Tuesday, September 15, 2009

SEMANGAT RAYA


Patah kaki. Tapi kuat semangat.


Walaupun patah kaki. Walau apa halangan sekalipun. Dua orang pesakit tetap hendak keluar dari wad, untuk pulang berhari raya.


Mereka memujuk rayu Doktor yang bertugas. Mereka merayu dan menggoda jururawat agar memberikan persetujuan untuk melepaskan mereka pulang untuk berhari raya.


"Kamu berdua masih belum pulih sepenuhnya, andainya saya membenarkan kamu keluar, saya bimbang kamu tidak akan berupaya untuk bergerak ..." Doktor keberatan untuk melepaskan dua orang pesakitnya.


Dua orang pesakit itu tetap berusaha untuk meyakinkan Doktor yang mereka berupaya untuk bergerak walau dalam kepayahan.


Ramai pesakit lain memerhatikan kedua - dua orang pesakit yang patah kaki itu berbincang dengan Doktor yang bertugas. Semuanya tersenyum melihat keletah dan gaya kedua - dua pesakit itu merayu si Doktor.


Akhirnya, Doktor terpaksa mengalah "Ok, ok, ok ... tapi boleh saya tahu ... awak berdua tinggal dimana?"


Kedua - dua pesakit itu tersenyum lebar dan menjawab spontan "Depan tu sahaja ... di Taman Sri Andalas".


Alahai .... beberapa orang pesakit tertawa dengan jawapan dari pesakit patah kaki itu.


# Kedua - dua orang pesakit yang patah kaki itu tinggal di kawasan Taman Sri Andalas. Dimana, Hospital Tunku Ampuan Rahimah adalah berada didalam kawasan Taman yang sama.

10 comments:

aint-super-woman said...

Salam.

Agaknyer semua org macam tu. Dulu adik ipar saya bersalin sehari sebelum raya. Nak nangis dia mintak keluar. Nasib baik baby tu berak awal...kalau tak nurse tak release...hehehehe

Zonan said...

Assalamualaikum...

Semoga abg long sihat...

Selamat hari Raya

izman said...

may be tak sabar nak balik rumah buat kuih raya tu...

nza said...

mmg le xsnggup lame2 dok spital...snggup brlaku chat asalkn dpt cpet kluar....
Camne dgn abg long skrg, dh chat ke????? Moga cpt sembuh...

Mak Su said...

ooh, dekat jer. tapi kalau jauh pun, mesti nak balik gaks, raya, kan.

dah emel dah :)

xiiinam said...

Kalau dapat keluar...dibimbangi terlalu aktif..hingga mengganggu proses penyembuhan....Suami ckLah, sampai sekarang kaki kanannya tak boleh bengkok........akibat 'penjagaan yang tidak betul' semasa patah dulu....7 tahun dulu. Kira 'keilatan' kekal lah tu...


Psst: Hari Raya ke5 kami ke Taman Sri Andalas

silversarina said...

Tetap bersemangat walau patah kaki...semoga abang long jaga diri masa raya, usah terlalu banyk bergerak.

Kak Zue said...

Assalamualaikum

Abang Long , semoga abang long dan keluarga ceria di hari raya ini.

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

yginsaf4 said...

salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhannns wat abang long ittewww..

Ikhmal & Izzatul said...

ahh. kalau aku, walau dekat.. tetap nk balik. raya bro.
aku dulu pernah admitted ke pantai klang. rumah kat sg udang. tak tahan aku duduk lama-lama.
3 hari dah lama.....
peduli ape aku.. mintak gaks doktor cepat discharge... hmm