Friday, September 11, 2009

SYAITAN dalam kopitiam.


Orang tua KURANG AJAR !


Semalam, hari ke 20 umat Islam berpuasa. Akhirnya aku tidak dapat menahan sabar. Sungguh, bukan main - main. Memang aku terasa amat marah, terasa darah aku naik, kalau ikut hati muda aku (cuma tubuh sahaja kelihatan tua), memang aku terasa hendak lempang sahaja !


Waktu itu aku sedang membawa anak - anak aku berjalan dideretan gerai untuk bertemu dengan seorang sahabat lama. Aku lalu berdiri dihadapan sebuah bank. Disebelah bank itu pula terdapat sebuah restoran China.


Disebuah meja diluar restoran itu. Ada beberapa buah meja yang diletakkan dibahagian kaki lima restoran. Seorang LELAKI MELAYU sedang enak mengirup segelas nescafe ais dan menghisap rokok, berkepul - kepul asapnya.


Aku memandang dengan perasaan yang berbaur, terasa malu, segan, marah, geram dan pelbagai lagi. Tiba - tiba sahaja, anak aku bertanya dengan nada suara yang agak tinggi, maklumlah, anak - anak ... manalah mereka tahu apa - apa, yang mereka tahu ialah bertanya jika mereka tidak faham.


"Abah ... kenapa orang itu minum di kedai China ... dia tidak berpuasa ... tak malu ek?"


Aku menyentap tangan anak aku, sambil menunjukkan isyarat supaya diam sahaja. Tiba - tiba LELAKI MELAYU itu datang menghampiri aku dan terus bersuara dengan agak tinggi "Hoi ... kalau aku tak puasa, aku nak buat maksiat pun ... apa masalah engkau ? Tak payah tunjuk alim ... konon nak ajar anak, yang aku ni tak puasa ... hei ... mati mampus esok kubur masing - masinglah !"


Aku terus membawa anak - anak aku berlalu dari situ tanpa mempedulikan LELAKI MELAYU itu terus menjerit - jerit.


Aku berhenti di sebuah gerai lain, yang agak jauh dari restoran kopitiam itu. Lalu, dua orang wanita, tersenyum dan terus bertanya kepada aku apa yang berlaku sebentar tadi. Aku lalu menceritakan apa yang berlaku.


"Entahlah ... apa nak jadi dengan orang Islam sekarang ... sudah hilang rasa malu. Sudahlah tidak ikut perintah tuhan, hendak tunjuk samseng lagi ... saudara tahu tak ... kalau tadi lelaki itu menyerang saudara ... ada beberapa orang lelaki diluar bank kata, mereka akan bantu saudara ... biar kita ajar sikit orang yang kurang ajar pada ugama!" Luah kata - kata oleh wanita itu kepada aku.


Sambil tersenyum aku mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka. Dan aku terus menyambung "saya terkenangkan anak - anak saya, takut mereka jadi mangsa ... kalau saya seorang sahaja tadi di situ ... memang saya sudah LEMPANG dan bergasak dengan SYAITAN lelaki itu!"


Kedua - dua wanita itu terus sahaja tertawa. Dan terus berlalu sambil mengucapkan salam.

14 comments:

Mak Su said...

laa..... dia yg salah, tapi dia plaks maki orang... eloklah tu, mentedarahlah banyak2.... moga bertambah sihat-walafiatler orang cenggitu... tah haper-haper.

maksu pernah kena, masa sekolah menengah, orng lelaki tu tak posa, dia isap rokok dlm bas, lepas tu kita gelak2 ler tengok, dok cerita anak bulan dah kelihatan, anak bulan dah kelihatan. lepas tu dia terasaler (of course), so dia hot, dia bagi ceramahfree kat kami, kubur masing-masing.. eeiiii, sadis.

norehan said...

Subhanallah, melampau lelaki tu...berani mengeluarkan kata-kata macam tu. Jangan dicabar hukum Allah, tak tertanggung kita nanti.

Sejak kebelakangan ini, kerap sangat saya nampak orang lelaki melayu yg tak puasa. Minum air tin dan hisap rokok macam bukan bulan puasa. Yang memalukan bila anak2 tanya kenapa org tu tak puasa.

Semoga Allah Taala menguatkan iman kita semua dan anak2 untuk menghadapi kehidupan di bumi ini. Insya Allah

ikan emas said...

Ayah siapa laa tuu..

Moga tuhan bukaakan pintu taubat kpdnya

Zonan said...

Assalamualaikum Abg Long

Saya pun menghadapi suasana yang sama di tempat kerja.

Disebabkan permintaan yg tinggi, kami terpaksa mengambil pekerja kontrak drpd luar.

Anak bangsa kita juga. Tp yang buat panas tu.. Pagi2 dah ada kat tempat hisap rokok & tanpa berselindung menghisap rokok.

Naik darah la jugak time tu tapi leh bersabar lg. Terus report ngan HR je...

Alhamdulilah pagi ini x de yang 'bersidai' kat situ lg.

ummu said...

salam Abang Long
penuh debaran saya membaca entry nih.
wah tak suka dengan orang yang dah wat salah tapi menjerit pada orang lain.

silversarina said...

Memang syaitan betul, kalau mati mayat boleh bergolek masuk kubur dengan sendiri tak pe jugak,, ni mati orang lain jugak yang uruskan walaupun kubur masing2 , cakap syaitan memang macam tu.


Baru ni masa hantar anak2 ke sekolah nampak pakcik teksi kemaman ni tengah teguk teh ais dalam teksi dia sambil memandu, memang tak guna betul,anak akak tenung dia (kereta betul2 sebelah teksi tu ) .Buat muka seposen je pakcik tu .

chekdenoor said...

Salam..... hmmm...kita anggap jerlah dia tu bukan orang islam....mungkin rupanye jer macam melayu...kot ah....ukhusss

ckLah @xiiinam said...

Abang Long;
ckLah terserempak seorang lelaki Melayu sedang 'membeli' di kedai Magnum 4 Digit. Di belakang motornya ada sekampit beras yang baru diterima dalam majlis serahan bantuan untuk anak yatim dan fakir miskin sempena tiba Hari Raya di masjid...

NzA said...

dunia dh trlalu canggih abg long...org islam skrg mmg dh trlalu berani n rasa bangga kalu dpt minum minuman keras, brjudi, wat maksiat n xposa.....mrk seolah2 mencabar agama islam....

cm said...

err...dunia sekarang... dulu kalau tak puasa, sembunyi-sembunyi, skrg kalau boleh nak tunjuk pada dunia!!Dunia dah nak kiamat!

Kakak said...

Salam Abang Long,
Memang melampau lelaki tu...
Bebudak pun tahu nak kewajipan berpuasa.

kakna said...

ari tu berbuka di luar..
kejadian yang berbeza.. tapi seperti kisah yang abang long ceritakan di atas, kisah saya ni pon ade mesejnya.. kalau sahabat syaitan tu memang x berpuasa.. yang ini pulak berpuasa tapi bila azan jer.. trus keluar sebatang.. berbuka dengan rokok!.. hurmm.. x penah dibuat nabi muhammad SAW..

chekgu Bani Hassim said...

hah!
mmg kuajar la tu...

boleh pulak buat muke tak malu...
nk tunjuk samseng sgt la tu...
hampas..

pB said...

dah lah tak posa , makan kedai cina pulak tuuu .....

memang la kubur masing masing , tapi ....

tak ada orang jabatan agama ker ????