Saturday, September 15, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (3)


"Entah, apa yang dikejar pun aku tak tau !".



Kalau ada yang berkata, aku mengumpat, terpulang. Tapi yang pasti, ramai jemaah yang kurang berpuas hati dengan imam solat tarawih disalah sebuah masjid dikampung aku.



Manakan tidak, dalam masa tak sampai 30 minit. Selesai solat tarawih untuk 20 rakaat. Kalau aku yang masih muda tapi tua inipun, sudah berasa tercungap - cungap dan berpeluh. Apatah lagi jemaah yang sudah berusia atau tua.



Sebaik sahaja sampai ketempat parkir motor, anak ku yang kedua terus bertanya "abah, sah tak sembahyang kalau tak sempat baca fatihah sampai habis ?".



Aku lalu bertanya "kenapa tak sempat ?"



Anakku lalu berkata "imam tu baca laju sangat, saya tak sempat baca fatihah sampai habis, dia dah rukuk dan lepas tu terus sujud".





Dan anak aku yang pertama terus berkata "abah, esok, kita ke masjid yang semalam kita sembahyang, masjid ni tak best, imam dia macam bawa F1 !".





# Sepatutnya, kita bersolat secara berjemaah dalam keadaan tenang dan khusyuk. Sambil mendengar bacaan ayat - ayat suci. Kita cuba memahami dan menjiwai apa yang terkandung didalam Al-Qur'an.

6 comments:

Yang bernama Siti said...

Abang Long,

Ada juga yang baca ayat panjang-panjang dan lambat-lambat. Kami di belakang resah. Maklum taman kami kebanyakan warga wanita masih dalam lingkungan umur beranak kecil. Anak-anak yang bosan menunggu akhirnya mengganggu jemaah.

Yang elok, yang sederhana.

Anonymous said...

selamat menunaikan ibadah ramadhan utk abang long sekeluarga.

arsaili said...

Semua nya kena bersederhana, tapi kat sini..semalam sejuzuk...buat 8 jer, tak mampu nak wat 20..ehehe

Noushy Syah said...

Hhahahha...

Ada Imam mcm F1 rupanya!!!20 rokaat in 30mins? Wow that's unbelievable!!

m.q said...

salam, mmg ada imam yg baca cepat. apa yg dikejar pun xtau. penat juga nk ikut.

Abang Long said...

yang bernama siti. Benar, biarlah sederhana.

anonymous, Terima kasih.

arsaili, biarlah sederhana dan yang kita mampu.

noushy syah, memang sukar dipercayai, tapi banyak tempat dah jadi begitu.

masni qisrine, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ...hehehehe