Tuesday, September 01, 2009

Lajunya PUASA !


Cepat, laju, deras, pantas, pecut ...


Terasa baru semalam kita mula berpuasa. Hari ini sudah masuk hari ke 10 kita menjalani ibadah puasa. Terasa seperti tidak terasa yang kita sudah berpuasa selama 10 hari. Ada ketikanya terasa seperti bermimpi.


Telah 10 hari kita menahan LAPAR dan DAHAGA di siang hari sepanjang bulan Ramadan.


Yang pasti kita sudahpun berada didalam apa yang disebut oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Umat akhir zaman."


Berjaga - jagalah. Bersiap siagalah. Berwaspadalah.


Tingkatkan amalan. Perbanyakkan menimba ilmu. Lakukan dengan ikhlas. Sentiasa beristighfar. Upayakan diri untuk terus menerus berselawat ke atas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya.


Pandang keliling, adakah kita telah melaksanakan - Hablum minaAllah DAN Hablum minannas.


Apakah kita sudah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab kepada 40 buah rumah, sekeliling kediaman kita ? Kerana ini adalah suruhan dan sunnah Nabi.


Setakat ini, aku memohon dan merayu kepada pengunjung blog ini. Selain dari melakukan segala amalan yang mulia di bulan Ramadan ini. Ada satu perbuatan paling tercela dan terkutuk yang sering dilakukan dan kita seolah - olah terlupa untuk menghentikannya iaitu perbuatan - MENGUMPAT, MENCACI MAKI, MENGATA DAN MEMFITNAH.


TOLONGLAH HENTIKAN PERBUATAN SEDEMIKIAN !


Hasil dari pembacaan buku, menadah kitab dihadapan para guru yang mursyid. Aku dapati bahawa perbuatan itu adalah paling keji disisi agama. Balasannya amat perit dan maha dahsyat di akhirat kelak.


Bak kata Rasulullah, jalan terbaik ialah - "DIAM."

9 comments:

Masy said...

sy tgh diam.

achik said...

cepat je kan..

Mak Su said...

dah 11 hari dah kita posa hari ni, dalam sedar tak sedar

ANAKIRANA said...

cepatnyaaaa rasa
baju raya belom beli lagik

Mulan said...

mata pun bisa melakukan dosa kan.. nauzubillah..

attyfir said...

itu lah cepat je masa berlalu ..

ckLah @xiiinam said...

....selamat meneruskan Ramadhan.

kakna said...

yer.. selepas ini.. dan selepas-selepas ini.. sy tekad utk kurangkan aktiviti bercakap.. sbb prpmn mudah terlanjur bahasa bila berborak panjang.. time kasih abg long atas peringatannya..

farah, s. said...

insyaAllah akan cube elakkan seboleh yg mungkin :D