Wednesday, May 20, 2009

MENYESAL DIDUNIA


Menangis dalam majlis ILMU.


Semalam, aku berkesempatan menghadiri sebuah majlis ilmu di sebuah pusat pengajian ilmu - ilmu asas dalam Islam. Mengikut kaedah syarak.


Dalam keuzuran dan rasa resah yang teramat sangat. Aku terpaksa menaiki tangga ke tingkat satu.


Begitu ramai umat Islam kini yang cintakan dan dahagakan ilmu yang sebenar mengikut ajaran Rasulullah hi sallallahu 'alaihiwassalam.


Syarahan yang disampaikan benar - benar menginsafkan. Terasa benar aku masih tidak cukup bekalan untuk dibawa ke alam akhirat.


Rasa gerun bila mengingati tentang pahala dan dosa.


Penceramah mengingatkan tentang kisah bagaimana seorang pelajar telah bertanya kepada seorang ulamak hebat iaitu Almarhum Ayatullah Muhammad Taqi Behjad. Dimana soalan itu berbunyi "tolong berikan aku amalan yang terbaik untuk aku amalkan didunia ini."


Dan soalan itu telah ditanya sebanyak 3 kali. Dengan wajah suci seorang ulamak besar. Ayatullah Muhammad Taqi Behjad menjawab dengan tegas - "JAGALAH SOLAT."


Hari ini, kedapatan begitu ramai umat Islam yang meremehkan urusan solat. Sedangkan Nabi Muhammad disaat - saat akhir sebelum menghembuskan nafasnya yang akhir juga menyebut dan menekankan tentang SOLAT.


Soalan pertama yang akan ditanya di alam akhirat kelak ialah SOLAT. Selepas itu barulah masuk bab - bab lain. Seandainya bab SOLAT kita tidak lepas, bagaimanakah agaknya kedudukan kita di alam akhirat.


Kelihatan begitu ramai yang tidak dapat menahan air mata dari mengalir. Bila penceramah mengingatkan tentang amalan kita sekarang. Kita sering meminta dari Allah. "Ya Allah, masukkanlah aku kedalam golongan orang yang akan dimasukkan kedalam syurgaMU."


Tetapi persoalan paling utama ialah. Adakah amalan kita menjurus kearah itu ? Sedangkan amalan paling utama dan paling asas iaitu SOLAT kita sanggup remehkan.


Ada 24 jam, dalam satu hari satu malam. Persoalan paling baik untuk kita tanya pada diri kita ialah.


Berapa jamkah, atau berapa minitkah, atau berapa SAAT kah kita rapatkan dan kita letakkan dahi kita mencecah bumi untuk sujud kepada Allah ?


Diandaikan kita sujud sebanyak 17 kali. (Mengikut kiraan rakaat solat yang wajib). Dan setiap sujud kita ambil masa selama 1 minit. Bermakna dalam tempoh 24 jam, kita hanya sujud kepada Allah selama 17 MINIT SAHAJA.


Aku hanya mampu menahan sebak.

Monday, May 18, 2009

Majlis Bersama LIZA ZAHIRA


Bersama Novelis Liza Zahira dan blogawan.


Dengan menunggang motor kapcai buruk. Aku menghala ke arah Shah Alam. Destinasi tujuan ialah ke SACC Mall, bersebelahan dengan Kompleks PKNS.


Aturcara majlis bermula pada jam 11.00 pagi. Alhamdulillah, aku sudah tiba pada pukul 10.39 pagi. Maklumlah, rasa teruja sangat hendak menghadiri majlis penyampaian hadiah dan bertemu dengan para blogawan.


Tetapi, aku bukanlah salah seorang pemenang.


Majlis berlangsung di sebuah restoran terkemuka di Shah Alam, iaitu Restoran Asiari.


Di majlis itu. Aku telah bertemu buat kali kedua dengan - Akimsensei. Mental mesti kuat. Itu adalah kata keramat dari beliau. Berkulit hitam manis dan berkaca mata.


Sudah lama bertegur sapa, akhirnya aku dapat juga bertemu dengan - IronLady (ops, MAAF), bukan IronLady tetapi KakLady. Bila aku lihat nama sebenar dan umur beliau. Memang benar seperti kata beberapa orang blogawan didalam blog masing - masing sebelum ini. KakLady atau aNIe kelihatan jauh lebih muda dari usianya yang sebenar. Seorang yang ceria. Dan aNIE juga membawa anak kecilnya sekali.


