Friday, February 23, 2007

MERIAHNYA DUNIA BLOG

Sayang betul Opah De pada aku, kalau tidak takkan dia letakkan nama aku dalam senarai - TAG.

Aku tidak rasa "terkena", malah aku rasa seronok, kerana inilah yang dinamakan KEMERIAHAN dalam berblog.

Malah sedikit sebanyak, pengunjung setia Blog Abang Long akan tahu, "sifat sebenar aku di alam realiti” - “the Dark Side of Abb Long".

Dengan ini, wahai pengunjung setia Blog Abang Long, dibawah adalah senarai pendek 6 perangai pelik tapi benar diri tentang diri Abang Long:

1 - Paling BENCI dengan orang yang tidak menepati WAKTU, bila janji pukul 8 pagi, pukul 10 pagi baru sampai, sementara aku pulak, lebih suka tiba awal 10, 20 atau 30 minit lebih awal.

2 - Paling TERKILAN kalau orang JANJI nak berikan sesuatu, umpamanya bila isteri berjanji nak masak bee hoon sup, tiba - tiba tak jadi, maka aku akan terus ke kedai dan membeli bee hoon sup.

3 - Paling suka menonton siri kartoon - Flinstone dan Pingu.

4 - "Penggila" aiskrim dan cokelat - boleh makan aiskrim sekotak - 1.5l, dengan sekali hadap.

5 - Waktu memandu, aku kena pastikan ada bekalan cokelat didalam kereta.

6 - Aku tak suka pakai cermin mata walaupun mata aku rabun, namun kerana terpaksa, maka aku pakai juga.


Maka, adalah bahawasanya disini, dengan sukacitanya dimaklumkan dan diisytiharkan yang Abb Long telah "TAG" kan untuk memaklumkan semua, 6 perangai pelik mereka ke seluruh pelusuk dun-ya ialah:


1 - Qaseh
2 - Noushy
3 - Pu3salju
4 - Retna
5 - Kak Long
6 - Nieys.


Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

RAHSIA MENJADI SEORANG AYAH yang BERKESAN

Rahsia menjadi AYAH yang berkesan.

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.


Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:


- Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
- Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
- Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.


Sumber: (Pusat Kebapaan Kebangsaan).

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab:


1 - Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.
2 - Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga.
3 - Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumahtangga, disamping ibu mereka.
4 - Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika anda terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.
5 - Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas dirumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!


Kenali anak anda:


1 - Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.
2 - Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.
3 - Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.
4 - Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka.


Istiqamah (tetap pendirian):

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten. Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:



1 - Hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);

2 - Sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan);

3 - Kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

4 - Melindungi, menyara dan mendoakan.

5 - Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.
6 - Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis.

7 - Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

8 - Mencintai ibu mereka. Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna.

9 - Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.


Menjadi pendengar yang baik:


1 - Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.
2 - Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.
3 - Tunjukkan kepada mereka bahawa mereka 'berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.


Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.


1 - Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan`keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama.
2 - Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah.
3 - Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.
4 - Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.


Akhir kata, berkongsilah kebaikan dengan semua INSAN, ~ BUKAN MUDAH TUGAS SEORANG AYAH, dan BUKAN MUDAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SUAMI.

Thursday, February 22, 2007

NATIONAL EXCUSE

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:
Maggi Mee.

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE:
Traffic Jam

NATIONAL CONDOM:
None. Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms. So they rushed into a 7-Eleven, hurriedly grab the nearest pack, any pack, pay and leave before the cashier can even blink an eye.

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION:
Pineapple.

NATIONAL APHRODISIAC DRINK:
Stout. Many swear by it. But after a few pints they start swearing at everything …

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
Food Poisoning.

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
Menstrual Pain.

