Masuk hutan atau bayar RM1.30.
Malam tadi usai sahaja solat Isyak. Tiba - tiba sahaja suami berbaring diatas ribaku. Dan terus berkata dengan lembut "ada bau laksa ..."
Dan anak - anak pun terus menyampuk "Ya lah ummi, dah lama tak makan laksa." Aku menjawab "Hai ... kan bulan lepas kita dah makan laksa?"
Anak kedua aku yang paling rajin menjawab "Laaa ... bukan semalam ke, minggu lepas ke ... bulan lepas la ummi!"
Pagi tadi aku tergamam bila aku ke pasar bila mendapati harga bunga kantan untuk dimasukkan kedalam resipi laksa berharga RM1.30 sepokok. Aduhai ...
Lantas suamiku berkata "Jom pergi rumah adik, manalah tau, kalau ada bunga kantan yang dah tumbuh dibelakang rumah."
Alhamdulillah, terdapat beberapa batang pokok yang sudah mengeluarkan bunga kantan.
Keluarga kami memang 'hantu laksa.' Hahahahaha ....
4 comments:
Eh, Tie pun suka laksa.... dan bunga kantan tu, memang ada hasrat nak tanam di rumah kampung. Mertua dah cuba tanamkan... tak tahu la hidup ke tidak. Lama tak tengok belakang rumah tu.
cuba campak2 kat tanah, kot2 bertangan hijau :)
nanti boleh jual kat kayteeze... oops! nanti Tie kejar maksu plaks
abang long, maklang nak ke penang, tolong call ari Jumaat ni...
saya suka laksa penang.
Post a Comment