Wednesday, January 06, 2010

SUMPAHAN berakhir ?

Tajuk ganas !


Ya. 2008 & 2009. 2 tahun aku dan keluarga menanggung azab, seksa dan sengsara. Pelbagai ujian dan musibah datang bersilih ganti. Hingga aku merasakan bahawa sudah tidak ada lagi manusia atau insan yang beragama Islam yang sudi membantu. Inilah hakikatnya.


Hingga ada yang mengeluarkan kata - kata kecaman dan nista. Seolah - olah aku seorang yang PEMALAS, DUDUK BERPELUK TUBUH dan sebagainya.


Dan begitu juga, hingga ke peringkat aku merasakan untuk menjadikan blog ini sebagai HAK EKSKLUSIF dan hanya boleh dibaca oleh orang yang memahami penderitaan aku sahaja.


Tidak ada kisah yang menggembirakan. Hanya kisah sedih dan rintihan. Tetapi, itulah hakikat kehidupan aku selama tempoh 2 tahun itu.


Satu ketika, aku hampir percaya yang aku sudah terkena SUMPAHAN ! Manakan tidak, aku telah menghadiri sessi temuduga dihampir 200 tempat, dan semuanya tidak berjaya. Dan dalam waktu yang sama, aku menanggung sakit yang tidak dapat dikenal pasti. Begitu juga dengan pelbagai bisnes yang aku jalankan, semuanya bangkrap.


Kerja aku kini bukannya bergaji banyak. Hanya 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tetapi cukuplah, dari langsung tiada.


Kepada kaum muslimin. Sentiasalah beringat diwaktu senang. Renungkanlah kehidupan selepas mati. Renungkanlah, apakah nasib kita diakhirat kelak. Jangan jadi seperti seorang muslim yang merasa begitu kecewa apabila masuk kedalam syurga tingkatan ke tujuh. Bila dia melihat nikmat syurga ditingkat ke 6.

11 comments:

NzA said...

sy mengikuti setiap kisah abg long n kisah ni seakn sama dgn kisah idup abg sy punya 4 ank yg brsk...ttp sy sbg adik xmampu brbuat apa2 krn tidak punya kuasa n pengaruh spt org lain...hnya mmpu pasra n brdoa utknya..

ummu said...

Salam abang Long
Hanya Allah maha mengetahui akan penderitaan yang ditanggung abang Long sekeluarga.
Jiwa yang merasainya pasti lebih memahami keperitan dan terjahan yang melanda...
Semoga mendung ini akan berakhir...

AyKay said...

n3 bang long ni mengingatkan saya pada pesan arwah ibu satu ketika saya kecil, supaya saya kutip nasi terjatuh di atas meja semasa kaut masuk pinggan,,, pesannya, rasa syukur semasa senang tu lebih sukar daripada rasa sabar semasa susah... semoga terus berusaha dan berjaya menghadapi masa susah, dengan redha.

cikMilah said...

Salam,semuga Allh membuka pintu rezeki seluas-luasnya.

Mak Su said...

tak tahu nak cakap apa, hanya Allah sahajalah yang dapat membantu abang long sekarang, Dia yang Maha Memahami, Dia yang Maha Mengetahui

NURAZZAH8 said...

Salam Abang Long...maaf..lama tak berhubung...akak bz sangat sepanjang 6 bulan terakhir tahun lepas...terutama menjelang 31 Disember 2009.. sehingga tidak sempat bertanya khabar bgmn anak2 abg Long...

ni masih di Klang atau di Perak???

rudy bluehikari said...

Saya mendoakan rezeki abang long murah. Abang long cuba duha. Saya dulu mcm tu jugak, duha ialah pintu rejeki. Moga abg long tabah dan sabar.

Masy said...

insyaallah.. ade ruang dan peluang utk abg long bangkit. insyaallah.. Tuhan takkan menzalimi hambaNya..

Mulan said...

Allah menduga mereka yg kuat imannya.. sabar dan terus berusaha.. doa & tawakkal seterusnya.. InsyaAllah ada cahaya di sana menunggu..

Nek Cun said...

Salam adinda Long... dah dapat kerja ke?... Alhamdulillah!... semoga adinda long terus maju dan berjaya... nekcun pun tak lama sajer lagi dah nak bersara!... nak jadi full-time housewife & nenek!...

Ustaz Sapidin Amran said...

.