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX:
Headache, Kids not asleep, Maid not asleep, Mother-in-law around, Early appointment, Food not digested yet, Aircond not cold enough, Aircond too cold, Nail polish not dry yet, Forgot to take the pill, Sleepy, Stomach cramps, Period, Haven’t remove make-up, Haven’t shower, No water supply, Going to watch “Santa Barbara, Depress, No mood, etc …

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX:
NONE. Malaysian men never refuse sex.

NATIONAL CURE FOR HEADACHES:
Panadol. The “cure for all”. If it fails, we have another secret weapon – Tiger Balm

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
The sight of a police road block.

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour. Sometimes even pronounced as Carry 4 !. On second thoughts, why bother pronouncing stupid French brands like Peugeot, Renault or Citroen correctly. I think it sounds better, when the local mechanics say “Pew Jeot”. When I was in school, Milo was always “Mee Lo”, now I’m sophisticated, I say “My Lo”. So don’t be embarrassed saying “Carry 4”, when the Mat Salleh shamelessly pronounce orang utan as “rangutan” !!!.

Wednesday, February 21, 2007

HADIAH HARI LAHIR

HADIAH HARI JADI.

Rasanya, setiap orang pernah mendapat hadiah hari jadi, namun tidak dinafikan, ada juga yang seumur hidup tidak pernah mendapat hadiah hari jadi.

Ada yang mendapat hadiah yang begitu kecil, malah tidak kurang juga yang mendapat hadiah yang begitu besar, dan mungkin paling besar dan tidak terduga.

Ada yang sudah boleh mengagak, apakah hadiah yang berkemungkinan akan diterima, dan yang pasti tidak ramai yang dapat menduga atau meneka apakah hadiah yang bakal diterima.

Walau apapun, apabila seseorang itu menerima hadiah, kebanyakannya akan tersenyum ceria, malah ada juga yang masam mencuka.

Selama umur hidupku ini, aku menerima pelbagai jenis hadiah, dari yang sekecil – kecilnya, hingga yang paling besar, dan ada juga yang paling bermakna.

Setiap hadiah, memberikan seribu makna dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan. Seingatku, hadiah pertama yang aku terima ialah sebuah buku, sewaktu sambutan hari jadiku yang pertama (sebenarnya maklumat ini diberikan oleh ibu ku), yalah, mana mungkin aku boleh ingat, hadiah yang aku terima sewaktu umurku 1 tahun.

Dan yang pasti, aku sendiri tidak tahu kemana “perginya atau hilangnya” buku itu.

Dan saban tahun aku menerima hadiah harijadi, tapi ada juga dimana aku langsung tidak menerima hadiah harijadi dalam bentuk material, dimana aku hanya menerima hadiah yang berupa sms dari ahli keluargaku, yang berbunyi “Selamat Hari Jadi buat abang, dari kami, semoga panjang umur, murah rezeki dan bertambah iman @ anak”.

Sepanjang sejarah aku menyambut hari jadi, ada tiga kali, dimana hadiah yang aku terima begitu bermakna, dan tidak akan dapat kulupakan. Pertama hadiah sebatang pen Parker, pemberian dari datuk ku yang datang dari Singapura, seminggu selepas itu, datukku meninggal dunia. Kedua, sebuah buku – Harry Porter (edisi pertama, dan dibeli di Changi Airport), hadiah pemberian dari ayahku. Dan yang ketiga, sewaktu dalam urusan untuk mengadakan majlis sambutan hari jadiku, isteriku terpaksa dimasukkan ke hospital, dan bersalin anak yang pertama, inilah hadiah paling bermakna dalam hidupku.

Secara peribadi, aku lebih menyukai hadiah buku, namun hadiah yang lain juga tetap kuterima dengan penuh perasaan sukacita, gembira dan teruja.

Eh … kenapa tiba – tiba sahaja aku postingkan tajuk ini, sedangkan hari jadiku lambat lagi ?. Yalah … hari ulangtahun kelahiranku pada 21hb 10.

