Wednesday, September 02, 2009

Sekotak Kurma. Sebuah Komuter.


PAHALA melimpah ...


Hampir masuk waktu Isyak. Barulah sepupu isteri aku tiba dirumah kami. Dengan kepenatan membawa beg dan dua orang anak, mereka datang dari Pasir Gudang.


Sambil melepaskan penat, sambil kami menjamu selera. Sebelum aku melangkah keluar untuk ke masjid berhampiran. Isteri aku bertanya, atas komuter berbuka dengan apa ? Lalu dijawab oleh sepupunya "ada orang sedekah kurma buat penumpang berbuka."


"Uihhh ... tentu orang itu kaya, kan ? Balas isteri aku.


"Entahlah kak ... orang itu cuma membuka sekotak kurma, dan dihulurkan kepada penumpang komuter untuk tujuan berbuka." Sepupu isteri menjawab.


Syukur Alhamdulillah. Aku sendiri tidak pernah terfikir atau melihat kejadian seperti itu didalam mana - mana pengangkutan awam. Mana - mana orang perseorangan atau kumpulan atau organisasi yang hendak melakukan amal jariah dengan menyediakan kurma atau apa sahaja juadah yang ringkas dan mudah untuk penumpang yang berugama Islam untuk berbuka puasa.

13 comments:

pB said...

bagus sungguh orang tu

kakna said...

mulia sungguh hati budinya..

tangsibaru said...

Long,

permandangan sebegini adalah perkara biasa, byk kali saya tengok dan mengalaminya... ketika di Jeddah, Saudi. Org Arab memang itulah yg dia cari, beri makan org berbuka.

kat 1msia ni tak pnah lagi diberi kurma masa nak bbuka dlm kenderaan awam

aint-super-woman said...

Besar pahala kalau bagi orang berbuka ni.....

ummu Masyitah said...

Abang Long, cadangan yang bagus tu.
saya pernah berpengalaman seperti ini sebanyak 3 kali semasa zaman sekolah dulu.
pertama,semasa perjalanan dari Perlis-KL, ada sekali abang2 pelajar rsanya UITm kot,bagi-bagikan kepada kami juga. 2 kali,dari KL-JB ada hamba2 Allah yang hulur-hulurkan buah kurma kepada semua penumpang yang ada dalam bas ekpres.

silversarina said...

Alhamdulillah , ada jugak insan yang rajin berbuat kebajikan di bulan yang mulia ini.Semoga diberkati.

xiiinam said...

...teringat waktu berbuka dengan gula-gula kiss miss (pemberian pemandu teksi ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Shah Alam)...dengan anak2 kecil yang berpuasa. Masa tu balik lawat suami di hospital Ampuan Rahimah ..nak ke rumah abang di Seksyen 11.

DaliaLiyana said...

bulan puasa ni kalau kite memberi makan kepada org berpuasa...besar pahalanyer...wpun dgn sebiji kurma..

noorlara said...

perbuatan yg amat baik untuk dicontohi di masa depan...alangkah indahnye perlakuan yg baik

zara aluwi said...

Mulia sungguh hati insan berkenaan. Semoga Allah swt membalaskan kebaikan untuk beliau.

chekdenoor said...

Salam,

memberi makan orang berbuka puasa itu besar pahalanyer.

Neeza Shahril said...

bulan Ramadhan ramai orang bersedekah.. especially disini.

semalam, kawan neeza cerita, masa dia balik dari Mekah ke Jubail, di tepi highway, ramai orang bukak booth.. sediakan kurma, air zam zam dan food lain kot.. bagi orang-orang yang lalu kat highway..

farah aminuddin said...

alhamdulillah rezeki hari tu :)