Tuesday, October 28, 2008

MERAWAT

SABAR. SETAN.


Terlalu mahal harga sebuah kesabaran. Pelbagai dugaan, pelbagai cabaran. Pelbagai rintangan. Pelbagai musibah datang bertali arus. Andainya tsunai hanya datang melanda sekali. Tetapi ujian ini datang berkali - kali.


Debaran didada umpama menantikan sepakan penalti. Gementar tubuh bagaikan kali pertama bersalam dengan Tok Kadhi.


Mudahnya mengucapkan perkataan sabar. Setelah bertahan selama 9 bulan. Aku tahu, kesabaranku sudah senipis kulit bawang. Iman oh Iman, dimanakah dikau ?


Jika aku terseksa selama ini. Aku tidak peduli. Andai aku terlontar kelembah kehinaan. Aku juga tidak kisah. Andai tidak ada seurat benang ditubuhku juga, Aku tidak ambil pusing.


Tetapi apabila anak isteriku turut merasai sama bahananya. Memang aku terasa darah Jebat sudah mula menyelinap kedalam tubuhku.


Butiran tasbih sudah kusam dek daki kulitku. Sejadah sudah bertukar alas kepada singlet koyak. As Syahid Hassan Al Banna sudah sebati dengan jiwaku.


Sebuah ayat yang diungkap oleh Dr. H.M. Tuah Iskandar Al Haj sewaktu menjamu selera tempohari masih terngiang dikelopak telingaku - "Abang Long kena bersabar, sekarang abang long sedang berperang bukan dengan prebet tapi sudah bertembung dengan Jenderal"


SABAR !
SETAN !!!.

12 comments:

Ungku Nor said...

lawan dengan jeneral?
kena belajar taktik perang camni..

salam ceria selalu banglong.

NURAZZAH8 said...

Semakin tinggi kesabaran semakin tinggi pangkat setan yg harus kita lawan...semakin tinggi keimanan semakin besar dugaan yang datang...

Ingatlah ayat Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
[2:214] "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

INGATLAH SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT!!!

NURAZZAH8 said...

Firman Allah lagi yang bermaksud:

[29:2] "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?"

[29:3] "Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

[8:28] Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

[2:155] Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 155)

attyfir said...

gud info

Anonymous said...

La Tahzan,
JANGAN BERSEDIH
DON'T BE SAD
Semangat dan azam utk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian

Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni

mungkin sedikit sebanyak dapat membantu cuba baca dan fahamkan.

cikMilah said...

Salam, AbangLong lawna jeneral jin ya. Amalkan baca Surah al-Jin setiap kali selepas solat maghrib ; tak panjang surah ni, 25 ayat saja...
InsyaAllah, semuga semuany adi permudahkan dan mendapat kemenangan.

fusarium solani said...

Salam,

Sabar ajo abang Long, insyallah kito ini makhluk terbaik jadian Allah SWT, mano buleh diao(setan) nak jadi tuan kito pulak! Kito lobih berkuaso kerano Allah SWT bori kito amanah yang gunung ganang pon menolaknyo!

Rasha_rz said...

wah, dah macam2 panduan dan tip di beri kengkawan, kak ila tak perlu lagi beri sebarang nasihat. Cuma... go abang long, go! hidup mesti diteruskan selagi nadi berdenyut.

Sabiah said...

salam kesabaran byk2 buat abg long ye.jika mampu bertahan smp hr ni,apa salahnya diteruskan lagi perjuangan.

Nek Cun said...

Salam abang long, memang itulah lumrahnya... lagi kuat iman kita lagi besar syaitan yang akan menggoda. Nekcun ingat masa di Mekah dulu ada ustaz beritahu, kalau besar syaitan yang menggoda maka lebih besar pahalanya kalau kita dapat menepisnya... Sabar itu adalah iman dan takwa itu adalah tiang kehidupan kita untuk selamat di dunia dan akhirat... Walahualam!

zino said...

apa yg dapat zino katakan.. selain bersabar menghadapi dugaan yg menimpa nimpa..

semuga allah menunjuk jalan penyelesaian nya..

arsaili said...

salam abg long..apa kabar? macam mana raya?