Sebab, ada saudara ku yang menghantar hadiah hari jadi buatku, dari luar negara, nun jauh dari Norway, hadiahnya sebuah buku, dengan ucapan “happy birthday to you my dear brother”.

Hadiah kiriman dari sepupu aku, yang telah lama bermastautin disana.

Hadiah tiba melalui FedEx, dan diterima oleh isteriku. Kami tersenyum, dek pelbagai persoalan yang timbul.

Isteriku bertanya “dia tersilap tengok tarikh lahir abang kot ?”
Aku bertanya “abang musykil, sebab selama ini, dia tak pernah kirim apa – apa barang, malah surat pun tak pernah hantar”.

Dan timbul lagi pelbagai persoalan dibenak fikiran kami, yang tidak mampu dijawab.

Namun, sebagai seorang Muslim, aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, atas apa sahaja anugerahNya.

Hari ini, aku menghantar sekeping poskad, tanda ucapan TERIMA KASIH, atas susah payah beliau mengirimkan hadiah buatku.

Sewaktu aku mengirimkan poskad itulah, aku terkenangkan sesuatu. Adakah saudara dan sahabat Bloggers yang lain, mengetahui TARIKH LAHIR, sesama sendiri ?

Emmmm …. Bilakah tarikh lahir pengunjung SETIA – BLOG ABANG LONG ?, seperti – Nur Raina, Karl, Zalisa Maz, Violet, Mersik, Qaseh, AttOkz, Noushy, Nieys, Ija, Farah, CD, Am dan lain – lain ?

Andainya kalian tidak keberatan, aku memohon supaya kalian mengirimkan emel kealamat abang long, dan disertakan TARIKH LAHIR. Supaya aku juga tidak tersilap dikemudian hari.

# Hadiah yang diberikan, dan disertai dengan keikhlasan itu jauh lebih berharga, dan mampu membuatkan penerimanya – TERSENYUM.

Monday, February 19, 2007

Macam - macam kisah (7)

KISAH 1 - GONG XI FA CHAI / KONG HE FATT CHOY.

Aku sekeluarga menziarahi sebuah rumah sahabat, bersempena dengan perayaan Tahun Baru China. Aku mendapati pelbagai juadah yang disediakan. Terlintas difikiranku untuk mengambil juadah seperti – Lontong / Sate dan pelbagai makanan tradisional Melayu. Namun akhirnya, aku menukar fikiran, apabila mendapati yang Juadah Makanan China, juga tidak kurang hebatnya, dan mampu menaikkan selera. Apatah lagi dengan masakan dari sebuah restoran China - Nyonya Kitchen, yang dijamin Halal.

Aku dan keluarga tidak menghadapi masalah untuk menikmati makanan itu, kerana selain dari makanannya yang tidak pedas, dengan pelbagai bentuk dan citarasa, kami sekeluarga juga mahir dalam penggunaan “chopstick”. Hingga rakan ku menegur “waa … lu punya anak pun pandai makan pakai chopstick hooo …?”

Ya, bukankah penggunaan “chopstick” itu adalah cara tradisional masyarakat China.

# Nasib baik, aku tidak turut serta sewaktu tetamu memekik perkataan – “Yam Seng”.


KISAH 2 - Kong Xi, Kong Xi.

Aku dan isteriku tidak menghadapi sebarang masalah, bila bertamu dirumah rakanku, kerana setiap kali bertemu dan bertegur sapa dengan tetamu yang lain, kami cuma mengangkat dua belah tangan (seperti yang semua ketahui, sebagai simbol persahabatan dan perkenalan) sambil mengucapkan – Kong Xi, Kong Xi.

Itu adalah cara mereka dan kebudayaan mereka sewaktu bertemu, dan mengucapkan kalimah yang baik, dan menghargai antara satu sama lain.

# Tidak perlu bimbang, kerana tidak perlu untuk menghulurkan tangan sewaktu bertemu.


KISAH 3 - Ang Pow.

