Tuesday, January 29, 2008

Mencuit perasaan




Telah agak lama aku tidak memasukkan entri baru. Begitu juga telah agak lama aku tidak menjengah surau yang berhampiran dengan rumahku, samada untuk bersolat berjemaah mahupun untuk mendengar kuliah ataupun ceramah.



Alhamdulillah, kini keadaan kesihatan aku sudah semakin pulih. Aku juga telah beberapa hari tidak lagi mengambil ubat penenang, mahupun ubat tidur.



Apabila menyedari keadaan aku yang hampir kembali seperti sediakala. Anakku lalu mengajak aku untuk ke surau dan mendengar kuliah agama.



Kuliah agama yang disampaikan, begitu menyentuh hati nurani seorang manusia. Dimana ustaz itu turut menyentuh kes Nurin dan Jasmine.




Kisah - kisah rumahtangga begitu banyak dikupas dan dihidangkan dengan bersahaja berserta dengan nas dari sunnah dan Al- Qur'an. Bila ustaz ini menceritakan tentang kisah penjagaan anak dan hak seorang isteri, lalu fikiran aku melayang sebentar. Aku teringat kepada beberapa foto yang aku terima, dimana aku rasakan tidak perlu mengulas tentang gambar foto tersebut.




Cukuplah kepada pengunjung sekalian untuk membuat tafsiran sendiri. Kerana, bukankah sekeping gambar itu menceritakan tentang pelbagai cerita.



# Aku terbayangkan diri aku sedang berada di dalam jet peribadi Sultan Brunei.

8 comments:

Sabiah said...

alhamdulillah...kesihatan abg long bertambah baik.semoga berterusan begitu .
saya masih xfaham apa kaitan gambar2 tu dgn isi ceramah yg abg long cakapkan.

Anonymous said...

Nasib manusia berbeza - beza tetapi semuanya telah ditentukan oleh-Nya . Bersyukur dan redha dgn apa yang telah ditentukan .

Qaseh Bidadari said...

mama pon ade dpt email pasal gambar tu..

tugas seorang isteri tetap dilaksana walopon ape darjat sekalipon...

Abang Long said...

sabiah, memang ada kaitannya. Isi ceramah menceritakan tentang kisah penjagaan anak dan hak isteri jika berpoligami.

Abang Long said...

ila, ya benar sekali. Kita wajib bersyukur dan redha.

Abang Long said...

mama ranggie, ada yang lebih hebat dari itu, sebenarnya belum pernah dirakamkan gambar seorang pembesar negara @ bakal sultan, mendukung anak dalam program rasmi kerajaan.

Sabiah said...

oh mcm tu.
sy biasa dengar jugak ttg poligami ni.kalau nk sebut pengalaman,mmg zero..tapi bg sy la kan,poligami tu xsalah.cuma yg menjadikannya rumit tu bila si suami atau isteri2nya xblh nak memainkan peranan yg sepatutnya bila menghadapi hal ni.
biasa la sbg insan,masing2 ada sifat pentingkan diri sendiri.
saya pun xterkecuali.

Noushy Syah said...

Biasa lihat wajah Raja itu disini...:)