Wednesday, September 09, 2009

Sekadar Untuk Dipandang SAHAJA


Dipandang SAHAJA.


7 hb. September bersamaan 17 Ramadan yang baru lalu, diisytiharkan sebagai hari turunnya Al Quran atau Nuzul Al Quran.


Bagaimana caranya Al Quran diturunkan boleh sahaja dipelajari dari pelbagai sumber. Tetapi ianya adalah satu daripada peristiwa besar yang perlu diagungkan.


Bayangan atau gambaran mudah ialah. Ada dua perkara besar yang melibatkan 'hubungan' anatara manusia dan langit. Iaitu, peristiwa Nuzul Al Quran dan Israk dan Mikraj.


Nuzul Al Quran melibatkan arahan dan titah perintah dari Allah untuk amalan setiap manusia. Manakala Israk dan Mikraj adalah perintah khusus dari Allah untuk solat. Satu amalan yang menjadi tiang atau tonggak dalam agama.


SOLAT dan Al Quran. Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Andainya kita bersolat, maknanya kita WAJIB membaca Al Quran. Ini membawa maksud, jika seorang muslim itu TIDAK BERSOLAT, dengan sendirinya ia TIDAK MEMBACA Al Quran.


Dan yang lebih mengaibkan ialah. Andainya seorang yang mengaku muslim itu tidak bersolat, bermakna ia tidak mengulangi atau memperbaharui SYAHADAHnya. Kerana, didalam solat itu sendiri kita WAJIB melafazkan DUA KALIMAH SYAHADAH.


Dan jika kita tidak mengucap dua kalimah syahadah. Bagaimana mungkin kita boleh menyatakan bahawa kita adalah seorang muslim yang beramal, tunduk dan patuh kepada suruhan Allah ?


Tiada TUHAN yang aku SEMBAH melainkan Allah.
Aku naik SAKSI bahawa NABI MUHAMMAD adalah PESURUH ALLAH.


Jika kita tidak bersolat atau meringankan solat. Bermakna ucapan diatas hanyalah sekadar ucapan.


Yang penting, rajin - rajinkanlah diri kita untuk melangkahkan kaki ke majlis ilmu, samada ke surau, ke masjid, atau ke mana - mana tempat yang ada pengisian ilmu.


Jangan dipandang sahaja Al Quran. Bukalah helaian didalamnya. Bacalah. Hayatilah. Fahamilah maksudnya.


Sesungguhnya Al Quran adalah sebagai TEMAN SETIA dan pelindung kita sewaktu di ALAM KUBUR. Dan Al Quran juga adalah juga menjadi SYAFAAT kepada kita, di saat kita amat memerlukan SYAFAAT di alam akhirat.


Jangan dipandang sahaja Al Quran yang berada di atas almari ... biarlah kita menangis sewaktu membaca Al Quran, daripada kita menangis menyesal sesesal sesalnya kerana 'ditinggalkan' oleh Al Quran sewaktu di padang MAHSYAR kelak.

10 comments:

NzA said...

mmg betul tu abg long.. kekdg skrg al-quran dibeli bkn main cntik lg ttp sygnya cuma dijadikn hiasan saja....

silversarina said...

Quran sebagai pedoman hidup, entah sejauh mana saya sendiri mengamalkannya :(

chekdenoor said...

Bersyukur sangat sebab kita dilahirkan sebagai seorang islam .....

ckLah @xiiinam said...

Al Quran itu juga shifa'...

zara aluwi said...

Tinggi mana pun kita belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kita baca. Kitab ini pasti begitu juga rupanya, ayatnya tetap sama namun kedudukannya tidak sama. Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan kita pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.

Mulan said...

moga diri ini akan lebih kerap membacanya.. amin..

ummu said...

17 Raamdhan amat beerti dalam hidup saya. Al Quran itulah penawar sebenarnya.

Mak Su said...

pembacaan elok kita lakukan saban hari, jgn ler tunggu ramadhan jer ek, kan abang long... :)

Rasha_rz said...

hai abang long, kanda sekadar singgah menjengah. tak berkesempatan mengambil apa2 yg dihidang. masa suntuk. salam ramadhan & semoga berjumpa lagi kita di ramadhan akan datang. insyaallah

noorlara said...

biasalah, ade org boleh baca majalah dan novel berjam-jam tapi bila disuruh ngaji malas bukan main...dahlah tak pandai baca, malas belajar tajwid dan caba tafsirnye camna nak jatuh sayang pada ayat-ayat surga tu.....heran ade kempen baca buku tapi ngape takde kempen baca Al Quran! masalah manusia akhir zaman nii