Ini adalah satu lagi yang begitu digemari oleh semua orang, sewaktu berkunjung ke rumah rakan taulan sempena Perayaan Gong Xi Fa Chai. Dimana Ang Pow, akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin.

Aku telah berpesan, supaya anak – anakku menghormati orang tua yang berada didalam majlis itu, supaya mengucapkan Gong Xi, Gong Xi.

Tanpa kusedari, anak – anakku telah bertemu dengan setiap tetamu yang datang, sambil mengucapkan Gong Xi, Gong Xi.

Hasilnya, sewaktu kami pulang, didalam kereta, anak – anakku telah menyerahkan Ang Pow yang mereka terima kepada isteriku.

# Isteriku menjerit, “bang… banyak betul ni”.
# Aku tersenyum sambil menjawab “itu namanya rezeki”.


KISAH 4 - YE SANG / YAM SENG.

Kali ini aku berkesempatan untuk turut sama memeriahkan upacara menggaul makanan didalam dulang besar, yang lebih dikenali sebagai Yee Sang.

Andainya maklumat tentang perkara ini salah, maka aku mengharapkan pembetulan dari rakan – rakan Bloggers.

Selepas itu, masing – masing tetamu menjamu selera.

Isteriku bertanya “bang, Yamg Seng tu apa benda ?”.

Aku menjawab “bila orang China dah mabuk, mereka akan memekik Yang Seng”.

Aku bertanya pula “kenapa, sayang nak tengok ke ?”.

# Yang baik kita ikut.


KISAH 5 - Tuhan Buncit.

Sewaktu berkunjung itu, anak – anakku telah bermain didalam rumah rakanku. Lalu anak ku yang kedua, datang kepadaku dan bertanya “abah, kat dalam tu ada patung, tuhan dia ke ?”.

Aku menjawab “ya, itu tuhan dia” (aku guna bahasa yang mudah, dan demi menyelamatkan suasana).

Tapi dengan bersahaja anakku terus bertanya “kenapa tuhan dia tak pakai baju, dah lah tu perut buncit” (sambil menggayakan bentuk patung “tuhan” yang buncit itu).

Aku terpana, isteriku diam, rakan ku tersenyum sambil menggaru kepala.

# Seharusnya semua pihak bersikap lapang dada, dalam menangani perkara seumpama ini, dan sebagai masyarakat majmuk, kita sewajarnya memahami dan menghormati ugama dan budaya masing – masing.

Friday, February 16, 2007

TAZKIRAH

Aku rasa, ramai yang telah atau pernah menerima peringatan seumpama ini, atau peringatan yang hampir sama. Tetapi kali ini aku sengaja menyiarkan kembali, terutamanya untuk mengingatkan diri ku sendiri. Dan supaya insan yang mengunjungi Blog Abang Long mendapat manfaat bersama.

Ya, sebagai manusia, ada ketikanya kita terlupa.

1 – dulu bujang, sekarang sudah berkahwin.
2 – dulu pakai motor ‘kapcai’ – kancil – wira – Honda – dan seterusnya.
3 – dulu bermain badminton – golf.
4 – dulu rumah sewa – rumah mewah – rumah teres – banglo.
5 – dulu -kerani – ‘technician – supervisor – engineer – manager.
6 - dulu memiliki tv 14’ – 21’ – 29’ – ‘home theater’.
7 – dulu berkelah disungai – Tanjung Tuan – Langkawi – Haadyai – Bangkok.
8 – dulu memancing dekat parit / longkang – sungai – kolam bayar – laut dalam (sewa bot murah).
9 – dalam semua segi, kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan ‘glamour’.

TIDAK SALAH, tetapi, ada ketikanya kita juga lupa >

Semakin banyak kita mengecap KEJAYAAN, semakin hampirlah kita dengan saat KEMATIAN…

DIBIMBANGI, semakin kita berjaya, kita semakin lupa, semua yang kita perolehi adalah pemberian ALLAH > “ON LOAN”.

