menyambung, "saya sebagai pentadbir merasa bangga dan memuji tuan - tuan yang berani untuk berhadapan dan bertadarus, bersama - sama ahli jemaah", "jangan malu kalau tidak dapat membaca dengan baik, kita perlu lebih rasa malu, andainya kita tidak membaca al-qur'an".



Alhamdulillah, masjid itu telah memecahkan rekod selama ini (saya tidak pasti untuk negeri Selangor). Dimana setiap malam, tidak kurang dari 200 orang jemaah, menyertai program tadarus.



Paling menarik sekali, bila mana imam itu menegur dengan cara paling manis dan berhikmah, dengan senyuman sentiasa menguntum dibibirnya. Bilamana ahli tadarus tersilap atau masih 'merangkak' dalam pembacaan. Dan ada ketikanya dengan spontan dan secara berjenaka beliau menegur seorang pemuda dalam pembacaannya "ini kira jauh lebih baik, dulu, saya lebih teruk lagi, nak sebut pelat macam orang jawa".


Jadi, tiada siapa yang malu atau 'terasa hati" bila ditegur. Malah kelihatan ramai jemaah, begitu bersungguh - sungguh untuk meneruskan program taddarus.

4 comments:

arsaili said...

betul..cara berhikmah patut di praktiskan..tapi masih byk pendekatan yg seringkali menjatuhkan air muka orang. Ia menghalang niat untuk belajar bagi yang kurang berilmu...

Orked said...

Salam Abg long,

Sy pun ikuti juga Tadarus kat surau tempat kami, kami buat pagi 8-11 atau bergantung dgn group kita la nak balik pukul berapa, sebab kaum ibu tak masak cuma ada yang nak ambil anak dari tadika atau hantar anak ke sekolah petang.

Ini adalah tahun ke 3 kami buat memandang taman perumahan kami pun masih baru sekitar 5 tahun, ustazah kata, kalau tak pandai pun tak pa, datang..buat semakan, dapat pahala mata, pahala telinga dll.

Kami ada 4 kumpulan dan setiap kumpulan ada 5-6 orang. Setiap kumpulan akan ada 2-3 orang yang pandai untuk menyemak bacaan kami.

Puteri Satu said...

bagusla blog abang long bulan puasa ni...suka baca ...

Abang Long said...

arsaili, bila mana manusia meninggalkan sunnah Nabi. Maka itulah yang bakal terjadi.

jie, Alhamdulillah Syukur. Boleh diteruskan amalan mulia itu.

puteri1, amalkan yang baik untuk kesejahteraan diri.