Tuesday, August 21, 2007

Ustaz cakap kotor ?


Trend ceramah masa kini ?


Terus terang aku katakan, bahawa aku tidak faham. Malahan ada ketikanya, aku merasa malu untuk membawa anak - anakku ke surau atau masjid yang berdekatan dengan rumahku. Ini kerana, cara penyampaian ustaz ini agak keterlaluan. Maksud aku mudah sahaja. Para ustaz ini (perhatian: bukan semua), berceramah menggunakan bahasa yang 'double meaning' atau dengan kata mudahnya - LUCAH !.


Kalau diselitkan sedikit sahaja dalam proses penyampaian mereka, bagi aku sudah memadai, tapi yang terkilannya, ada yang berceramah hampir keseluruhan menggunakan perkataan atau bahasa yang hanya sesuai untuk disebut dihadapan jemaah yang berusia ataupun yang telah matang.


Bayangkan ada satu ketika, anakku dengan bersahaja bertanya "abah, apa benda lurah dendam tu ?" dia bertanya, selepas para jemaah ketawa terbahak - bahak selepas seorang ustaz itu menceritakan tentang kisah seorang gadis berpakaian seksi.


Walaupun kisah itu benar - benar berlaku, namun cara olahan dan penggunaan ayat itu agak keterlaluan. Aku tidak pasti penerimaan kaum wanita / muslimat dalam hal ini (kerana kedudukan kaum muslimin dan muslimat dipisahkan oleh tirai).


Tidak bolehkah para ustaz ini, menyampaikan ceramah atau kuliah dalam bahasa yang mudah, berhikmah, menggunakan perkataan yang bersesuian dengan semua peringkat umur, bersopan dalam penggunaan bahasa atau ayat ?


Aku yakin dan aku pasti. Jika para ustaz ini memahami akan uslub dakwah para nabi, khususnya cara dan corak penyampaian oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Mereka pasti akan berasa malu. Kerana Nabi Muhammad tidak pernah sekalipun menggunakan bahasa separa lucah mahupun lucah sepenuhnya.


Hatta sewaktu menerangkan tentang kisah hubungan suami isteri sekalipun, Nabi Muhammad menggunakan perkataan yang begitu harmoni. Aku masih ingat tentang hadith ini - "hendaklah seorang isteri itu menyempurnakan hajat seorang suami, walaupun berada diatas pundak seekor unta". Cukup. Kesemua sahabat memahaminya.


Sudahlah masyarakat kita dihadapkan dan dibebani dengan terlalu banyak gejala soSIAL. Aku bimbang, jika trend para ustaz ini berceramah, maka gejala ini bukan sahaja tidak akan terhapus. Malah akan bertambah parah !!!.

7 comments:

Anonymous said...

Klu sy berada dlm majlis tu , bila org pandang muka sy mmg control ayu gitu . Tp dlm hati , Ya Allah rasa malu2 cipan n klu blh nak menyorok dlm langsir .

~ Ila ~

Unknown said...

Ustaz/ustazah zaman moden :D

silversarina said...

agaknya bila orang gelak , ustaz ingat orang suka, tu yang makin menjadi lucahnya....memang tak faham bila ilmu dikomedikan.

Juezura said...

selalu juga terdengar ceramah dari surau di depan rumah bercerita tentang baik buruk sesuatu isu tetapi cara penyampaian ustaz tu kdg kak long rasa lebih kepada mengumpat dan mengadu domba..iskk tak kuasa nak dengar.

Noushy Syah said...

Salam Abg Long,kena cakap terus terang sbb ada yang tak faham!

'menyempurnakan hajat tuh, Noushy pun xtau!..maybe nak poo atau pee ke?

Anonymous said...

Belasah je ustaz tu!
(Belasah dgn kata2 la... bukan pukul dia .. hehhee)

Abang Long said...

lla, memang rasa serba salah. mereka menyampaikan ilmu agama, tapi ayat mereka kategori 18SX.

Wahai Puan Zalisa, kalau sekarang sudah begitu, bagaimana 10, 20 tahun akan datang ?

loveujordan, bukan dikomedikan, rasanya dilucahkan ...hmmmmm ...

zura@kak long, itu yang serba salah tu !@#$...

noushy syah, "menyempurnakan hajat ..." maksudnya. "Kalau" suami nak mengadakan hubungan kelamin. Alahaiiiii .... maaf, abang long sendiri malu nak sebut, tapi bila dah ditanya ...hmmmmm.

sf, tak boleh nak belasah, sebab penyokong dia ramai ... maklumlah,,,