Sunday, December 20, 2009

Tubuh Sakit V Tubuh Letih


Renung dan renung dan renung.


Aku berada di Taiping. Menziarah ayah yang dimasukkan kedalam wad. Sudah seminggu ayah berada didalam wad di hospital Taiping. Sebelum itu, ibu ditahan didalam wad selama seminggu akibat penat dan semput, dan ditahan lagi akibat darah tinggi.


Sebaik sahaja ibu keluar dari hospital, ayah pula dimasukkan kedalam hospital. Ibu berada hampir seminggu. Tetapi, aku tidak pasti berapa hari ayah akan ditahan didalam wad. Sementara menunggu urusan pembayaran bank draft bagi alatan yang akan dimasukkan kedalam bahagian pinggang.


Ayah kelihatan terlalu uzur untuk menghadapi semua ini. Kami redha. Kami bersabar.


Seperti kebiasaan. Aku tidak mahu terlalu serius. Aku sendiri sudah terlalu letih. Sudah terlalu banyak memikirkan masalah demi masalah yang tidak kelihatan akan selesai.


Aku bergurau dengan ayah. Aku tersenyum. Aku melawak. Ya, aku bergurau !


Ayah sakit dan terlalu uzur. Dan aku mengambil sikap terus bergurau dan berlawak dengan ayah. Sewaktu isteri aku menyuapkan bubur kedalam mulut ayah. Aku terus bertanya "papa nak makan beef steak?" Dan ayah terus tertawa dalam kepayahan.


Bila ayah bercakap. Banyak pertuturannya yang tidak difahami. Dan cara yang paling sesuai ialah dengan mendekatkan telinga dengan mulut ayah.


Dikesempatan ini. Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan TERIMA KASIH. Khususnya buat adik - adik dan adik ipar aku yang lebih banyak berkorban untuk ibu dan ayah, berbanding dengan diri aku sendiri.


Jadi bagi sesiapa yang tertanya - tanya. Kemanakah menghilangnya Abang Long selama ini. Entri ini menjelaskan segala - galanya.

9 comments:

Tabib Haji Norjae said...

Salam. Tuan memang kuat semangat ! Kami doakan semoga Tuan tabah.

kakna said...

en3 abg long mengingatkan saya pd ayahanda ketika beliau sakit.. alhamdullillah skrg dah makin sembuh, sy doakn yg terbaek tuk ayahanda abg long juga

Tie said...

Bila sebut tentang orang tua kita ni memanglah rasa terharu. Umur yang meningkat sudah tentu akan pengaruhi kesihatan mereka.

Yang penting mereka tahu yang kita sayang dan ambil berat tentang mereka. Sayu pulak rasanya. Semoga abang long terus tabah dan kedua orang tua abang long beransur pulih dan selesa.

Rasha_rz said...

assalamualaikum
kak ila sudah menjawab fb abang long. bacanya....

Rasha_rz said...

assalamualaikum abang long
kak ila sudah menjawab fb abang long. ada kelapanan bacanya, ya?

Rasha_rz said...

assalamualaikum abang long
kak ila sudah menjawab fb abang long. ada kelapanan bacanya, ya?

dfario said...

Alhamdulillah, semalam Papa dah selamat menjalani pembedahan dan sekarang ini masih berada di ward utk rawatan selanjutnya. InsyaAllah, kami akan berada di Taiping sehingga tahun baru ini utk menjaga beliau.

Mak Su said...

moga abang long sekeluarga terus kuat di dalam segala kepayahan. walau apa pun terjadi, ketenangan bagaikan penawar

NzA said...

moga ayah n emak abg long bransur pulih...insyallah...