Wednesday, December 09, 2009

BLOG kurang upaya.


Kawan. Sahabat. Saudara.


Bila aku nyatakan hasrat untuk berhenti menulis. Ada beberapa orang teman yang menasihatkan supaya jangan mudah putus asa. Kena kuatkan semangat. "Kalau sudah tidak ada manusia yang mahu menghulurkan bantuan, Abang Long jangan ambil kisah, yang penting, kami tetap mahu membaca coretan Abang Long." Itulah antara kata perangsang yang aku terima.


Seorang sahabat pula berkata "Hari ini Abang long susah, dan Abang long catatkan kisah didalam blog ini, InsyaAllah, mana tahu dengan kuasa Allah, satu hari nanti Abang long jadi orang kaya, terkenal dan hebat ... waktu itu ... segala coretan diblog ini akan dibaca oleh ramai orang untuk mengetahui bagaimana seorang manusia yang satu ketika dahulu jatuh sejatuh jatuhnya, menjadi miskin fakir dan hidup melarat ... tiba - tiba boleh bangkit semula ... waktu itulah blog ini akan menjadi blog popular dan ramai yang akan membuat kajian ... dan yang pasti ... waktu inilah Abang long akan kenal ... SIAPA KAWAN, SIAPA SAHABAT, SIAPA SAUDARA dan SIAPA MUSUH!"


Aku terima pandangan itu. Tetapi aku juga memohon kemaafan kerana buat waktu ini, aku masih tidak punya kesempatan untuk mengunjungi dan melawat serta meninggalkan jejak diblog para penulis blog.

11 comments:

mohamad kholid said...

teruskan menulis bang long... jangan give-up!

Neeza Shahril said...

baru hari ni neeza dapat jejaki blog abang long.. masa pun tak berapa ngam dengan neeza untuk baca blog..
teruskan ketabahan itu abang long.. Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar..

en_me said...

salam abang longg.. kita kawann kannns

ummu said...

Salam Abang Long
Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar kepada Abang Long sekeluarga.Doa orang teraniaya insyaAllah, Allah makbulkan,cuma masanya sahaja lambat atau cepat...

takpe,kadang kala perlu jua menghilangkan diri seketika untuk cari kekuatan baru,Tapi jangan hilang lama-lama ya A.L

NzA said...

betul tu abg long, kita xtau penghujung jlnan idup kita. Sy sbg sahabat hnya mmpu mmberi kata2 semangat krn sy juga antara insan biasa yg xpunya apa..
Kuatkn semangat n teruskn prjuangan abg long...ramai shbat yg terus brdiri disisimu...

pB said...

Salam

Jangan berhenti

zara aluwi said...

Semoga Abang Long tabah menhadapi ujian ini. Insya-Allah akan ada sinar bahagia menanti menyinari kehidupan di hari muka. Allah tidak akan membiarkan orang2 beriman itu terus menderita selamanya. Bersabarlah dan teruskan berkarya.

faizul darius said...

jangan berhenti menulis, kalau rehat takpe...

aNIe said...

Abg Long...teruskan menulis...kerana kami masih mahu membaca blog abang long...

Ketabahan dan kesabaran abang long akan terus menjadi inspirasi mereka2 yang senasib dgn abang long...

Juezura said...

apabila berkesempatan...menulislah disini..jika tidak..biarkan saja.

Mak Su said...

abang long, saya ada antar emel baru2 ni.... dapat tak? pls respond