SELAMAT HARI KEBANGSAAN SINGAPURA - yang ke 42 tahun.
9 hb Ogos 2007.
40 tahun yang lalu. Di Pulau Republik Singapura. Aku dilahirkan. Disitulah tanah tumpah darahku.
Kini aku telah menjadi rakyat dan warga negara Malaysia. Taat dan setia, tetap pada negara ini. Namun kedua - dua negara tetap menjadi sebahagian dari rakaman sejarah hidupku.
Perayaan Hari Kebangsaan Singapura akan diadakan di Marina Bay. Mendapat makluman dari saudara aku yang berada disana, sambutan pada tahun ini adalah yang paling "Grand". Seluruh Pulau Singapura "disaluti" oleh bendera negara tersebut, yang berwarna merah dan putih. Suasana malam bergemerlapan. Yang menjadi lebih hebat kerana perbarisan hari kebangsaan akan diadakan diatas satu kawasan yang dahulunya adalah laut, dan kini terkenal dengan nama - Marina Bay.
Kepada saudara - mara dan sahabat handai yang menetap dan menjadi warga negara Singapura. Aku ucapkan TAHNIAH dan Selamat Maju Jaya - MAJULAH SINGAPURA.
Dibawah adalah lagu kebangsaan negara Singapura - MAJULAH SINGAPURA.
Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura
15 comments:
Salam Abglong...saya paling respect lagu kebangsaan Singapura masih dalam Bahasa Melayu!
jie, betul tu !. Yang sedihnya, sudah ada rakyat Malaysia yang terpelajar memperlekehkan dan menghina lagu Negaraku !.
merdeka saya dalam hati ...
serunai faqir. MERDEKA rohani dan jasmani !.
Mesia lagi best bang ... hehhhe di Singapura takda gendang macam kami kan?
serunai faqir, rasanya kalau lagu kebangsaan Singapura dimainkan oleh Kumpulan Gendang Gemalai dengan tiupan serunai, boleh jadi penduduk Singapura akan berikan stnding aviation.
Selamat hari lahir Singapura
salam..
Abang Long ni singapura mari rupanya.. :)
selamat harijadi singapore!!
banyak yang boleh dipelajari dari singapore untuk maju...
wooo org Singapura murtad nih..tehehehhehe..
Seronok nyer ada sedara kat Singapore....leh gi pasar Gaylang...hehehehe...Selamat Hari Merdeka untuk Malaysia dan Singapura.......
Wahai Puan Sifu Zalisa, TERIMA KASIH atas ucapan itu.
Minnie, Salam sejahtera, begitulah ceritanya.
Loveujordan, ambil yang baik dan terbaik sahaja.
noushy syah, sebenarnya Abang Long berulang - alik saban tahun.
Merakemas, saudara sebelah ayah, semuanya berada di Singapura.
Wah tak sangka Abang Long patriotik orangnya. Nie yang nak bagi tabik spring buat Abang Long. Walau di mana kita berada tempat lahir TUMPAH DARAH pasti dalam kenangan.
fiqir, dimana bumi "dipijak", disitu Allah disembah.
Askm
Saya masa duduk di Johor dulu selalu tengok Suria dan selalu dengar Lagu Negara Singapura...Nice.
Terfikir...bagus juga Singapura masih maintain lagu negara dalam Bahasa Melayu. Ada akta ke?
Post a Comment