Setiap kali kita membuat ‘action plan’ atau buat ‘revision’, berapa banyakkah kita masukkan item – item yang membawa kearah > PERSEDIAAN untuk MATI.

Umpamanya:

1 – dari - tidak bersolat > pastikan bersolat > jadikan amalan
2 – dari banyak membuat maksiat > kurangkan > hapuskan
3 – dari Pelabuhan Klang > Madinah > Makkah
4 – dari bersedekah Cuma RM1.00 > RM10.00 ? RM100.00 /
5 – dari bersoat dirumah > kepada solat disurau / masjid
6 – dari 2,3 jam sehari menonton tv > 2,3 jam sehari ke majlis ilmu
7 – dari 2,3 jam sehari membaca suratkhabar / majallah / internet > 2,3, jam sehari membaca Al – Qur’an / berselawat dan berzikir.
8 – dan seterusnya, melakukan apa sahaja aktiviti yang hasilnya adalah untuk BEKALAN di AKHIRAT.

Tetapi, apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini adalah PERSONAL ‘improvement’, banyak yang kearah KEDUNIAAN semata. Perkara yang berkaitan AKHIRAT, secara perlahan, seolah – olah diketepikan…

CONTOHNYA:

kalau dulu rajin dan tidak pernah tinggal solat 5 waktu, tetapi beransur – ansur …

kalau dulu tidak kenal dangdut / karaoke, bila ALLAH beri kenaikan pangkat dan gaji lebih, maka perkara seperti ini jadi kebiasaan…

macam – macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu, malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran tetangga dan lain – lain.

Jadi, sama – samalah kita membuat – BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiada seorang pun, yang mendapat kurang atau lebih walau sesaat. ALLAH juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya dan dengan sebaik mungkin. ALLAH hanya mahu kita ber’amal selama lebih kurang 40 – 50 – 60 tahun demi untuk mendapat balasan SYURGA untuk SELAMA – LAMANYA.

Infiniti >>>

Semoga ALLAH terus memberikan kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya didunia dan akhirat. Dan mendapat balasan seumpama:

1 – Roh para Nabi dan utusanNya menuju ke Syurga Adnin.
2 – Roh para ulama’ menuju ke Syurga Firdaus.
3 – Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4 – Roh para Syuhada, yang berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5 – Roh para mukmin, yang berdosa, akan tergantung diudara, tidak dibumi dan tidak dilangit sampai hari kiamt.
6 – Roh anak – anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.
7 – Roh orang – orang kafir akan berada didalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasad hingga sampai hari kiamat.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tanggannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1 – Orang – orang yang mati syahid.
2 – Orang – orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3 – Orang yang berpuasa dihari Arafah.


Sekian, wassalam, sekadar untuk peringatan dan dikongsi bersama.

Wednesday, February 14, 2007

andainya isteri sakit ...

Renungan buat diri sesiapa yang mempunyai isteri ya.....

Suami-suami yang berada di depan komputer... (Isteri pun boleh baca).

Yang belum kahwin pun lagi lah digalakkan membaca..

PER: JIKA ISTERI KITA SAKIT

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul.

Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik bacaan untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik bacaan, sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau jogging. Dalam hati kita berkata, 'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata. "Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun, nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje. Tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......". Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening- morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebih pun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita dibelakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dan sebagainya supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan tawarkan cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbaloi untuk dibawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini.

Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu.

Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

Selamat mencuba!

AJAIB

PEMBUATAN AJAIB DAN KEJADIAN AJAIB ?

Gambar dalam harian KOSMO

















Kisah sebuah keluarga yang diselubungi MISTERI, setelah salah seorang anggota keluarga, membeli telefon bimbit yang baru.





Lihat, renung, dan fikir - fikirkanlah, akan setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita.

Sunday, February 11, 2007

Macam - macam kisah (6)

Kisah 1 - Rally.

