Thursday, August 16, 2007

Harga baru ?


Aku terkejut, aku tergamam dan aku keliru ...


Bila pula pihak Kerajaan (bayaran perkhidmatan hospital), menaikkan harga resit pendaftaran ? dari RM1.00 kepada RM5.00 ?.


Aku membawa anak sulungku ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Untuk mendapatkan rawatan susulan. Seperti biasa, aku meletakkan kad temujanji didalam kotak yang disediakan.


Selepas hampir satu jam menunggu, akhirnya nama anakku dipanggil. Aku terus ke kaunter. Sangka aku, aku hanya akan mengambil nombor giliran. Tiba - tiba, kerani kaunter berkata "lima ringgit ye".


Aku terkejut, aku tergamam dan aku keliru ...


"Tapi Cik, ini adalah temujanji susulan ... kali keempat, sebelum ini, saya tidak pernah dikenakan sebarang bayaran" aku cuba mendapatkan kepastian.


"Anak Encik masih bersekolah kan ? ok, begini, lain kali tolong bawa surat pengesahan dari pihak sekolah, supaya Encik tidak perlu bayar apa - apa, tapi kali ini Encik perlu bayar RM5.00" kerani itu memaklumkan kepada aku.


"Maaf ya, saya nakkan kepastian, sewaktu mula - mula saya bawa anak saya untuk rawatan, memang saya ada bawa surat pengesahan dari pihak sekolah, tetapi selepas itu, sewaktu saya datang kali kedua dan ketiga, saya tidak membawa apa - apa surat ... seperkara lagi, bila pula harga resit dinaikkan dari RM1.00 ke RM5.00 ? aku terus bertanya untuk mendapatkan kepastian.


Kerani dibahagian kaunter itu menjawab bersahaja "eh, dah lama dah".


Aku terkejut, aku tergamam dan aku keliru ...


"Baiklah" aku tidak mahu bersoal jawab lagi, sambil menghulurkan nota RM5.00.

5 comments:

pB said...

pB dok pergi HUKM pun lima ringgit jugak ...

Abang Long said...

pb, bila naik harga ?

Jie said...

oooo Abg long... kalau kt bahagian pesakit luar mmg RM 1 , tapi utk temujanji pakar yg di rujuk dr klinik kesihatan mmg RM 5. Hanya temujanji pertama saja percuma...tp sy tatau la pula kes anak abgLong tu mcm mana...tp mmg sy kalau kes rujukan kt Hospital Selayang pun rm 5.

Ada tulis kt dinding hospital tu..yg harga utk pesakit luar, warga emas , kakitangan kerajaan dan orang asing tu.

Tp mmg kalau bawa surat dr sekolah, percuma.

Anonymous said...

dah lama dah abg long, oii...
kali terakhir saya ke hostipal kerajaan 3 thn lepas pun dh kena RM5 setiap kali temujanji. tp sbb ada GL, maka free le. he he he...

~ainin naufal~

Abang Long said...

jie & Puan Sifu Ainin. Terima Kasih kerana memberi maklumat. Sebenarnya temujanji kali ke 2 dan 3, pihak hospital (bahagian pakar bedah) tak tanya apa pun, apatah lagi untuk bertanya tentang bayaran. Cuma kali ini (kali ke 4)baru mereka tanya, itu sebab abang long musykil.