Aku telah bersiap ala kadar, untuk pergi ke Singapura. Selain dari untuk menyambut Hari Kebangsaan negara itu yang ke 43. Dalam masa yang sama, aku juga berhajat untuk menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai yang menetap disana.
Tapi apakan daya, disaat - saat akhir, atas sebab kesihatan yang agak meruncing, maka atas nasihat dari Doktor. Maka rancangan itu terpaksa dibatalkan.
Sejak dari awal pagi, aku tiba - tiba merasa kurang sihat. Sakit dibahagian dada telah datang berulang. Tapi kini kesakitan itu datang lebih kerap. Hingga aku berasa kurang selesa untuk berkerja. Akhirnya, aku terus mencapai motor kapcai buruk aku, dan terus menunggang, menghala ke klinik panel. Usai mendapat rawatan kecemasan. Doktor memaklumkan yang aku perlu dihantar ke Pusat Rawatan untuk mendapat rawatan lanjut.
# Apakan daya, kita hanya merancang.
Kisah 2 - Kasih seorang isteri.
Tiba sahaja dirumah, aku terus berbaring. Tanpa berkata apa pun. Isteriku menegur "sakit abang datang balik ke ?" Aku hanya mengangguk. Lalu dia menanggalkan stoking yang aku pakai, kerana aku merasa seolah hilang daya.
Diambilnya air segelas, lalu aku mencapainya dan menelan beberapa biji pil, penahan sakit.
"Sayang, sayang boleh ambil anak dari sekolah tak?" aku bertanya, kerana kasihan melihat isteriku yang terpaksa berulang alik, mengambil dan menghantar anak kesekolah.
"Abang, jangan fikir benda tu semua, saya akan ambil anak - anak, yang penting sekarang, abang rehat, abang tidur dulu" sambil mengusap lembut rambut aku.
Tiba - tiba sahaja, aku terus "hilang" ... aku tertidur, dek kerana ubat penenang yang diberikan oleh Doktor.
# Kash sayang yang ikhlas dari seorang isteri - hanya Syurga tempat balasannya.
Kisah 3 - Anak jadi pendiam.
Sewaktu aku terjaga dari tidur (yang agak lama), aku tersedar, waktu itu telah masuk waktu maghrib. Dengan segala kepayahan aku bangun. Aku lihat anak - anak sedang menghadap pelajaran mereka (sekarang musim peperiksaan).
Melihat sahaja aku keluar dari bilik, anak - anak ku terus menerpa kearahku. Semuanya memeluk dengan perasaan kasih sayang, seolah - olah telah lama berpisah layaknya. Anak ku yang sulung terus memapah tubuhku, kerana aku berjalan dalam keadaan terhoyong - hayang (mungkin akibat pil penenang masih berfungsi).
Mereka terus membawa aku ke bilik air, kerana aku belum bersolat lagi. Usai bersolat (dalam keadaan duduk), kerana aku tidak mampu untuk berdiri. Terus sahaja mereka bertanya soalan yang pelbagai, hingga aku ketawa.
# Syukur Alhamdulillah, aku mendapat keluarga yang semakin memahami tugas masing - masing.
6 comments:
salam,
bertuahnya abang long punya isteri dan anak-anak yang amat penyayang ... tentang sakit tu harap abang long berehat dan ikut nasihat doktor...
take care dan semoga sembuh !!
semoga cepat sembuh. inilah contoh keluarga bahagia. semoga kekal selamanya... amin.
~ainin naufal~
kasih sayang isteri, menjadi ubat paling mujarab.
Semoga cepat sembuh. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Berusahalah berubat. InsyaAllah sembuh.
loveujordan, Puan Sifu Ainin Naufal, Puan Sifu Zalisa Maz dan Kekanda Latiptalib - TERIMA KASIH atas ucapan dan DO'A kalian.
Salam BL,
Syahdu membaca cerita ini. Semoga sdra segera sembuh. Insya-Allah.
Post a Comment