Monday, September 24, 2007

Tazkirah Universiti Ramadhan (10)


"Jom berbuka dirumah anak yatim".

Itu adalah sms yang aku terima, sejurus selepas entri dibawah disiarkan. Lalu, berlakulah berbalas - balas sms.


Ya, kenapa tidak !.


Aku bersetuju dengan 'jemputan' dari sahabatku itu. Bukan sekadar kita sahaja yang pergi, malah bawa bersama anak - anak dan isteri - isteri masing - masing. Biarlah kita 'merasa' kehidupan mereka. Sebabnya mudah, kalau kita menganjurkan majlis itu dimana - mana, maka kosnya agak tinggi. Jadi cara yang paling mudah ialah, kita pergi kerumah anak - anak yatim, dan kita anjurkan majlis iu disana, dengan 'apa yang ada' sahaja.


# Gambar foto diatas tiada kaitan dengan entri ini.

4 comments:

Qaseh Bidadari said...

satu ibadah yg mulia di bulan mulia ni...semoga ibadah kite akan diberkati...

Unknown said...

Menarik cara begini.

Anonymous said...

Err... tang 'isteri-isteri masing-masing' tu, berapa ramai isteri 'masing-masing' tu???

~ainin naufal~

Abang Long said...

mama ranggie, InsyaAllah, semoga amal kita diterima Nya.

Wahai yang dihormati Puan Sifu Zalisa, idea yang baik dan tidak bersalahan dengan syariat, kita ikut dan sokong.

Wahai Adinda Sifu Ainin, errrr... bukan typo error, tapi memang ada sahabat yang beristeri lebih dari satu. HARAP MAKLUM.