Monday, August 06, 2007

Kasih SAYANG


Cerita dibawah, adalah sebuah mesej yang aku terima melalui emel dari Puan Zarina, seorang sahabat yang aku hormati.

Kisah yang begitu "menyentuh" perasaan aku sendiri sebagai seorang suami kepada seorang isteri.



Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

“Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita”.

"Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 mukasurat ....

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya."Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya”. “Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya..Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yang mendekatkan hati saya dengan Abang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...


P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?...

Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...

Wallahualam

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYAALLAH."


# Syukur Alhamdulillah. Setelah usia perkahwinan aku hampir mencecah 20 tahun. Aku masih berupaya dan selesa untuk memanggil isteriku dengan panggilan SAYANG.

4 comments:

PuteriSatu said...

dah lamanya tak visit blog abang long nih...bolehla share petua stil romantik dah 20 tahun kawin..kan abang long...

Klu kita pun cam pompuan tu gak..sedih aar hubby listkan apa yang tak sempurna...sebab selagi kita bernama manusia..selagi itu tiada yang sempurna...tapi kita cuba untuk jadi yang sempurna...kan...

Adinda Puteri Ezza said...

Kekanda, tersentuh hati adinda membaca entri ini. Menitis air mata. Memang benar... orang yang menyayangi kita adalah orang yang menerima diri kita seadanya.

Abang Long said...

puterisatu, yang penting adalah kefahaman dan saling percaya - mempercayai antara satu sama lain. Perlu diingat apabila kita berkahwin, kita menyemprnakan SE-BAHAGIAN lagi keimanan kita kepada Allah. Ini membawa maksud, kita MENYEMPURNAKAN antara satu sama lain.


Wahai Adinda Puteri Ezza, HAKIKATnya adalah seorang LELAKI (baca: SUAMI) itu akan SEMPURNA dengan kehadiran seorang ISTERI.

fiqir said...

Abang Long, ini adalah teladan terbaik yang patut di war-warkan pada sekelian mahluk alam semesta. tabik spring wat Abang Long sbab tulis citer cam nie.