Puan Zarina, ini adalah antara penulis blog yang aku sayang. Bukan cinta, tapi sayang sebagai seorang sahabat. Beliau membawa bersama suami dan anak - anaknya. Aku rasa geram melihat anaknya yang paling kecil - Alisha. Aku geram dengan lasak dan keletahnya. Rasa hendak mendukung si kecil itu, tetapi keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan. Jadi aku hanya dapat memandang Alisha dengan perasaan sayang.


Terima kasih Ina, kerana membawa kek. Dan paling ISTIMEWA sebab, Ina memberikan coklat khas untuk aku. Buat pengetahuan Ina. Abang long memang HANTU COKLAT !!!!! Setakat ini, coklat paling sedap yang Abang long tahu ialah keluaran Patchi, keluaran negara Lebanon.


Komen jujur dari Abang long. Abang long yakin, Ina mampu dan boleh membuat kek dengan lebih sedap. Walaupun kek yang dibawa semalam kelihatan cair. Tetapi dari segi ramuan dan bahannya, rasa sudah sebati. Campuran kek dan coklat terasa kena. Wahai Ina. Abang long cadangkan supaya berguru dengan Chef Norzailina Nordin.


Aku juga bertemu dengan satu - satunya penulis blog yang bergelar Pokcik Mersik. Memang betul, dari apa yang aku tahu, tiada seorang pun penulis blog di dunia ini yang bertaraf Pokcik, melainkan Pocik Mersik.


Rasanya. Penulis blog perlu mengadakan pertemuan atau perjumpaan sekerap mungkin, supaya rasa sayang dan ukhuwah sesama saudara Islam terjalin mesra.


TERIMA KASIH. KHAS buat Novelis Liza Zahira, kerana sudi menjemput Abang long dan Kelab Peminat Novel ALAF 21. Dan TERIMA KASIH kepada semua, kerana sudi menghadiri majlis ini.

Thursday, May 14, 2009

DUA JENIS PEMBACA


Merangsang MINDA. Merangsang Syahwat.


Sudah lama aku perhatikan lambakan buku - buku, novel dan majalah yang ada di negara kita. Aku dapati ada dua kategori. Sebenarnya boleh dibahagikan kepada berpuluh kategori. Tetapi, aku sengaja membahagikan kepada hanya dua kategori.


Pertama, bahan bacaan yang boleh meranngsang MINDA. Dan kedua, bahan bacaan yang boleh meransang Syahwat.


Cuba perhatikan telatah atau perlakuan bakal pembeli kedua - dua jenis bacaan ini. Andainya si pembeli hendak membeli bahan bacaan yang meransang MINDA. Maka cuba perhatikan gaya, bahasa badan, lenggok kepala sewaktu membaca dan sebagainya. Dan dengan gaya seperti seorang yang 'terpelajar' maka si pembeli ini dengan bersopan meletakkan bahan bacaan yang hendak dibeli di atas meja kaunter dan seterusnya menghulurkan wang.


Dan ... cuba perhatikan pula kelibat dan keletah bakal pembeli bahan bacaan yang merangsang Nafsu dan Syahwat. Mereka akan memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu. Aku kerap memerhatikan kelakuan beberapa orang pelajar lelaki (berpakaian sekolah menengah tetapi hendak membeli novel picisan yang bertajuk 'Aku dahagakan sentuhan seorang lelaki,' mereka ini seperti 'kelemasan' dan kerimasan' ) sewaktu hendak membeli.


Pernah aku dengan bersahaja mempelawa dua orang pelajar lelaki untuk minum ABC di sebuah restoran. Setelah aku nyatakan hasrat beserta pujukan untuk mengenali lebih rapat dengan mereka.


Antara rumusan yang aku perolehi, kenapa mereka suka membeli bahan sedemikian ialah:


1 - Cerita yang merangsang nafsu.
2 - Terdapat gambar erotik. (Gambar wanita yang hanya menutup bahagian tertentu sahaja).
3 - Terdapat lakaran secara terperinci bahagian alat sulit.


Keputusan akhir. Bila aku tanya. Dan mereka menjawab secara jujur dan berani. "Kesudahannya, apa yang kamu akan buat, bila nafsu sudah menjalar kedalam tubuh kamu?"


Kedua - dua orang pelajar ini dengan tersenyum, menjawab "Nak buat apa lagi .... kami melancaplah ! Baru rasa lega !"


