Thursday, December 03, 2009

BOMOH. Bijak Wang.

Blogger BIJAK WANG.


Petang semalam, aku bertemu lagi dengan seorang penulis blog. Pertemuan diadakan di KFC Pelabuhan Klang. Sebelum bertemu penulis ini sempat bertanya "Abang long sudah habis pantang ? Sudah boleh makan ayam goreng ?" Aku hanya tertawa.


Aku sudah tidak mahu berfikir banyak. Nanti nampak tua. Aku teringat pesan seorang sahabat penulis blog. Kalau Allah hendak menghidupkan manusia, maka manusia akan terus hidup walau tanpa makan selama - lamanya. Jadi, kenapa aku mesti susah hati kalau tidak ada makanan ?


Terasa sungguh seronok bertemu dengan beberapa orang rakan penulis blog dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Mereka memberikan pelbagai cadangan, idea, rangsangan dan peluang.


Mereka tidak menghina, mengecam mahupun menjatuhkan harga diri aku yang sudah 2 tahun bergelar penganggur. Tetapi, mereka ini mendekati diri aku serapat - rapatnya hingga terasa percantuman nafas, darah dan daging sebagai SAUDARA SEAGAMA.


Mereka begitu banyak membantu aku. Sepertimana yang sering aku lafazkan. Aku bukannya hendak menjadi peminta sedekah. Aku hanya mahukan sumber pendapatan tetap. Aku hanya mahu mencari rezeki dengan kudrat dan tenaga upaya aku sendiri. Barulah aku rasa puas dengan setiap titisan peluh yang keluar dari tubuh aku.


Alhamdulillah. Penulis blog ini telah banyak memberikan tunjuk ajar. Ransangan. Peluang dan sebagainya. Ya, Alhamdulillah. Apabila sudah bertemu secara langsung. Bertentang mata. Bercakap dari hati ke hati. Sudah tidak ada lagi persoalan yang sering bermain dijiwa. Kami bebas untuk berbicara. Alhamdulillah.


Seorang sahabat penulis blog telah bertanya soalan yang paling sensitif tapi paling berharga dan begitu bermakna.


"Abang Long sudah tidak mahu bertemu bomoh lagi?"


Aku menjawab dengan penuh yakin dan dengan ketawa yang bersungguh - sungguh "Sebab sudah terlalu banyak bertemu bomoh, sekarang Abang Long tidak perlu bertemu dengan bomoh, kerana Abang Long sendiri sudah menjadi bomoh!"


# "Hahahahaha .... harta itu, Ahmad Albab yang punya ... hahaha"

7 comments:

ILA said...

lakukan yg TERBAIK abg long:)

Mak Su said...

hhmmm? saya agak keliru ni.....

NzA said...

sahabat sejati adalh anugerah yg plg brharga!!!!

aNIe said...

Abang Long...betul kata abang long...ajal maut ditangan Allah...kita hanya berserah...

Makanlah apa yang terasa nak makan...tapi kalau trasa ia memudaratkan...cuba elakkan...

Akak sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abang long...

Akak ni masih lagi mau berpesan...jgn berputus asa ye...

ummu said...

Alhamdulillah Abang Long bertemu sahabat-sahabat yang sedemikian.

Betul Abang Long,kalau Allah tak izinkan kita mati walau dah berhari tak makan walau bertahun dihujani dugaan bertali arus...semua berlaku dengan izin Allah...

lama dah tak singgah blog Abang Long. Anak-anak demam dan 'rewel'

Hjh Nik Zulina said...

Amalkan surah Al Waqiah..murah rezeki dalam semua aspek hidup..

zara aluwi said...

Salam Abang Long,
Semoga semangat Abang Long tidak mudah pudar. Lakukanlah apa saja yang terbaik untuk keluarga. Akak doakan, Abang Long dipermudahkan Allah swt dalam segala urusan dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik. Ameen.