Tuesday, November 24, 2009

KERJA PERCUMA. 5 HARI SAHAJA !!!


Memang SERIUS ! 5 HARI SAHAJA !


Sewaktu minum petang bersama seorang sahabat aku. Dia melontarkan cadangan ini. 'KERJA PERCUMA 5 HARI SAHAJA!'


Petang itu sungguh redup. Sambil menikmati minum petang di Coffee Bean. Aku duduk bersantai bersama sahabat aku yang baru sahaja selesai menjalankan tugasan dalam gereja berdekatan. Sahabat yang aku kenali dari zaman kanak - kanak. Hingga kini, beliau kekal menjadi paderi disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau bahagia dengan kehidupannya sekarang.


Buat pengunjung blog ini. Aku dengan ini mengisytiharkan bahawa ada seorang HAMBA ALLAH, yang bersedia untuk bekerja selama 5 hari, secara PERCUMA ! Dimana - mana pejabat atau syarikat. Khususnya dikawasan Klang, Pelabuhan Klang ataupun Shah Alam.


Tapi, dengan syarat yang ketat.


1 - Tidak perlu sessi TEMU-DUGA. Kerana Hamba Allah ini sudah fobia dengan TEMU & DUGA. Sudah beratus tempat Hamba Allah ini menghadiri TEMU&DUGA. Dan semuanya gagal.


2 - Hamba Allah ini akan bekerja atau bertugas dimana - mana syarikat dengan bersungguh - sungguh. Dan selama 5 HARI, khidmatnya adalah secara PERCUMA ! Tidak perlu dibayar !


3 - Seandainya pihak syarikat berpuashati dengan tugasan yang dibuat, maka Hamba Allah ini mestilah diterima bekerja secara tetap.


4 - Seandainya Hamba Allah ini tidak menepati sasaran atau gagal dalam tugasan didalam syarikat, maka pihak syarikat boleh terus mengeluarkan notis BERHENTI KERJA secara automatik. Tanpa sebarang syarat.


5 - Hamba Allah ini mempunyai keluarga dengan 5 orang anak yang masih kecil. Dan Hamba Allah ini sudah berusaha sepenuh nyawa untuk mencari kerja. Dan masih gagal untuk mendapatkan kerja. Dan sudah 2 tahun tidak mempunyai sebarang punca pendapatan.


6 - Tawaran ini HANYA bagi syarikat yang beroperasi di Klang, Pelabuhan Klang atau Shah Alam - SAHAJA.

7 - Resume akan diberikan atas permintaan sahaja.



Ada sesiapa yang berminat ? Sila tinggalkan komen didalam blog ini.


Ini bukan gurauan ! Ini bukan melawak ! Ini bukan acah - acah sahaja. TETAPI.
Kenyataan atau entri kali ini memang serius ! Benar - benar serius !


# Ingatlah pesanan Nabi. Barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya, maka Allah akan mempermudahkan urusannya.

11 comments:

izman said...

Insyaallah, saya akan fikirkan sesuatu yang sedikit sebanyak dapat membantu.

zino said...

semuga urusan abang long di permudahkan..

rudy bluehikari said...

saya doakan yang terbaik untuknya.

Irfa said...

salam abg long..
semoga ada insan yg sudi membantu.
saya hanya tumpang mendoakan

Web Sutera said...

Abang Long, moga Allah yang Maha Pembuka & Maha Kasihan Belas memudahkan segalanya, insyaAllah.

Mak Su said...

moga dipermudahkan urusan

ckLah @xiiinam said...

Semoga ada pengurus syarikat yang bertindak...


Selamat Hari raya abang Long....

NzA said...

camne abg long n family skrg..sy sedih la bc n3 ni..ttp apa boleh buatkn. cuma sy mampu brdoa utk kesejahteraan abg long skluarga...sedih sgt.

Selamat Hari Raya....

zura aini said...

moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki saudara.

en_me said...

salam aidiladha abang long ittewww..

IzuanIzani said...

dah ada perkembangan sekarang?