Monday, August 20, 2007

Berhemat dijalanraya.



Marah, geram, takut, kesian bercampur baur.

Aku dalam perjalanan ke pejabat. Sewaktu kejadian itu berlaku.

# Gambar foto ini tiada kaitan dengan entri ini.

Seperti biasa, aku ke pejabat dengan menunggang motorsikal 'kapcai' milikku, yang telah berusia hampir 10 tahun. Motorsikal yang telah begitu banyak berjasa kepada tuannya.


Jalanraya menuju ke pejabat aku, terkenal dengan kekerapan berlaku kemalangan. Sepertimana jalanraya Shapadu (yang sering berlaku kemalangan dan membabitkan ratusan nyawa melayang).


Dalam keadaan hujan gerimis, aku lebih selesa memandu dalam keadaan yang perlahan (biar lambat sampai, asalkan jangan tak sampai langsung). Dan sememangnya, aku tergolong dalam golongan pemandu @ penunggang yang memandu dalam kelajuan sederhana. Jarang sekali aku memandu atau menunggang melebihi 100 kmj.

Tiba - tiba sahaja, ada sebuah lori 3 tan, membunyikan hon dengan kuat dibelakang aku. Hati aku berdetik, aku sudah berada betul - betul ditepi jalan. Malahan motor aku berada dibahagian luar garisan putih.

Lori itu dipandu begitu rapat denganku. Aku terpaksa memperlahankan motorsikal. Dan pemandu lori itu terus memecut dengan kasar. Aku yang berada didalam keadaan begitu tertekan dengan sikap pemandu lori itu, terus menyumpah seranah. Tiba - tiba sahaja aku berdoa'a - "Ya Allah, Dikau berilah petunjuk kepada pemandu kurang ajar itu !"

Lori itu terus memecut dan terus hilang dari pandanganku.

Sewaktu aku membelok di satu selekoh. Tiba - tiba sahaja aku terlihat beberapa kenderaan telah berhenti disebalik jalan. Rupa - rupanya, kemalangan baru sahaja berlaku. Aku memperlahankan motorsikal. Aku melihat didalam kawasan yang agak berpaya dibahagian kiri bahu jalan, sebuah lori telah terbabas dan bahagian kepala lori telah terbenam sebahagiannya kedalam paya bakau.

Apabila aku amati keadaan lori itu. Aku pasti, itulah lori yang sebentar tadi dipandu dengan cara yang kurang berhemat atau dengan kata lainnya - KURANG AJAR !.


Namun yang pastinya, walaupun aku merasa kasihan dengan apa yang berlaku. Tapi aku tidak mampu untuk melakukan apa - apa. Sebabnya, aku sendiri sudah tidak bermaya. Akibat terkena hujan, menyebabkan aku terasa migrain. Dan seperkara lagi, aku masih berasa geram dan marah dengan cara memandu, pemandu lori itu.

9 comments:

Latiptalib said...

Wah, makbul doa adinda Feroz.

Abang Long said...

Wahai Kekanda latiptalib, itulah dinamakan TAKDIR.

silversarina said...

doa orang teraniaya memang makbul... sikap pemandu lori tu sendiri yang mengakibatkan kemalangan itu terjadi padanya..

Abang Long said...

loveujordan, nasib baik lori itu tidak melanggar sesiapa ...

Orked said...

Sepandai² tupai melompat , akhirnya terjatuh juga ke dalam paya ..kan AbgLong..hehehehe

Anonymous said...

Sikap pemandu lori besar mmg mcm tu abg long . Mentang2 le besar mrk blh buat apa saja . Dulu sy sllu gak lalu di Pelabuhan Kelang sbb nak gi Kolej Inpens di Pulau Indah . Setiap kali sy gi sana , suami sllu pesan berulangkali spy bw kereta hati2 , jgn laju2 n jgn potong lori sbb jln ke sana mmg sesak dgn lori kontena dan trailler yg dipandu mcm org gila . Laju semcm . Setiap kali smpi ke destinasi mesti htr report kat suami kata dah sampai . Klu sy tak call , dia yg akan call utk pastikan sy slmt tiba . Bukannya apa , isterinya ni klu pandu kereta tu kdg2 blh tahan juga bila tak kena angin . Wakakaka.....

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

salam abg long..
sihat?lama x sembg ngn abg long..hehhe..

ct dah 2 kali baca psl org yg memandu dlm keadaan merbahaya then kmdn org tu esiden..

takut jugak sbb ct jenis pemandu yg tak berhemah...aduhai...bkn sengaja nk "tak berhemah..", tp mmg kdg2 leka n tak ingat pnye psl..aih...takoott..

Anonymous said...

Ada masa2nya org begitu mmg patut diajar

Abang Long said...

jie, itu bukan tupai, tapi pelesit jelmaan.

lla, Pulau Indah ???

pawana malam, berhati - hatilah semasa memandu.

Wahai Puan Sifu Zalisa, tuhan sudah 'bayar secara tunai'.