Pelabuhan Klang – Sentral Kuala Lumpur – Taiping – Sentral Kuala Lumpur.

Sekali lagi, nama lokasi diatas bukanlah rally “balik kampong”. Tetapi itulah lokasi, dimana aku membaca novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang bertajuk – Cinta Sang Ratu. Ya, novel fiksyen @ thriller @ pengembaraan @ cinta yang terhebat bagiku, sebuah novel terbitan ALAF 21, dimana aku membacanya sewaktu pulang untuk menziarahi ayahbondaku dikampong.

Aku membaca dengan penuh perasaan khusyuk, penuh debaran, penuh keterujaaan, dan penuh kebimbangan.

# Aku bimbang kerana sepanjang aku membaca novel tersebut, setiap kali aku mengangkat muka, pasti ramai yang memandang kearahku, terutamanya para gadis.


Kisah 2 - 8 JAM.

Sepanjang 8 jam, aku berada didalam keretapi dari Sentral Kuala Lumpur hingga ke Taiping, aku telah mendapat beberapa orang kenalan secara tidak langsung, sememangnya aku “kaki bual”, tetapi dengan sikapku yang terlalu asyik membaca novel – Cinta Sang Ratu, menyebabkan ada topik khusus untuk dijadikan bahan perbualan.

“Maaf ya encik, itu novel Cinta Sang Ratu kan ?”. Sapa seorang gadis yang berada didalam koc keretapi yang sama denganku.

Aku menggangguk sambil tersenyum. “Best tak ceritanya ?”, soal si gadis itu lagi.

Aku menjawab “memang best”. “Er … kalau best berapa bintang nak bagi pada novel tu ?”, Tanya si gadis lagi sambil tersenyum.

Aku menjawab “enam bintang”. Si gadis itu lalu tergelak sambil berkata “eh, bukan ke setakat lima bintang, kalau bagus ?”.

Aku menjawab “kalau best, memang lima bintang, tapi kalau terlalu best, kena tambah lagi satu bintang tambahan, jadi enam bintang lah”.

# Ya, bukan susah nak cari teman berbual, jadi selepas ini, kalau ada mana – mana lelaki yang masih bujang, jadikan membaca novel satu hobi.

# Sekadar nota tambahan – aku mempunyai seorang sahaja isteri …. cukuplah.


Kisah 3 - Siapakah Sang Ratu ?

Sekembalinya aku dari kampong. Sewaktu berehat dirumah sambil menghirup kopi tongkat ali yang masih panas. Isteriku lalu bertanya “Abang dah habis baca novel – Cinta Sang Ratu ?”. “dah”, aku menjawab sepatah.

Isteriku bertanya lagi “best tak ceritanya bang?”.

“Memang best, tapi abang tak nak bagitau ceritanya, sayang kena baca sendiri”, saranku kepada isteriku.

“Cantik ye, wajah Sang Ratu ni “ ujar isteriku, sambil membelek kulit hadapan novel – Cinta Sang Ratu.

Aku dengan bersahaja menjawab “cantik lagi wajah Sang Ratu dihadapan abang”, sambil tersenyum dan menggenggam erat jari – jemari isteriku.

# Bagaikan Puteri – Cinta Sang Ratu – Ramlee kelihatan termenung sejenak. “Insya-Allah…ada”. Beliau menjawab ringkas. “Apakah anda suka … Ungu Karmila “ Hati – hati apabila bertemu dengan … Ungu Karmila”.

Wednesday, February 07, 2007

SELAMAT HARI JADI - ANAK KE 5 - 1 TAHUN


SYUKUR ALHAMDULILLAH, pada 3hb Februari yang lalu, aku telah selamat mengadakan Majlis Hari Jadi anakku yang ke 5, genap usianya 1 tahun.

Happy Birthday to you my baby boy ~ ADAM MUHAMMAD BEHJAD.

