B.L.A.C.K bukan A.B.C.D.E
Aku sengaja hendak membawa satu perkara yang lari tajuk. Tapi tetap ada hubungkait dengan Ramadan.
Entah kenapa, tiba - tiba aku terasa letih sangat tengahari ini. Lalu aku dengan tidak sengaja terus terpaku didepan tv. Aku menonton cerita hindustan bertajuk - B.L.A.C.K. Bukan untuk mempromosi filem ini. Tetapi, kisah yang dibawa benar - benar meruntun jiwa.
Kisah bagaimana seorang anak yang dilahirkan - BISU, BUTA & PEKAK. Dan hero filem ini membawa watak sebagai seorang Guru, tidak lain tidak bukan, aktor Amitabh Bachan.
Guru yang mengajar dengan 'jiwa.' Seorang guru yang 'membawa' anak muridnya menuju ke puncak kejayaan. Namun, sewaktu anak murid menggapai segulung ijazah. Gurunya pula berada didalam wad psikiatri. Akibat dari sakit jiwa dan menghidap Alzheimer.
Sejujurnya. Sudah lama. Ya, sudah lama aku tidak menitiskan air mata kerana menonton filem. Lagipun terasa membazir air mata dek kerana sebuah filem. Tetapi tidak untuk kali ini. Aku tidak dapat menahan perasaan gembira, terharu dan pilu yang teramat sangat.
Aku tertawa apabila dalam salah satu babak. Si gadis yang OKU ini disoal oleh jawatankuasa Universiti sebelum diterima sebagai pelajar. Soalannya berbunyi "Tahukah kamu dimana letaknya negara Amerika?"
Dan si gadis ini memang tidak tahu jawapannya. Tetapi kebijaksanaanya menjawab secara universal itulah yang menyebabkan semua orang tertawa. Si gadis hanya menjawab "Di sebabkan dunia ini luas, dan sentiasa berpusing, maka kedudukan negara Amerika juga tidak tetap dan turut berpusing."
Terlalu banyak ilmu, pengajaran dan pelajaran yang aku dapat dari menonton filem ini.
Kata - kata akhir dari gadis ini ialah - "Kita akan berasa puas bukan kerana kita mendapat apa yang kita hajati, tetapi kita akan puas kerana dapat memenuhi impian dan hajat manusia lain."
Alhamdulillah, filem yang diberikan judul B.L.A.C.K ini langsung tidak ada lagu ataupun penari yang memakai baju dalam. Tetapi cukup berkesan.
10 comments:
Salam abang Long...
Saya juga pernah tengok cerita ini...
Err..tertengok sebenarnya...sebab saya memang jarang menonton filem hindustan...
Memang banyak mesejnya...filem yang berjiwa.
Tie dah tengok cerita ni banyak kali... memang mengharukan.
Tie kurang gemar cerita hindustan ni, sebab agak ganas sikit. Akan tetapi kisah Black ini benar2 memberi pengajaran... antaranya agar tidak berputus asa.
hahahha ramai yang tertengok filem ni siang tadi kot....dan terbuat n3 yang sama...hahahha
selamat bersahur...kad dah di terima terima kasih belum sempat nak balas hehe
Salam perkenalan,
Saya, sebelum ini dah tertengok film ini, jadi petang semalam memang tunggu nak tengok lagi. kalau ditayangkan lagi, saya akan tonton lagi. Yakin mata tetap basah kalau tonton dua tiga kali lagi pun!
Kebetulan saya pun tulis tentang film ini dalam blog saya.
sy pn prnah tgk crite ni..mmg sedih sesgt ttp sarat dgn msg yg baik...
Jarang citer hindustan tak de lagu dan tarian ... akak ni teramatlah jarangnya tengok citer hindustan sebab kurang minat .
salam nuzul quran bang long..
wah teringin nyer nak carik filem nih ..
filem baru ke bang long??
channel baper erk abang long itteww..
en_me, kat tv3 aritu. opss terjawab plk hehe.
tp mmg terharu kan tgk cite ni. huhu
Post a Comment