Tuesday, August 14, 2007

Oh ... Si Bongkok

Sembang santai dengan Kekanda Abdul Latip Talib, tentang buku terbarunya - Si Bongkok Tanjung Puteri.

Timbul idea untuk melawat sekali lagi ke pusara Si Bongkok.

Tapi kali ini bukan keseorangan, atau berdua - duaan. Kita akan mengadakan rombongan. Melawat tempat bersejarah, yang sudah hampir dilupakan oleh generasi kini.

Melawat atau menziarahi pusara seorang pejuang tanahair. Kalau tidak kita (sebagai anak Melayu) yang melakukannya sebagai tanda penghormatan, terhadap seorang yang telah berjasa dan menyerahkan nyawa demi untuk agama, bangsa dan negara ... siapa lagi ?

InsyaAllah, perkara ini akan diwar - warkan bila sampai masanya. Semoga Allah memberkati usaha kita.

3 comments:

Anonymous said...

Masa dolu2 sllu gak nyanyi lagu Tg Puteri ni tapi tak fhm pun mengisahkan ttg apa . Masa buat first degree kat USM , sy ambil major sejarah . Tetapi tak pernah lak kami belajar ttg Si Bongkok Tg Puteri bila masuk bab pejuang2 Tanah Melayu . Tengok N3 ni barulah sy tahu bhw Si Bongkok ni jg berjasa dalam m'p'juangkan tanah air dr penjajah . Sy pasti akan dptkan buku ini utk mendpt gambaran sebenar ttg Si Bongkok .Manalah tahu kut2 blh m'bantu sy dlm kajian tesis master yg sdg sy buat sekarang .Anyway thanks for the info .


~ Ila ~

Latiptalib said...

Assalamualaikum

Pertama sekali saya doakan adinda Feroz sihat dan ceria. Amin.

Untuk makluman adinda Feroz, beberapa hari yang lepas ada seorang wartawan datang ke Jelebu menemuramah saya mengenai kisah Si Bongkok Tanjung Puteri. Jika tidak ada apa-apa halangan kisah Si Bongkok Tanjung Puteri ini akan disiarkan dalam surat khabar tidak lama lagi.

Semoga apabila tersiar dalam surat khabar dan dinovelkan pula maka adalah pihak yang memberi perhatian terhadap pahlawan Melayu yang namanya popular sejak dahulu ini. Paling kurang kita berharap pusaranya dipulihara.

Kerana itu elok sangat kita buat satu rombongan melawat pusara Si Bongkok Tanjung Puteri pada suatu hari nanti.

Abang Long said...

lla, sila dapatkan buku ini. Pasti tidak rugi. Seperkara lagi, sebenarnya ramai lagi pejuang tanahair yang tidak kita kenali. Perkara ini mesti dikaji semula. Supaya generasi sekarang tidak lupa asal usul dan jatidiri.

Wahai Kekanda latiptalib, mohon dimaklumkan bila disiarkan kelak.