Berpisah, berjauhan, berjuang ... keseorangan.
Beberapa hari ini, aku sering terbayang bagaimana rupa dan keadaan anak - anak bila ibu dan ayah berpisah ataupun bercerai. Si ayah dengan kehidupan baru. Si ibu juga dengan kehidupan baru. Dan anak - anak yang pasti akan juga TERPAKSA menghadapi sebuah kehidupan baru, samada tanpa ayah ataupun tanpa ibu.
Seandainya ayah dan ibu berpisah dalam suasana harmoni. Mungkin, tekanan perasaan si anak akan berkurangan. Tetapi, bagaimana jika perpisahan itu dalam suasana begitu tegang ?
Lainlah kisahnya jika si ayah atau ibu meninggal dunia. Iaitu, berpisah mati.
Kini, perkara yang sama aku bayangkan, bagaimana keadaan anak - anak aku. Bila aku tiada disisi mereka ? Aku akan merantau mencari rezeki. Dan anak - anak aku akan hidup bersama ibu mereka. Dan anak - anak aku masih kecil - kecil belaka. Pendek kata, hampir seluruh kehidupan mereka selama ini bergantung harap dengan aku.
Namun, setelah memikirkan tentang kuasa, ketentuan dan iradah Allah. Maka, aku serahkan segalanya kepada pemilik alam semesta ini. Segala yang berlaku adalah dengan ketentuanNYA.
Aku amat berharap agar isteri dan anak -anak aku mempunyai KEKUATAN dalam menghadapi kada dan qadar Allah. Dan yang penting, kami tetap bersatu.
12 comments:
itulh namanya sebuah pengornanan...
insyaallah... anak2 dan isteri akan dipelihara Allah bila abg long keluar mencari rejeki..
doa2kan yg terbaik je abg long :)
Usah khuatir, walau betjauhan kasih dan sayang takkan pudar , usah putus2 doakan untuk keselamatan mereka kerana terpaksa berjauhan demi masa depan seisi keluarga InsyaAllah.
saya tak nak bayangkan sebab semua sedia maklum keadaannya...tetapi saya lebih suka bersedia..sayang seadanya..rindu seadanya...kita berserah dan menyerah kepada Allah 100%
emmm..betul tu..bersatu teguh!
Bagi saya, nak berpisah rasa tak sanggup. Tapi bila keadaan memaksa, terpaksalah tempuh juga. Semoga tabah. :(
nza - Ya betul tu.
Masy - Ya, semoga kita sentiasa berada didalam lindungan Allah.
silversarina - Terima kasih atas ingatan itu.
Kujie - BENAR. Biar berpada. Biar sederhana. Kita merancang.
ez - Namun yang pasti hati tetap merindu.
aintsuperwomen - Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa.
Post a Comment