Aku hanya memandang mereka dengan terkebil - kebil. Maaf, fikiran aku sudah buntu untuk menyelesaikan persoalan ini. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa. Aku hanya mampu memberikan nasihat. Aku bukannya seorang Pakar Motivasi apatah lagi Pakar Biologi.


Yang penting ialah, kita sebagai ibu bapa mesti mengambil satu sikap yang jelas. Iaitu, kita wajib mendidik anak - anak supaya menyayangi dan mencintai bahan bacaan yang MERANGSANG MINDA.


Cukuplah. Cukuplah. Cukuplah dengan segala gejala soSIAL yang melanda negara ini !

Tuesday, May 12, 2009

AURA MINDA


AURA.


Diantara tempat yang aku rasa cukup selesa, tenang dan santai ialah bila berada didalam perpustakaan. Eh, sudah lama tidak kedengaran orang ramai menggunakan perkataan KUTUB KHANAH. Aku pun tidak tahu, sejak bila aku mula menggunakan perkataan perpustakaan bagi menggantikan perkataan kutub khanah.


Bila berada didalam perpustakaan ataupun bilik yang dipenuhi buku ataupun kawasan yang lapang dan dikelilingi buku. Aku merasakan bahawa, aku seperti seorang yang mempunyai darjat yang tinggi dan berilmu.


Bukan hendak membanggakan diri. Tetapi itulah hakikatnya. Aku merasakan terdapat satu perasaan halus, dimana aku seolah - olah seorang yang mempunyai banyak ilmu. Dimana, dengan membaca buku, aku dapat mengasingkan diri dari dunia luar yang hiruk pikuk. Dapat membuat keputusan dan dapat membuat perancangan dengan lebih baik.


Dan terdapat satu perasaan puas, bangga, seronok, tenang dan pelbagai perasaan yang positif bila aku berada dikawasan yang dilimpahi dengan buku. Walaupun hakikatnya, tidak semua buku yang ada didalam perpustakaan telah dibaca.


Baru - baru ini. Aku telah berkesempatan untuk pergi ke Pejabat ALAF 21 Sendirian Berhad. Pengeluar dan penerbit novel bermutu. Dimana aku mempunyai beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Aku memandang pada rak buku. Sekali lagi aku dapat merasakan ketenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata - kata. Walaupun hampir kesemua bahan bacaan yang terdapat di kedai itu telah kubaca. Namun, bila melihat susunan buku, novel dan lain - lain bahan bacaan. Hati aku merasa tenang, lega dan santai sekali.


Aku tidak pasti, adakah ini yang dinamakan sebgai AURA ?


Dan seandainya AURA ini suatu yang positif didalam minda dan tubuh seorang manusia. Maka, bagi aku, memang wajar dan merupakan satu keperluan bagi setiap kita untuk mengadakan sebuah perpustakaan tidak kira kecil atau besar didalam rumah.


Fikir - fikirkanlah.

Tuesday, May 05, 2009

PICIT LOCENG !

Picit loceng.


Aku sedang duduk bersantai dihadapan rumah saudara aku di Subang. Tiba - tiba lalu sebuah bas mini. Dan bas mini itu berhenti betul - betul dihadapan rumah saudara aku. Turunlah seorang pakcik tua dengan bertongkat.


Lantas aku bertanya kepada saudara aku yang sedang bersantai bersama aku. "Eh, Izan, bas mini lalu sini kah?" dan Izan mengagguk sambil menghirup kopi panas.


Sejurus kemudian, anak - anak aku yang teruja melihat bas mini itu. Terus datang menceritakan tentang bas mini itu. Maklumlah, aku rasa selama ini, anak - anak aku tidak pernah menaiki bas mini. Mereka hanya tahu menaiki kereta, bas ekspress dan keretapi.


Lalu anak - anak aku memujuk aku untuk merasa pengalaman menaiki bas. Tapi sememangnya aku malas. Anak - anak aku terus memujuk, tiba - tiba saudara aku memberikan persetujuan untuk membawa anak - anak aku 'meronda' dengan menaiki bas mini. Apalagi, riuh rendah suasana riang ria kerana ada orang hendak belanja naik bas mini.