Majlis yang diadakan begitu sederhana, namun meriah, ini kerana pada permulaanya, aku dan isteri hanya merancang untuk mengadakan birthday party tu dalam lingkungan keluarga terdekat sahaja, namun si nenek dan datuknya, mahu mengadakan majlis kesyukuran dan do'a selamat, maka majlis itu digabungkan sekali, Alhamdulillah, segala perancangan yang diatur, berjalan dengan lancar.


Cuaca pada hari itu begitu redup sejak dari pagi hingga petang, usai kumpulan bacaan Yaasin, menghabiskan bacaan, dan sewaktu bacaan do'a, hujan gerimis pun turun, masing - masing mengucapkan kesyukuran yang teramat sangat kehadrat Illahi.

Kelihatan gambar disebelah, anakku dipegang oleh isteriku.

Wajahnya kelihatan seperti hendak menangis, dek kerana suasana riuh rendah dan begitu gamat, oleh kanak - kanak yang datang, menyanyikan lagu "Happy Birthday to you".

ADAM juga "terpaksa" dikawal dan dipegang tangannya, kerana dikhuatiri, jika dia begitu teruja dengan kek besar dihadapannya ...

Walau apapun, Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai.

Monday, February 05, 2007

Macam - macam kisah (5)

Kisah 1 - Memandu 30 jam.

Pelabuhan Klang – Kuala Lumpur – KLIA – Taiping – Jelutong – Guar Cempedak – Bukit Mertajam – Nilai – Kuala Lumpur – Pelabuhan Klang.

Bukan “rally” tapi itulah lokasi perjalananku, dari satu destinasi ke satu destinasi, atas urusan yang pelbagai.

Terlalu penat, hingga aku tak mampu untuk berdiri.

Fakta ngeri:

1- Membantu dan melihat 8 kemalangan ngeri sepanjang perjalanan.
2- Hujan lebat didaerah Sungai Petani, hingga aku terpaksa memberhentikan kenderaan, akibat tidak berupaya melihat jalan atau laluan dihadapan.
3- RM400 dihabiskan untuk petrol.
4- Terpaksa mengikut “bontot” kenderaan “pancaragam rasmi kematian” kaum Tionghua, sepanjang 2 kilometer didaerah Kulim.
5- Lupa nak rekod, jarak KM perjalanan !

# Aku sentiasa membawa buku 555 dan sebatang pen didalam kocek baju.


Kisah 2 - “masa itulah …”

Dalam perjalananku yang begitu penting, dalam perjalanan itulah, tiba – tiba sahaja telefon bimbit tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Walaupun bateri penuh dan ada bateri kedua, namun kalau telefon bimbit tidak berfungsi dengan baik, seumpama tidak ada telefon bimbit.

Ya, waktu kita dalam keadaan terdesak dan kecemasan, waktu itulah, telefon bimbit tidak dapat digunakan.

# Agaknya, macam manalah manusia zaman dahulu yang tidak ada alat perhubungan seperti sekarang ?


Kisah 3 - Telefon Awam.

Akibat “kerosakan” kepada telefon bimbit, dan kerana tempoh perjalananku yang panjang dan jauh, dan tidak sempat untuk melakukan apa yang terdaya dan boleh, menyebabkan aku terpaksa menggunakan kemudahan telefon awam.

Kalau tidak salah ingatanku, aku terpaksa menggunakan telefon awam lebih kurang 50 buah dilebih 20 buah lokasi yang berbeza.

Dari 50 buah pondok telefon awan, hanya lebih kurang 10 buah sahaja yang berfungsi sepenuhnya.

Dan hanya sebuah sahaja yang aku terpaksa “lepaskan geram”, kerana sewaktu aku menghubungi saudaraku (aku berada dilokasi Sungai Petani, dan saudaraku berada di Guar Chempedak, dimana jaraknya tidak sampai 20 km), aku terpaksa “membuang” wang sebanyak RM10.00 (syiling).

