Friday, August 24, 2007

Budaya MEMBACA


Sudah lama aku memerhatikan. Sudah lama aku merenung. Sudah lama aku mengkaji dan sudah lama aku tahu tentang hal ini. Malahan, semakin lama aku memikirkan perkara ini, semakin aku tidak faham.


Isunya mudah sahaja. Di pusat pengajian tinggi atau dimana - mana sahaja. Perempuan lebih banyak membaca dari lelaki. Itu salah satu sebab mengapa kaum hawa atau orang perempuan adalah majoriti di IPT.


Ya, dengan nisbah - 40:60.


Ini menyebabkan perempuan kelihatan MENGUASAI pusat - pusat menimba ilmu. Kalau ada sesiapa yang mahu menyanggah pendapat aku - dipersilakan.


Lihatlah dimana - manapun, antara lelaki dan perempuan, golongan manakah yang paling banyak kelihatan membaca. Etc. tidak kira samada membaca buku, novel majalah dan sebagainya.


Tapi kali ini, aku hanya fokus pada pekerja dipejabat aku sahaja. Jadi kalau ada kakitangan atau staf yang membaca entri ini, tolong jangan marah. Buka fikiran, lapangkan dada dan bersedia menerima teguran ini.


Setiap hari, apa yang aku dengar dan lihat adalah. SEMUA pekerja lelaki, hanya bercakap, bercerita dan berdiskusi tentang:


1 - Bola,
2 - Kereta,
3 - Filem,
4 - Motor,
5 - Politik
6 - Gadis,
7 - Siri televisyen,
8 - Melancong
9 - Komputer,
10-SEKS !. Ini paling hebat dibicarakan (konon !).


Tidak ada seorang pun yang bercerita, berbincang atau berdiskusi tentang buku, novel atau bahan - bahan ilmiah - TIADA LANGSUNG !


Cuma, sekarang telah ada 2,3 orang sahaja yang telah menunjukkan minat membaca novel. Itupun sebab aku membawa BUDAYA ini kedalam pejabat. Sebelum ini, langsung tiada.


Aku pernah beberapa kali menunjukkan beberapa buah buku ilmiah, kepada beberapa orang kakitangan. Dan sekiranya mereka mahu, memang aku telah berniat untuk meminjamkan buku itu terlebih dahulu. Namun jawapan yang aku terima memang mengejutkan dan mengecewakan - "ish, saya tak ada masa nak baca ni Encik, balik ke rumah nak jaga anak pun tak sempat". Tetapi aku berkata dalam hati, "main futsal seminggu dua kali sempat pula !".


Dan ada ketikanya aku merasa sedih, kalau buku ilmiah atau separa ilmiah langsung tidak disentuh, masih boleh diterima. Pernah aku menghulurkan sebuah buku agama, bertajuk - "Rahsia khusyuk dalam solat". Jawapan yang aku terima - "Terima kasihlah Encik, tapi maaflah, saya tak tahu bila boleh habis baca satu buku ni". Lalu aku menjawab "saya tak kisah, kamu baca sahaja, bila - bila nak beri balik pun saya tak kisah". Dalam hati aku berkata "hai, buku yang tak sampai 150 halaman ini pun tak sempat baca juga ?".


Jadi dalam hal ini, secara peribadi. Aku tidak mahu, dan kaum lelaki juga jangan marah atau berasa hati kalau aku katakan - itu sebabnya orang perempuan zaman ini lebih pandai, lebih cerdik dan lebih bijak dari kaum lelaki !.


Itu belum masuk lagi bab membaca AL-Qur'an. Contohnya, dalam radio. Apa - apa siaran sekalipun, yang ada slot belajar membaca Al-Qur'an. Yang pasti, lebih ramai pendengar @ pemanggil wanita, yang mahu mencuba membaca dan memperbaiki bacaan Al-Qur'an.

5 comments:

Unknown said...

Tak dapat nak membenar atau menidakkan statistik ini. Jika di luar negara mungkin lain pula.

Hmm... anak bujang saya tidak suka membaca sehinggalah saya sendiri aktif menulis barulah nampak dia membaca. Barangkali ibu bapa kena aktif menulis bagi menarik minat anak bujang masing-masing. He he he...

silversarina said...

Setuju dengan apa yang dikatakan dalam konteks malaysia dan Melayu.... agaknya sebab banyak benda sampingan dan selingan yang menjadi minat orang lelaki macam yang you nyatakan.

Puteri Ezza said...

Salam buat kekanda yang dihormati.

Kekanda, itulah hakikatnya. Tetapi, bukanlah tidak ada langsung golongan lelaki yang membincangkan tentang perkara-perkara ilmiah. Ada. Cuma bilangannya cukup sedikit. Rakan-rakan adinda ramai yang berminat berdiskusi tentang pekara-perkara ilmiah dan bahan-bahan bacaan. Kekanda boleh berkenal-kenalan dengan mereka. Ada antara mereka mempunyai blog, seperti Dr Ramzah di http://rymza.blogdrive.com.

Lynn Dayana said...

Salam Abg Long,
Hehe... terima kasih kerana membaca n3 saya hingga mengundang Abg Long utk menulis susulan pula. The numbers is quite frightening,kan? Emm...

Abang Long said...

Wahai Puan Sifu Zalisa. Ini adalah fakta didalam negara. Ya, kita sebagai ibubapa MESTI menunjukkan contoh untuk diikuti oleh anak -anak kita.

loveujordan, tapi ini akan menimbulkan satu masalah untuk jangka panjang.

puteriezza, Terima Kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

lynn dayana, masalah ini bukan masalah peribadi, tapi masalah negara jika kita melihat dari segenap aspek sebenarnya.