Tidak sampai beberapa minit sahaja. Semuanya sudah bersiap sedia untuk menaiki bas mini. Dan lebih kurang 10 minit menunggu, akhirnya tibalah bas mini itu dihadapan rumah. Aku dengar riuh rendah dalam bas mini itu. Maklumlah, semuanya ada seramai 11 orang kanak - kanak didalamnya.


Aku menjerit kepada saudara aku "jaga mereka baik - baik, jangan ada yang lari keluar dari bas!"


Aku hanya tersenyum memandang bas mini yang berlalu pergi. Biarlah anak - anak mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka. Aku sudah puas dan sudah 'serik' menaiki bas mini.

Saturday, May 02, 2009

Corat - coret Pesta Buku (5)


Beli sekali, Baca berkali - kali.


Sila pergi ke Pesta Buku. Dan kita akan mengetahui, hebatnya rakyat Malaysia. Dari luar bangunan PWTC sudah memberikan isyarat. Kenderaan bersesak - sesak. Lalulintas sememangnya terganggu. Begitu ramai manusia yang menuju ke PWTC.


Bila masuk sahaja kedalam bangunan PWTC. Tidak kira dari pintu mana sekalipun. Kita terpaksa menyertai 'lautan manusia.' Pergerakan manusia begitu perlahan. Tidak ada ruang yang kosong.


Seketika aku terfikir. Tidakkah kerajaan terfikir untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan dan keselesaan rakyat ?


Kenapa tidak dibina sebuah bangunan yang besar. Dimana segala macam projek ataupun pameran mahupun program besar seperti pesta buku ini dilakukan didalamnya. Biar rakyat merasa selesa untuk membeli dan melakukan pelbagai aktiviti.


Aku merasa kasihan dengan orang ramai yang terpaksa berhimpit - himpit dan bersesak - sesak sewaktu hendak membeli buku sewaktu pesta buku tempohari. Tidak ada langsung keselesaan kepada rakyat.


Orang ramai seperti tidak mahu melepaskan peluang yang datang sekali dalam setahun. Untuk mendapatkan buku, novel dan segala macam bahan bacaan yang dijual dengan harga diskaun yang begitu menarik.


Beberapa orang sahabat yang aku temui, dengan bangganya menyatakan bahawa mereka telah menghabiskan diantara RM50.00 hingga RM2,000. Semata - mata untuk membeli buku. Ini satu perkara yang baik.


Bila aku tanya "banyak betul memborong buku, bila hendak habis membaca?"


Dengan bersahaja sahabat aku menjawab "mungkin sampai tahun hadapan."


Kiraan mudahnya, kalau dia membaca satu buku sebulan, bermakna dia akan membaca 12 buku untuk setahun. Tetapi bagaimana kalau dia membeli 20 atau 30 atau 40 buah buku ?


Lalu aku terkenangkan sesuatu. Ya, ayahku pernah membelikan aku sebuah buku sewaktu aku masih kecil. Buku itu bertajuk - Tenggelamnya kapal Van der wijck, karangan HAMKA. Hingga kini, aku tidak tahu entah sudah berapa puluh kali aku membacanya. Hingga buku itu lusuh dan terkoyak lalu tertanggal dari kulitnya.


Sekarang, aku belum lagi mendapati sebuah buku atau hasil karya dari mana - mana novelis yang boleh menandingi HAMKA.


Sejujurnya, aku tidak pernah membaca sebuah novel lebih dari sekali, kecuali 2 buah novel. Iaitu - Tenggelamnya kapal Van der wijck dan Hikayat Merong Mahawangsa.


Tidakkah novelis yang ada pada hari ini merasa perlu melakukan sesuatu supaya hasil karya mereka sentiasa - EVERGREEN ?

Thursday, April 30, 2009

Corat - coret Pesta Buku (4)


"Kami pun penat beratur !"


Sewaktu pesta buku tempohari. Ada satu kejadian yang agak mengaibkan telah berlaku dihadapan mata aku sendiri.


# Foto disebelah ialah pertunjukan oleh kanak - kanak sewaktu PBAKL 2009.


Dimana, sewaktu aku berbaris untuk membayar di salah sebuah kaunter pembayaran. Lalu seorang wanita mengandung sambil memegang buku - buku yang hendak dibeli. Pada mulanya, si wanita ini seperti tidak keruan, maklumlah semua kaunter penuh sesak dengan orang ramai yang beratur panjang.


Tiba - tiba, salah seorang kerani kaunter menggamit tangan ke arah wanita ini. Mungkin keranai kaunter itu memahami perasaan wanita itu untuk membayar dan beratur panjang dan dalam keadaan kepayahan.