Usai bercakap, aku terus menghempas gagang telefon, ya, aku terlalu penat, terlalu letih, dan setelah gagang telefon diletakkan ditempatnya, tiba – tiba sahaja wang syiling terus keluar dari kotak wang, ya, keluar tanpa henti, menyebabkan aku tidak keruan.

# Anda berhak untuk membuat tafsiran sendiri tentang perbuatanku.


Kisah 4 - Bimbang.

Setiap kali, aku menghubungi isteriku yang berada dirumah, aku sedar yang beliau sentiasa bimbang jika berlaku sesuatu kepadaku dalam tempoh perjalananku.

“Bang … bawa kereta baik – baik tau”.

Ya, aku bukanlah tergolong dalam golongan pemandu F1, tetapi isteriku tetap resah.

Maklumlah, aku “out station”.

# “orang lain buat hal, aku juga terasa tempiasnya”.


Kisah 5 - Macam Adnan Kashoggi.

Sewaktu perjalanan, sudah pasti aku terpaksa menjamu selera dilokasi yang berlainan dan berjauhan.

Sarapan pagi di Pelabuhan Klang, makan tengahari di Hentian Gunung Semanggol (Perak), minum petang di Pengkalan Sultan Abdul Halim (Pulau Pinang), makan malam di Guar Chempedak (Kedah).

Isteriku menegurku: “abang ni macam Adnan Kashoggi, makan ditempat yang berlainan, jauh – jauh pulak tu, cuma tidak bersarapan di London dan makan malam di Paris”.

Mudah – mudahan “masin mulut isteriku”.

# Ada sesiapa yang masih ingat Saudagar Adnan Kashoggi ?

SAYANGILAH IBU

SAYANGILAH IBU KITA ...


Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita, tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

Usia 3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat, namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai...

Usia 4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan, tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

Usia 5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya, namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak..

Usia 7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK"..

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan, namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih...

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak, tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita...

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan menonton tv selalu, namun, kita membalasnya dengan menonton tv apabila ibu tiada di rumah..

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan, tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik dari kerja, namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan bersendirian...

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang, tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana meraikan dengan kawan - kawan..

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk universiti dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan saying. Namun, kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf? Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!"..

21 tahun, ibu bertanya apa cita - cita kita? Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepaa kawan – kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan..

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu, namun, kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km..

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi, tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!"

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung, namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG NI!!"...

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah tangan apple dan merungut tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..


Satu hari,ibu meninggal dunia..
Sempatkah kita membalas jasa ibu?
Berbaloikah jasa ibu ke atas kita?
Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya..

Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita
Meninggalkan dunia
Meninggalkan kenangannya bersama kita
Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci...
cinta hakiki..
CINTA TERAGUNG...

Q & A - BOY AND GIRL

Stupid Question With A Smart Answer...


Boy: May I hold your hand?
Girl: No thanks, it isn't heavy.

Girl: Say you love me! Say you love me!
Boy: You love me...

Girl: If we become engaged will you give me a ring??
Boy: Sure, what's your phone number??

Girl: I think the poorest people are the happiest.
Boy: Then marry me and we'll be the happiest couple.

Girl: Darling, I want to dance like this forever.
Boy: Don't you ever want to improve??

Boy: I love you and I could die for you!
Girl: How soon??

Boy I would go to the end of the world for you!
Girl: Yes, but would you stay there??

Girl: "... And are you sure you love me and no one else ?".
Boy: "Dead Sure! I checked the whole list again yesterday".

Boy: You remind me of the sea.
Girl: Because I'm wild, romantic and exciting?
Boy: NO, because you make me sick.

Girl: You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
Boy: You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.

Girl: John says I'm pretty. Andy says I'm ugly. What do u think?
Boy: A bit of both. I think you're pretty ugly.