Saturday, September 15, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (4)


Sesekali, aku melayan juga permintaan anak - anakku. Dimana, mereka teringin untuk membeli juadah berbuka puasa.



Tetapi, cara aku mudah tetapi tegas. Aku hanya memberikan seorang RM1.00 sahaja. Lalu aku membawa keempat - empat orang anak ke bazar ramadhan, yang terletak berhampiran dengan rumahku.



Apa yang hendak dibeli oleh mereka, aku tidak kisah, tetapi seandainya makanan itu aku rasakan tidak sesuai, maka aku akan memberikan nasihat. Contohnya, kalau makanan itu kurang sesuai dengan peringkat umur mereka, seperti kerabu. Tetapi kalau makanan itu mudah untuk dibuat dirumah, maka aku akan berkata "nanti ummi akan masak kuih itu banyak - banyak dirumah". Maknanya aku tetap memberikan nasihat dan pemantauan.




Maklumlah, jangankan si anak kecil. Kita yang dewasa inipun ada ketikanya 'rambang mata' dengan kuih - muih dan lauk pauk yang dijual.



Jadi, dengan 'bekalan' wang sebanyak RM1.00. Maka anak - anakku, terpaksa berhati - hati untuk membeli makanan yang mereka inginkan.




Sebabnya mudah, aku sudah mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam hal 'menghadap' makanan sewaktu berbuka. Waktu sedang berpuasa disiang hari, memang semua makanan, kalau boleh hendak dimakan, tetapi, bila waktu berbuka, cuma makan sebiji atau dua biji kuih sahaja. Dan ini bermakna, kita akan membazirkan makanan yang tidak dimakan.




Seperkara lagi, memang sudah menjadi kebiasaan sewaktu berbuka. Aku akan pastikan, hanya minuman panas, seperti milo atau ovaltine atau susu sahaja yang dihidangkan. Kerana, bila sahaja waktu berbuka, maka anak - anakku hanya minum sedikit sahaja, kemudian mereka akan terus makan. Kalau dihidangkan minuman sejuk, maka mereka akan minum 'sepuas - puasnya'. Dan langkah ini akan 'mematikan' selera mereka untuk makan.




# Aku tidak perlu membeli apa - apa juadah. Kerana aku hanya boleh berbuka dengan bubur nasi kosong sahaja. Itupun yang dimasak oleh isteri.

6 comments:

Unknown said...

Menggoda iman warna2 kuih tu :D

Abang Long said...

Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa. Lebih 'tergoda' dengan masakan isteri... hehehe

Iman Mawaddah said...

Cara Abang Long didik anak hampir sama dengan cara bonda mendidik saya :)

m.q said...

bile puasa jer, trigt zaman kecik-kecik dulu.

Mardihah said...

salam abang long...

lama sudah tidak berkunjung ke sini yerrr...ape sekalipun, mengucapkan

selamat berpuasa di bulan ramadhan...semoga manfaat kebaikan dan sentiasa kita di beri kekuatan...amennn..

Abang Long said...

iman mawaddah, boleh dijadikan tradisi, selagi tidak bercanggah dengan syariat.

masni qisrine, bagaimana zaman dah dewasa pula ?

qudwah mardihah, InsyaAllah.