Tiba - tiba seorang gadis dengan bersahaja telah berkata "Hoi ... kami pun letih juga beratur!"


Si wanita itu agak tergamam, lalu berhenti dari bergerak. Mungkin disebabkan perasaan bersalah. Namun, Alhamdulillah, sikap spontan orang ramai yang turut beratur telah berkata "Tak apa, biarkan dia .... awak pergi bayar dulu."


Usai membayar, si wanita itu dengan senyuman dibibir mengucapkan terima kasih.


Aku perhatikan, ramai yang memerhatikan gelagat si gadis yang mengucapkan kata - kata kurang sopan itu. Namun, tidak lama kemudian, mungkin terasa malu yang amat sangat dengan perbuatannya itu. Si gadis itu terus sahaja keluar dari barisan dan berlalu pergi dari situ.


Bagi aku, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Kita perlu memahami perasaan dan tanggungjawab dalam masyarakat. Berilah keutamaan kepada anak kecil, wanita mengandung, OKU dan mereka yang terdesak dan sakit.

Wednesday, April 29, 2009

Corat - coret Pesta Buku (3)


Kak Sharah. Buku Prima.


Setiap kali bertemu. Pasti ada sahaja yang kami akan bualkan. Kami akan bercerita mengenai novel, tanpa sebarang tapisan. Kami akan bincangkan mengenai pelbagai topik. Tetapi yang paling aku suka dengan insan yang seorang ini adalah, sikapnya yang begitu terbuka. Sedia menerima kritikan. Malah tidak keterlaluan, aku merasakan bahawa aku dan Kak Sharah adalah umpama - adik dan kakak.


Beliau adalah pembaca novel, peminat novel, penerbit novel dan pengurus besar BUKU PRIMA. Walaupun baru dua tahun berada di persada perbukuan. Namun, beliau adalah wanita yang cekal mengharungi badai. Mampu membawa novel terbitan Buku Prima setanding dengan ALAF 21, Creative Ent, KarnaDya dan lain - lain penerbit.


Antara yang membanggakan ialah Kak Sharah mampu bercerita tentang setiap novel yang dicetak dan diterbitkan oleh Buku Prima.


Setiap pengunjung pasti akan teruja dengan sikap ramah mesra Kak Sharah. Beliau bukan sekadar mempromosikan buku atau novel terbitan Buku Prima, malah mampu bercerita tentang kelebihan setiap novel.


Wajahnya kelihatan penuh ceria dan penuh keyakinan untuk memajukan syarikat Buku Prima, yang merupakan salah satu daripada anak syarikat Karangkraf Sendirian Berhad.


Apa yang pasti. Aku yakin Kak Sharah mampu membawa Buku PRIMA melangkah lebih jauh ke arah kecemerlangan.

Tuesday, April 28, 2009

Corat - coret Pesta Buku (2)


PENGHORMATAN.


Dikesempatan ini. Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga buat - Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid. Atas anugerah sebagai rakan sekutu didalam kelab.


Aku agak tergamam, apabila diberikan kad tanda nama dan sekeping lencana pengenalan kelab tersebut.


Ini merupakan penghormatan buat diriku selaku Presiden Kelab Peminat Novel ALAF 21.


Dikesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih atas sambuatan yang diberikan oleh RAM FAN CLUB. Dan pada pesta buku kali ini juga, telah mempertemukan aku dengan Presiden Kelab RAM iaitu Saudara Suhaimi, yang lebih dikenali sebagai - Mielong. Aku memohon maaf kepada Saudara Mielong, kerana tidak dapat meluangkan masa untuk berinteraksi pada Pesta Buku ini.


Juga setelah hampir setahun tidak bersua dengan seorang insan yang banyak membantu ALAF 21 FC, dimana beliau adalah penggerak utama program PasiNo. Seorang insan yang banyak memberikan motivasi kepada aku, walaupun usianya jauh lebih muda dari aku, beliau ialah Saudara Zaifulizan atau lebih dikenali sebagai AttoKz dikalangan - Geng Jurnal.


Aku pasti tersenyum setiap kali bertemu dengan gadis berhati waja didalam Kelab RAM ini. Kerana bagi diri aku, beliau adalah diantara pencetus kepada tertubuhnya Kelab RAM. Dan jangan terkejut andainya aku begitu mesra dengan si gadis ini. Beliau lebih dikenali sebagai - Elle 'Darling.' Dan jangan ada sesiapa yang mahu membuat gossip. Kerana aku lebih selesa memanggil beliau dengan panggilan - Darling.


