Kisah 1 - Romantik.
Satu hari, di awal pagi. Seorang kakitangan masuk kedalam bilik aku. Sambil menyerahkan fail dokumen, tiba - tiba sahaja dia bertanya:
Khairul (bukan nama sebenar): "Semalam saya nampak Encik dan isteri di Taman Tasek Shah Alam".
Aku: "Ya, sahaja ambil angin diluar, awak nampak saya dimana ?".
Khairul: "Saya di restoran, dekat situ ... wah, romantik betul ya, berjalan sambil pegang tangan, peluk pinggang lagi..."
Aku: "Ermmmm .... awak disitu dengan isteri ?"
Khairul: "Taklah, saya dengan member ... malaslah nak bawa isteri ... lagipun, kalau saya bawa isteri, siapa yang nak jaga budak - budak dirumah ?"
# Maaf, aku tidak tahu macam mana nak beri ulasan tentang hal ini. Bagi aku, lagi lama usia perkahwinan kita, semakin erat dan semakin intim perhubungan kita.

Kisah 2 - BURGER ... satu !
Malam itu, sewaktu berjalan - jalan ditepian tasek, aku dan isteri singgah disebuah gerai menjual burger. Tiba digerai itu, aku lalu memesan sebiji burger.
Aku: "Dik, bagi burger ayam satu".
Penjual Burger: "Satu je bang ?" ... akak tak nak ?" sambil memandang kearah isteriku.
Aku: "tak pe, kami kongsi je" aku menjawab sambil tersenyum.
Beberapa orang pelanggan, yang sedang menunggu tersenyum memandang kearah kami.
# Bukankah berkongsi makanan itu barakah.
Kisah 3 - KETAWA.
Pelbagai perkara dan topik yang kami bualkan sewaktu berdua - duan ditepian tasek itu. Dari sekecil - kecil perkara, hingga ke isu politik, dari hal anak - anak hingga ke isu XXX. Dan hampir kesemua perkara yang diperkatakan mengundang ketawa. Hingga aku sendiri terbahak - bahak, tidak dapat menahan perasaan geli hati.
Tapi malangnya, aku yang sering menjadi "mangsa" akibat cubit - cubitan sayang dari isteri ku.
# Cubit - cubitan ahai, senggol - senggolan. Ada ketikanya, aku sendiri merasa hairan, apabila melihat ramai suami yang terlalu serius bila bercakap dengan isteri.
Nota tambahan: Nabi Muhammad adalah seorang lelaki dan seorang suami yang paling banyak berbincang dan paling banyak bergurau dengan isteri.
9 comments:
Wah, abg long romantik giler . Tabik spring 10,000 kali kat abg long . Saya lak , sejak awal perkahwinan dah bg warning kat suami jgn pggl syg atau yg sewaktunya dgnnya n jgn ucap 3 patah perkataan tu kat sy . Bukannya apa abg long , ALLERGIC dgr perkataan tu . Rasa meremang bulu roma dan naik mengkelan tekak bila perkataan2 tu diucapkan pd sy . walaupun sy suka baca buku jiwang2 n dgr lagu jiwang karat ttp sy sbnrnya minah brutal.(menurut kata suamiku le ). Sudahnya , suamiku pggl sy "ALONG" n blh dibilang dgn jari dia ucap 3 patah perkataan tu pd sy sepjg 12 thn usia perkahwinan kami . Bengang barangkali sbb bila dia ucap 3 patah perkataan tu kat sy , sy blh buat muka bodoh toya tanpa membalas ucapan yg sama . Hehehehe.... PELIK tapi benar .
~ Ila ~
Besh besh..grow old gracefully together!!!
Hmmm ....
lla, sebenarnya KITA (suami dan isteri), yang perlu menentukan hala, haluan dan caragaya kehidupan berkeluarga.
noushy syah, semakin tua, semakin ...
pb, kelu.
salam perkenalan... hopped dari blog nurazzah...
wah, bagus macam tu , romantis sentiasa selagi dapat sentiasa hidup dan tinggal bersama....
loveujordan, terima kasih atas kata - kata perangsang itu.
AbgLOng..sy pun macam tu, kita bercinta dulu tak boleh nk jalan² berdua²an..apalagi nk pegang tangan..bila dah kawen sampai skrg ni...depan anak² pun masih berpimping tangan...sealu org bercerita yg negative ttg kehidupan selepas perkahwinan, tetapi bagi saya..bergantung pada kehendak kit, kalo bahagia yang kita ingin....kita mesti berusaha memupuk..dia tak akan datang dengan sendiri.
hubby pun suka bergurau n rajin mengusik.riuh rumah kami.sesekali kami anak beranak bersiar2..sama mcm abg long..mmg bahagia sekali..tp sy kerap terluka..sy suka pegang tangan dia atau peluk lengan dia..tp dia kerap meleraikannya dan menjauhkan dr sdkt.terluka sungguh hati ini..smpi pernah sy ckp tak layak ke nak pegang tgn abg.kotor sgt ke sy ni..dia diam je..teruk sgt ke seorg isteri bt mcm tu..
jie, abang long sangat bersetuju !, sebenarnya kitalah yang bertanggungjawab mengekalkan urusan dan keharmonian rumahtangga.
anonymous, bersabarlah, usahakan sedikit - demi sedkit, InsyaAllah berjaya.
Post a Comment