Thursday, November 16, 2006

Penilaian Prestasi Kerja


Inilah saatnya, inilah waktunya, inilah musimnya dan inilah detik yang ............

Ya, bila tiba hujung tahun, sudah menjadi amalan bagi yang berkerja "makan gaji".

Penilaian Prestasi anda akan diperkatakan, dipersoalkan, dipertanggungjawabkan, dan segala macam benda yang tidak baik akan didedahkan.

Maka berlakulah dialog, yang ada ketikanya, begitu panas.

Tahun ini, aku berhadapan dengan "dialog" yang agak hambar, kerana apa ?

Kerana aku sudah lama "hilang keyakinan" dengan Penilaian Prestasi Pekerja.

Sebabnya mudah, perkara yang sama akan diulang saban tahun, perkara yang sama akan diungkit saban tahun, bayangkan, selama 365 hari kita berkerja, dan pada satu hari sahaja anda melakukan kesilapan, maka kesilapan yang satu itu sahaja yang menjadi ingatan.

Bak kata pepatah masyarakat Rom: "Rom dibangunkan ribuan tahun, tapi musnah hanya dalam sekelip mata" !.

6 comments:

sharifah said...

sudah menjadi kewajipan, setiap perkara yang kita lakukan akan di nilai..setakat mana kita bekerja dan menyumbangkan usaha dan tenaga kita...kenapalah kita tak diberi mandat menilai prestasi kerja orang lain, kita rasa sudah tentunya kita lebih tulus dan teluskan...tapi tak mustahil orang lain pula tidak puas hati dengan kita...

Anonymous said...

abg long nie mengingatkan saya dah ujung tahun lah, malas tul nak isi borang prestasi, walau sebaik manapun prestasi kita, gaji naik tetap seciput jer

m.q said...

tq krn brkunjung ke blog sy.

sy pun nk kena isi jugak laporan prestasi. xtau la thn ni nk dpt berapa..kekekek...

**rome wasn't built in one day!-trigt2 zmn sekolah**

Anonymous said...

Setuju sgt dgn pendapat abg long. Tapi begitulah lumrah kehidupan, apatah lagi lumrah alam pekerjaan dimana kita dinilai oleh manusia biasa. Biarlah...biarlah penilaian duniawi ini tidak adil sama sekali, tapi fikirkanlah tttg penilaian yg akan ditimbang oleh al-mizan nanti.

* Legasi Napoleon pun musnah hanya kerana satu peperangan, Waterloo.

Anonymous said...

Bagi ALLAH,
satu kebaikan sepuluh pahala,
satu kejahatan satu dosa.

Buat manusia,
satu kebaikan satu pahala,
satu kejahatan sepuluh dosa.

Betapa adilnya ALLAH,
betapa tak patutnya manusia!

Unknown said...

Salam Abang Long. Betul tu apa yang Abang Long kata. Sudah menjadi adat manusia, kita tidak akan langsung ingat akan kebaikan yang telah dilakukan oleh seseorang sejak sekian lama. Tetapi, apabila orang itu tersilap langkah, biar pun sekali, biar pun kecil, akan diingat sampai bila-bila.
Suami saya sering mengingatkan, sebelum membuka mulut, fikir seratus kali. Sebelum memberi pendapat, fikir seratus kali. Biar lambat memberi jawapan asalkan jawapan kita itu tidak memakan diri di hari kemudian. Selamat Hujung Minggu.