Kisah 1 - TERHARU.
TERHARU. Itulah kata - kata yang mampu aku ucapkan diwaktu ini. Setelah mengetahui aku dimasukkan kedalam hospital tempohari. Begitu banyak panggilan telefon dan sms yang aku terima, juga mereka yang meninggalkan jejak di blog ini. Semuanya mendo'akan kesihatan dan kesejahteraan buat diri ini. Aku pasti, tidak akan mampu untuk membalas jasa kalian. Hanya satu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan hati ini, iaitu ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.
# Semoga Allah membalas kebaikan kalian semua.
Kisah 2 - PENING.
Aku bukannya pening kepala atau migrain. Tetapi aku pening memikirkan, apakah penyakit sebenar yang aku hadapi sekarang. Keputusan dari makmal telah menunjukkan yang aku hanya ada sedikit masalah pada bahagian buah pinggang, namun penyakit itu baru dikesan, dan tidak perlu dibimbangi, malah boleh diatasi dengan hanya mengambil ubat. Masalahnya, apa pula kaitan antara buah pinggang dengan sistem pernafasan ?
Aku dimasukkan ke hospital akibat rasa kurang selesa untuk bernafas, atau dalam erti kata lain, sakit dibahagian dada. Jadi, kerana keputusan itu, hanya ubat penenang diberikan oleh doktor. Ubat penenang diberikan dengan alasan, mungkin aku menghadapi tekanan atau stress, hingga jantung aku berdebar. Tetapi doktor mengesahkan bahawasanya jantung aku sihat dan tiada masalah. Malah dalam bergurau, sewaktu menunjukkan keputusan makmal itu, menyatakan bahawa aku juga tidak menghidap penyakit AIDS, atau HIV positif.
# Terfikir untuk mendapatkan rawatan alternatif.
Kisah 3 - PENGORBANAN ISTERI.
Sepanjang aku berada di hospital dan 'ditidurkan' oleh pil penenang. Isteriku terpaksa mengambil alih kesemua urusan rumahtangga. Aku dapat melihat wajah isteri aku yang penat, letih, lesu dan kurang bermaya. Walaupun begitu, setiap kali datang menjenguk aku, dia tetap tersenyum.
Keluarga aku berasa gembira, bila aku dibenarkan keluar dari hospital. Aku cuma terfikir sesuatu, namun tidak ku ucapkan.
Secara tiba - tiba, sewaktu berada didalam kereta, dalam perjalanan pulang ke rumah, anakku yang sulung bertanya "abah tinggal di hospital, ummi jaga, kalau ummi masuk hospital macam mana ye?"
Aku hanya memandang wajah isteriku tanpa berkata apa - apa. Dan selepas itu baru aku bercakap "abah akan berdo'a supaya ummi tidak akan masuk hospital, kalau tidak... abah boleh pengsan"
# Wahai isteriku - PADA SYURGA DI WAJAHMU.
25 comments:
permata buat isteri...
patutlah lame menyepi...
semoga abg long semakin sihat..!
itulah pergorbanan keluarga buat kita.....semoga cepat sembuh
salam tuan rumah,
hari-hari saya jenguk, tuan rumah tak de. Tup-tup "terharu".
Harapan sekarang segalanya dah 100% baik, insyaAllah.
Harap semuanya OK. Jaga diri dan kesihatan ya.
Kalau nak datang melawat boleh tak? Salam untuk isterimu...
Semoga kesihatan abang long akan pulih sepenuhnya. Begitu juga buat famili abg long..
salam, selepas abg long telefon, mlm ini baru berkesempatan menjenguk blog , mmg terharu bila baca last n3, sbb semasa abg long telefon, saya tidak tahu pun abg long baru sahaja keluar dari hospital...semoga abg long cepat sembuh, InsyaAllah.
semoga cepat sembuh hendaknya...
Hope you're much better...your wife must be so lucky to have you ABg Long...mesti senyum sampai tinga bila dia baca entry nih..;)
skrg dah sihat betul ke abang long
alahai sedih nyer sy baca entry ni
isteri abglong sgt baik
moga cepat3 sembuh yer
that's what friends and family for.
to help us and pray for us.
;)
Alahai.....sejuk hati isteri bila dihargai suami. Hilang segala penat lelah. Makin tambah sayanggggg!
Semoga Abang Long cepat sembuh. Begitulah hidup, kadang-kadang kena uji, kadang-kadang kena kafarah. Tak gitu?
mama ranggie, Alhamdulillah, sudah semakin sembuh.
arsaili, setiap insan akan berkorban untuk yang dikasihi.
jahrera, Alhamdulillah, sudah semakin sembuh.
ainin naufal, dah ok sikit, cuma teringin nak makan kek muffin.
Wahai Kekanda Sri Diah, dipersilakan dengan segala hormatnya. Kedatangan Kekanda memang dinanti - nantikan, tetapi harap call dulu.
muzem, Alhamdulillah, sudah semakin sembuh.
nurazzah8, Syukur Alhamdulillah. Sekarang sudah bertambah baik.
sabiah, Alhamdulillah, sudah semakin sembuh.
sabiah, Alhamdulillah, sudah semakin sembuh.
noushy syah, pengorbanan seorang isteri memang tiada tolok bandingnya.
viruspadu, Alhamdulillah, sudah semakin sembuh.
sayda, begitulah hendaknya ...
mak aji, betul dan benar sekali apa yang dikatakan itu.
Post a Comment