Friday, March 12, 2010

Pulang ke SINGAPURA.



Selepas 9 tahun.


Akhirnya, setelah 9 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke tanah kelahiran aku di pulau Singapura, pada 9 March yang lalu. Aku bergegas dengan adik perempuan dan suaminya, masuk ke Singapura.


Ayah saudaraku, Haji Abdul Hamid Bin Haji Sulong telah kembali kerahmatullah. Beberapa bulan yang lalu, Alhamdulillah, aku sempat menziarahi beliau yang datang kerumah anaknya di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.




Sepulangnya beliau ke Singapura. Keadaan kesihatannya semakin buruk. Dan, pada beberapa minggu kebelakangan ini, beliau semakin uzur.




Akhirnya, beliau menghembuskan nafas akhirnya pada 8 hb March yang lalu. Dan, aku bersyukur, dalam keadaan tergesa - gesa untuk membuat passport. Namun, aku masih sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.




Memang terasa sebak yang teramat sangat. Maklumlah, aku dilahirkan dirumahnya. Beralamat di Nombor 8, Jalan Reteh, Singapura. Isterinya adalah ibu saudaraku, iaitu kakak kepada ayahku. Dan beliau sekeluarga yang menjaga aku sewaktu kecil.






Dan, setelah 9 tahun tidak bertemu dengan seluruh ahli keluarga yang begitu ramai yang menetap di Singapura. Alhamdulillah, aku sempat bertemu dengan sebahagian dari kaum kerabat yang menetap disana.





Bersambung ...

4 comments:

m.q said...

semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman aminnnn

[rania firdaus] said...

salam takziah, abang long...

NzA said...

Al-Fatihah utk arwah pakcik abg long...moga rohnya ditempatkan brsama2 org yg briman...

izman said...

Takziah. moga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.