Friday, September 07, 2007

Macam - macam kisah (25)


Kisah 1 - Puasa malam.


Satu yang lumrah, bila mana ada temujanji dengan doktor, khususnya untuk pemeiksaan darah. Maka kita dikehendaki untuk berpuasa (selama 12 jam). Sebelum darah diambil. Maka disebabkan temujanji untuk ambil darah ialah pada jam 8.30 keesokan harinya. Maka aku mengambil makan malam sebelum maghrib.


Dan 'puasa' aku pun bermula. Kebetulan pula aku berasa kurang sihat, jadi aku pun berbaring didalam bilik. Dan kalau tidur pun tidak menjadi masalah. Tiba - tiba saudaraku datang berkunjung kerumah, diwaktu jam menunjukkan pukul 10 malam. Dan yang paling tidak dapat dielakkan, saudaraku membawa makanan yang begitu banyak.


Tanpa sesiapa pun yang mengetahui tentang 'puasa' aku, melainkan isteri aku. Aku terpaksa 'berbuka sementara'. Dan 'perbuatan' aku mendapat pandangan sinis lagi tajam dari isteri aku.


Sudahlah begitu, kalau makan sedikit, ada juga 'pengampunannya'. Ini tidak, hingga boleh habis makanan diatas meja.


# Agaknya, kalau doktor tahu, dia marah tak ?





Kisah 2 - Menggigil naik motor.


Rupanya tubuh aku yang tidak berapa selesa sebelumnya, membawa tanda yang aku memang demam. Tapi, disebabkan temujanji itu telah lama ditetapkan. Aku terpaksa juga pergi ke hospital.


Dengan memakai jaket tebal, umpama seorang penunggang motor berkuasa besar. Maka aku pergi ke hospital dengan menunggang motor kapcai (itu sahaja harta yang aku ada).


Aku menunggang dengan penuh hemah. Bukannya sebab aku penunggang contoh, tapi sebab aku tidak boleh memecut lebih dari 50kmj. Angin yang berhembus, menyebabkan tubuh aku kesejukan yang tidak terkawal. Nasib baik jarak dari rumah aku dengan hospital, tidak sampai 10 minit perjalanan.

# Nasib baik datang dengan motor, sebab tempat letak kereta penuh. Itulah kuasa tuhan.




Kisah 3 - Kerusi roda.


Aku memang terkejut dan tergamam sebenarnya. Sewaktu aku tiba dikaunter, untuk menyerahkan kad temujanji. Tiba - tiba kerani kaunter yang bertugas terus mengarahkan jururawat yang berada berdekatan dengan kaunter untuk mengambil kerusi roda.


Aku yang tidak mengetahui apa - apa terus sahaja diminta untuk duduk dikerusi roda. Aku tanya untuk apa ?. Kerani yang bertugas menyatakan bahawa aku kelihatan pucat dan tidak sihat. Lagipun, memang aku masih menggigil lagi diwaktu itu, maklumlah penghawa dingin begitu kuat diruangan kaunter.


Aku yang masih dalam keadaan terpinga - pinga, terus sahaja mengikut 'arahan'. Selesai urusan. Seorang petugas hospital, terus sahaja menolak kerusi roda yang aku duduki, ketingkat atas. Aduhai, aku bukannya tidak boleh berjalan atau bergerak.


# Bila berada dirumah, dan aku ceritakan tentang layanan pihak hospital swasta itu. Isteri aku terus ketawa. Lalu dia berkata "bang, itulah bezanya hospital kerajaan dengan hospital swasta".




Kisah 4 - Surat Jaminan (GL).


Kalau tidak kerana pihak syarikat tempat aku berkerja, menyediakan kemudahan rawatan perubatan sebegitu rupa. Aku memang akan menghala terus ke hospital kerajaan. Kerana kesihatan wajib dijaga dan dipelihara. Tetapi, kalau sudah sakit, kita terima sahaja ketentuan tuhan.


Sewaktu aku berada dihospital swasta itu. Aku terus sahaja mematikan talian telefon bimbit aku. Namun selesai sahaja aku menerima rawatan. Dan sewaktu berjalan ke tempat letak motor. Aku menghidupkan kembali talian telefon bimbit. Begitu banyak miss call dan sms telah tersimpan untuk dibaca.


Sms pertama adalah dari penyelia bahagian operasi yang berbunyi "Encik sudah terima GL dari HR ke ?

# Sambil tersenyum, aku cuma berkata didalam hati "aku rasa dia ni demam kot ... kalau aku tak ada GL, bagaimana aku nak pergi hospital swasta ".



Kisah 5 - Semuanya wanita.


Aku sudah lama sedar tentang hal ini. Dari kerani kaunter, jururawat, doktor peribadi, doktor pakar, doktor senaman. Dan dari kerani bahagian farmasi, pelayan kantin, pencuci lantai dan pencuci tandas - semuanya wanita.

Majoriti pesakit, adalah lelaki.


Jadi, sewaktu nak menjalani terapi, aku diarahkan membuka baju (baju sahaja). Dalam bilik terapi, ada lima orang wanita (dua doktor pakar, 3 jururawat) dan aku seorang sahaja lelaki. Kalau badan aku sasa, boleh tahan juga. Ini badan aku macam ...


Memang terasa seram campur sejuk. Tapi bukannya sebab ramai wanita dalam bilik, tetapi maklumlah, berada didalam bilik yang berhawa dingin tanpa berbaju.


# Aku terfikir sesuatu. Bagaimana agaknya kalau seorang lelaki itu mengalami masalah 'sakit tuan ?"

6 comments:

Latiptalib said...

Selamat menyambut kedatangan Ramadan. Kekanda doakan semoga adinda Feroz sihat. Amin.

NURAZZAH8 said...

salam abang long, sudah sihat sekarang? InsyaAllah saya doakan agar Abg Long akan beroleh kesihatn yg baik, amin.

Saya tak tahu pun ada suratkhabar utk org Selangor & KL??? hurm...tak pernah ke kedai menjenguk tempat jual suratkhabar... insyaAllah saya akan cuba cari...

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan. Semoga bulan penuh kerahmatan dan keberkatan ini kita harungi dengan amalan-amalan yg baik.

blackpurple @ jowopinter said...

Berada di hospital dan memerhatikan gelagat dan cerita-cerita manusia di dalamnya sebenarnya banyak 'mendewasakan' kita... Sungguh!

Semoga saudara ok dan dapat menjalani bulan Ramadhan yang akan menjelang beberapa hari lagi. Selamat! :)

Unknown said...

Selamat menyambut kehadiran Ramadhan. Rajin2 puasa :)

Anonymous said...

Alahai..... abg long ni , asyik demam dan tak sihat aje . Agak2nya Si Adam tu nak dapat adik lagi kut, tu la asyik alahan aje . hahahaha.. Apa2 pun semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna sepjg menjalani ibadah puasa nanti .

~ Ila ~

Abang Long said...

Wahai Kekanda Abdulatip. Alhamdulillah, Syukur, sudah semakin sihat. Terima kasih atas do'a itu.

nurrazah8, Alhamdulillah sudah semakin sembuh. Surat khabar tu diberikan percuma selama 5 hari. Ya, Selamat menyambut Ramadhan.

jowopinter, selamat menyambut ramadhan.

Wahai Puan Sifu Zalisa. InsyaAllah, kita akan bersama-sama meraikan kehadiran Ramadhan.

lla, nak tambah lagi ?...gulp... cukuplah dengan seorang isteri dan 5 orang cahaya mata. Alhamdulillah.