Berbuka dengan juadah yang murah, mudah tetapi berkhasiat.
Ini adalah waktu yang paling sesuai untuk pesakit gastrik, untuk berpuasa. Dan berbuka dengan juadah yang paling sesuai untuk usus. Tidak memulakan dengan makanan yang keras, berminyak dan berlemak.
Aku hanya berbuka dengan bubur nasi kosong (bukan bubur lambok atau pelbagai jenis bubur lain). Hanya bubur nasi kosong dan ditabur dengan ikan bilis goreng yang telah ditumbuk halus. Minuman untuk aku berbuka hanyalah segelas susu (susu tepung), ataupun soya.
Dan insyaAllah, inilah juadah yang paling sesuai untuk aku sepanjang bulan Ramadhan. Seorang pesakit gastrik.
6 comments:
Salam Ramadhan.
Semoga kita sama-sama dapat menghayati keberkatan Ramadhan dengan sebenar-benar penghayatan...
gastrik ke?
alahai.xpe la. dugaan kan abg long.
wish u all the best for the rest of the fasting days. ;)
Ada HIKMAH sebenarnya di sebalik sakit yg diberikan kepada kita . Bersyukur ke hadrat-NYA krn kita masih lg mampu makan w/pun sekadar bubur + ikan bilis . Didoakan semoga abg long dpt menjalani ibadah puasa dengan sempurna w/pun sakit . Mungkin ini ujian dan dugaan dari Allah swt utk menunjukkan kasih sayang kpd hamba-NYA .Hehehehe tukar profession jd ustazah lah pula di bulan Ramadhan ni .
~ Ila ~
jowopinter, Salam Ramadhan. InsyaAllah.
sayda, memang dugaan, kena gastrik dah lama dah. InsyaAllah, kita usaha, kalau dah tak tahan, apa nak buat.
lla, itu sahaja yang termampu, yang lain memang tak serasi dengan perut (bukan tekak). Tak salah jadi ustazah, kan kita mesti jadi yang terbaik.
Waktu saya muda-muda dulu saya ada masalah gastrik. Pernah lima hari saya tak dapat makan apa pun. Perut terlampau sakit. Sepupu saya seorang doktor memberitahu saya ubat gastrik paling baik ialah dengan berpuasa. Alhamdulillah sekarang saya sudah sembuh. Semoga puasa Abang Long akan menjadi penyembuh, seperti puasa saya dulu. InsyaAllah.
Sepupu saya suruh saya puasa begini. Bersahur pada waktu paling afdal, dekat-dekat nak imsak. Lepas makan nasi kenyang-kenyang, minum air banyak-banyak sampai perut terasa kembung.
Saya tambah dengan berbuka dengan air panas, selalunya milo dan saya tak sentuh langsung kopi dan air batu.
Jika perut pedih saya minum air susu lembu segar (paling baik yang dijual di kedai mamak, kalau tak beli yang tertulis 'fresh milk').
Cubalah, mana tau boleh baik.
Insyallah tiada apa2 tu. Selamat berpuasa, terima kasih atas sokongan dan cabaran! hehehe
Post a Comment