Tuesday, December 29, 2009

RAHSIA YAHUDI.


YAHUDI wajib dibantu !


Walaupun jumlah mereka terlalu sedikit, tetapi mereka terlalu kuat dan ampuh. Cuba lihat bilangan dan lokasi mereka di Palestin dan Israel. Kekuatan mereka begitu kuat mencengkam pemerintah Amerika.


Ditakdirkan, aku bertemu dengan seorang sahabat yang berbangsa Yahudi. Kami bertemu, berbual mesra, dan saling bertanya khabar dalam suasana santai.


Hinggalah ke satu peringkat. Kami berbual secara terbuka dalam urusan agama. Dan aku difahamkan yang orang Yahudi amat mementingkan urusan agama. Adalah satu dosa besar andainya mereka membiarkan saudara mereka merempat. Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang agung dan mulia, dan kerana itu mereka layak untuk melakukan apa sahaja kepada bangsa lain.


Cuma, satu sahaja yang mereka tidak mampu untuk lakukan. Iaitu untuk menewaskan Hizbullah. Bagi mereka, pejuang Hizbullah, pengikut Hizbullah dan pemimpin Hizbullah benar - benar melaksanakan tugas dan kewajipan mereka mengikut agama.


Lalu aku teringat kata - kata seorang sahabat aku yang banyak melakukan lawatan bisnes ke Lubnan. Dimana beliau menyatakan bahawa. Pemimpin ulung Hizbullah, iaitu Seyyed Hassan Nasrullah adalah seorang pemimpin agung. Beliau dihormati lagi dikasihi bukan sahaja oleh orang Islam, malahan Seyyed Hassan Nasrullah juga disayangi oleh orang Kristian dan Yahudi.


Pernah berlaku dalam satu majlis, dimana sewaktu jamuan makan diadakan. Seyyed Hassan Nasrullah berjalan - jalan melihat orang ramai sedang menikmati juadah yang disediakan. Lalu seorang pengawal tentera Hizbullah bertanya kepada Seyyed Hassan. "Kenapa Tuan tidak makan?" Lalu dijawab oleh Seyyed Hassan, "Aku mahu pastikan saudaraku kenyang ... barulah aku akan makan."


Dan yang pasti. Setiap pejuang Hizbullah melaksanakan setiap amalan SUNAT seumpama melakukan amalan WAJIB, tanpa gagal.


Lalu aku teringat hadith Rasulullah. "Akhir zaman kelak, umat Islam terlalu ramai, umpama BUIH di LAUTAN, tetapi mereka terlalu lemah..."

6 comments:

Masy said...

moga2 kita bknlah dlm golongan buih2 tu huhu

Mak Su said...

Islam kena bersatu dalam segala bidang untuk keteguhan

aNIe said...

Umat Islam kini memang terlalu rapuh...bkn saja rapuh iman mereka...malah rapuh segala2nya...

Tie said...

Memang kita patut contohi bangsa Yahudi tu. Tengok saja cara mereka menjaga pemakanan anak-anak mereka (yang serupa dengan saranan nabi kita). Kerana itu mereka bijak.

NzA said...

salam, lama xdngar berita abg long...hr tu try buka ttp kena blok...xtau kenapa???byk kali jd gitu!!!

Gitulh seorg pemimpin yg dihormati ank2 buah...

Ustaz Sapidin Amran said...

Banyakkan berdoa