Sudah lumrah. Kita sebagai umat Islam sudah terlebih dan teruja untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masehi, berbanding mengucapkan Selamat Tahun Baru Islam.
Apapun yang berlaku. Nombor atau angka sudahpun berubah.
1430 sudah menjadi 1431 (tanpa sedar).
2009 sudah menjadi 2010 (disambut hingga tidak sedar diri).
Alhamdulillah, ayah sudahpun dibawa keluar dari wad. Cuma kakinya perlukan rawatan rapi.
Aku tidak mahu menulis banyak - banyak. Cuma entri ini untuk memaklumkan yang Abang Long masih berjuang untuk menyara kehidupan keluarga. Yang pasti .... Aku tidak pernah berpeluk tubuh.
8 comments:
moga abang long dirahmati Allah sentiasa - tahun baru ke tahun lama ke....setiap ketika
Allah ingin terus menguji kesabaran hambanya.....
Teruskan berjuang, AbangLong... jangan sesekali putus asa.
Ya. HARUS TIDAK BERPELUK TUBUH.
Kak ila sudah menjawab mesej abang long di fb. panjang sedikit, harapnya abang long cukup nafas utk membacanya...
salam ukhuwah dari kak ila sekeluarga.semoga ayahanda dipelihara Allah sentiasa
hidup memerlukan usaha dan pengorbanan, dan kita perlu terus hidup.
insyallah, akan tiba harinya kesenangan akan datang.
moga semuanya selamat..
Langit tidak selamanya gelap InsyaAllah akan tiba jua mentari bersinar di sebalik awan kelabu . selamat tahun baru baut abang long dan family .
all the best to abang long, moga ayahanda abang long segera sembuh
Post a Comment