Cuti sekolah sudah bermula. Dari 18hb Ogos hingga 26hb Ogos. Tapi cuti sekolah pada kali ini, aku tidak akan balik kampung, membawa anak - anak. Kerana, musim peperiksaan akhir sudah semakin hampir.
Untuk cuti sekolah yang berlangsung selama seminggu ini pun, aku telah mendapat 4 kad undangan perkahwinan. Nasib baik semuanya berdekatan.
Lagipun bila dikira - kira. Kurang dari sebulan sahaja lagi, ummat Islam akan menyambut puasa dibulan Ramadhan. Selepas itu sudah berhari raya, tidak lama kemudian, musim peperiksaan.
Bila difikir - fikirkan, bila dikira - kira, bila dicongak - congak. TERLALU PANTAS waktu bergerak.
4 bulan sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2008.
# Nota tambahan: Dapat panggilan dari Datuk, Ahli Dewan Undangan Negeri. Bertanya khabar. "Assalamu'alaikum, apakhabar ? eh ... kenapa lama tak datang rumah saya ?"
Sepatah kata Tok Guru Nik Aziz "pilihanraya ... around the corner".
17 comments:
Salam Abg Long..
sekolah dah cuti.
Jalan lenggang jer ...
Seronok pulak bila memandu ..
pb, betul tu. Tapi memang tabiat abang long, bila memandu, paling laju ... 100 kmj, lebih suka memandau cara santai ... sambil menghayati panorama sekeliling.
Salam Abg Long,
saya pun tak ke mana, anak sulung PMR tahun ni.
Cuma esok nak balik kampung.. jenguk mak mertua
jie, mertua abang dok 10 langkah dari rumah abang long. cuma rumah mak ayah je nun di utara.
Salam Kekanda Long yang dikasihi,
Apa khabar? Dah lama adinda tak berkunjung ke sini. Adinda agak sibuk sedikit. Harap kekanda tak kecil hati ye.
Ada tak anakanda kekanda yang bakal menduduki peperiksaan UPSR?
Kekanda, kat sana pun dah sibuk membuat persiapan menghadapi pilihn raya ke?
Yehhh..school holiday yea? Kat sini pun cuti sekolah..sampai sept4th..
Wow election?
Abg long,
Cuti, cuti jugak..
Periksa, periksa jugak..
Sibuk, sibuk jugak..
Tapi.. itu ngeteh2, kopitiam.. kena ada jugakkk.. kekekeke
Cuti sekolah dah bermula . Anak2 dah mula bising2 n merengek2 nak blk kg jumpa opah , wan , n sepupu . Ibu n ayah asyik sibuk memjg mengalahkan menteri . Opah n wan lak asyik tel suruh bw blk cucu2 bertuahnya . Aduh , finin dibuatnya . Akhirnya kata sepakat dah diambil , blk kg lps ibu hbs peksa PTK hr Khamis ni . Tu pun klu ibu tak penat . Klu tak pg Jumaat baru blk . Anak2 bersorak bagai nak rak . Tel sepupu , pelbagai rcgn dah dibuat . Kesian anak2ku .
~ Ila ~
wah dah cuti sekolah, baru je rasa cuti haritu.... kat sini baru nak start semester baru(tahun baru persekolahan )...
selamat beristirehat di rumah buat abang long dan family :)
Huwaaa... cutiii... sob. sob. sob :D
Puteri Ezza. Tahun ini tiada seorangpun anak yang menghadapi peperiksaan UPSR. Disini, wakil rakyat sudah mula rapat dengan surau .... Alhamdulillah.
noushy syah, eh .. cuti dua minggu ?
Pokcik Mersik. Keadaan semasa belum mengizinkan ... maklmlah abang long kan lebih tua 1/2 jam dari pokcik.
lla, tanpa diduga .. atuk dari kampong pulak yang datang sinin ...hehehhee
loveujordan, TERIMA KASIH....SEDANG BERISTIREHAT.....
Wahai Puan Sifu Zalisa, gerangan apa yang membuatkan Puan Sifu berdukalaranestapa ?
aduish..cuti..cuti..tapi ummi ngan abi mana ada cuti!!?? kak long dah balik, tanya bila nak balik kampung?? dah lama tak jumpa atuk ngan wan... tapi Wafa' (anak ke-5) di sekolah, ada perkampungan ilmu, persediaan utk UPSR. Anas pulak sibuk utk PMR... kalau ikut hati mmg tak sempat nak balik kampung, tapi cuba pujuk abi, ambil lah cuti walaupun sehari.. tetiba dpt call dari kakak, suami nya dimasukkan ke CCU di JB..so, mmg kena balik Johor jugak lah...
Post a Comment