Thursday, August 23, 2007

Seluar dalam terjelir ...


Entah kenapa, tiba - tiba hari ini, suasana pejabatku agak bising dan gamat. Pelbagai kisah lucu diceritakan seorang demi seorang.


Seperkara lagi, almaklumlah tanpa diduga. Semua pekerja wanita tidak hadir dengan pelbagai sebab. Jadi yang tinggal hanyalah pekerja lelaki. Jadi perbualan begitu "terbuka". Dan tidak ada penapisan langsung !.


Aku juga tumpang 'semangkuk'. Aku bukanlah seorang yang terlalu baik dan alim. Ada ketikanya 'terserlah' juga kejantanan aku dalam berbicara.


Tiba - tiba seorang pekerja berkata "eh, korang tau tak sekarang ada pakaian fesyen baru ?"


Masing - masing termenung seketika, memikirkan apa "fesyen baru" itu.


Lalu aku, dengan perasaan tidak sabar, terus bertanya "apa fesyen baru tu ?" sebab walaupun aku bukan pengikut trend fesyen terkini, tetapi aku ambil tahu juga.


Lalu dengan selamba si mamat ni menjawab "fesyen seluar dalam terjelir".


Aku dan kakitangan lain masing - masing masih terpinga - pinga, bertambah tidak faham.


Lalu si mamat seorang ini dengan bersahaja terus menerangkan apa itu fesyen terbaru "perasan tak, ada perempuan sekarang, bila pakai seluar jeans, bila duduk, bahagian belakang .... bahagian punggung ... mesti nampak seluar dalam diorang terkeluar sikit .... ha kan tu fesyen seluar dalam terjelir".


Barulah semua faham, dan sekali lagi masing - masing ketawa terbahak - bahak.


# Ada juga yang memakai tudung, tapi berbaju ketat menampakkan "bahagian depan" yang "berisi". Dan ada juga yang memakai tudung, tapi memakai seluar yang ketat.

7 comments:

Anonymous said...

Abg long , orait ape dpt tgk 'free show' . Dolu2 mmg ssh nak tgk tp la ni bersepah . Lgpun skrg ni harga kain semakin mahal sbb tu org buat baju kecik2 n senteng2 . Nak b'jimat . Klu abg long tak caya , tggu p'umuman Pak Lah ttg kenaikan harga tekstil dlm bajet 2008 nnti . Kihkihkihkih......

~ Ila ~

david santos said...

Very good Abang long. Have a good day

PuteriSatu said...

tapi abang cakap pasal orang pakai tudung je eh...yang tak pakai tudung langsung tu camana...???? tapi ramai gak yang pakai tudung berpakaian sopan...kan abang long...

loveujordan said...

fesyen seluar dalam terjelir.... eeeiii teruknya nama fesyen tu... tu yang kena beli seluar dalam berjenama supaya nampak cop apa... hehe.

inilah kebebasan yang dicanangkan, ladi bebas lagi dedah ...:(

PuteriSatu said...

okla abang long senaraikan alphabet A-Z cam kita wat tuh...

Tapi abang long..pabila kita menegur secara ikhlas...kadangkala disalahertikan...cedeeyyy je rasa...

Abang Long said...

lla, 'free show' ?. memang free show, tapi masalahnya, si pemakainya asyik - asyik tarik baju kebawah, semata-mata nak 'cover line'.

david santos, same to you pal.

puterisatu, maksud abang kalau nak berpakaian biarlah sempurna.

loveujordan, dalam hal ini, kalau tak ada jenama pun orang pasti akan tengok, dan bukannya tengok pada jenama itu ... tapi jeling kat tempat tu ....

ruby said...

*fesyen seluar dalam terjelir*?... rasa senak perut tgk words ni