Sekali lagi aku terkedu dengan pelawaan Darling. Dimana beliau dan geng Kelab RAM telah mempelawa aku untuk minum dan bersantai di sebuah restoran terkenal. Namun, seperti yang telah aku maklumkan kepada mereka, aku tidak mempunyai banyak pilihan untuk menjamu selera. Atas faktor kesihatan.


Aku sempat beramah mesra dengan mereka. Dan bayangkan aku dikelilingi oleh jelitawan Kelab RAM. Hanya aku dan anak bujang Ramlee Awang Murshid sahaja lelaki.


Namun, dikesempatan ini, aku memohon maaf. Kerana aku tidak dapat mengingati nama - nama jelitawan - jelitawan itu. Apa pun, aku ucapkan terima kasih kerana sudi berbual mesra dan berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara.


Akhir kalam. Aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Saudara Ramlee Awang Murshid yang sentiasa bertanya khabar keadaan diri aku. Juga kepada Kelab RAM yang sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan ukhuwah dengan Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC.

Monday, April 27, 2009

Corat - coret Pesta Buku (1)

HATRIK !!!



# Foto disebelah: Antara ahli - Kelab Peminat Novel ALAF 21.


InsyaAllah, atas permintaan dari rakan blogawan yang aku temui di pesta buku. Aku akan melakukan 'hatrik' dengan menulis sebanyak mungkin cerita dan gambaran apa yang berlaku sepanjang pesta buku berlangsung.


Aku dapati, ada dua soalan yang paling utama yang diberikan oleh rakan, sahabat dan blogawan yang aku temui. Soalan pertama berbunyi "Abang long sudah sihat?" dan soalan kedua berbunyi "Kenapa Abang long tidak menulis novel?"


Soalan pertama, aku boleh jawab "Alhamdulillah, Abang long sudah beransur pulih."


Tetapi untuk jawapan kedua, yang pasti aku lebih banyak tersenyum.


Kenapa 'hatrik?'


Sebab, dalam sejarah aku menulis didalam blog, aku tidak pernah menulis entri setiap hari. Tetapi, kali ini aku akan lakukannya. Dan membawa tajuk yang sama iaitu - 'Corat - coret Pesta Buku.'


Selamat membaca.

Tuesday, April 21, 2009

MARILAH BERPESTA !!!

PESTA ILMU - SATU TAHUN SATU KALI SAHAJA.




Kepada anda semua. Sambutlah HARI RAYA ILMU. Yang diadakan satu kali dalam satu tahun. Jangan lepaskan peluang ini.


Bukan mudah untuk mendapatkan bahan bacaan yang pelbagai dalam satu bangunan, didalam satu kawasan, dan seluruh penerbit yang menyertai pesta ini, bermurah hati memberikan pelbagai diskaun dan harga menarik untuk setiap produk buku yang dijual.


Kini, anda bukan sahaja berpeluang membeli buku dengan harga menarik, malahan ada penerbit yang memberikan 'harga runtuh' bagi hasil terbitan mereka.


Bukan setakat membeli buku. Pesta ini juga menjadi satu acara terbesar untuk para blogawan untuk bertemu buat pertama kali, kedua kali dan berkali - kali.


Disebelah kiri blog ini (left side bar). Abang long sengaja meletakkan beberapa buah buku yang harus dimiliki oleh peminat buku @ pencinta ilmu. Buku - buku tersebut mendapat reaksi dan maklumbalas yang baik dan hangat dari peminat buku.


"Menuntut ilmu adalah wajib bagi lelaki dan perempuan."

Sunday, April 19, 2009

Kasih yang berkekalan.


Seredup wajah kasih.


Dalam beberapa minggu ini. Aku kerap berulang - alik ke kampong halaman aku di Taiping. Penat memang penat. Letih tidak tertanggung.


Ayah ku semakin uzur dan kesihatannya semakin merosot. Namun setiap kali pulang ke kampong, tidak banyak yang aku dapat bantu. Selain dari berbual dan memberikan sentuhan kasih sayang dari seorang anak kepada seorang ayah.


Bila aku pegang tangannya dan kupimpin untuk ke dapur atau ke bilik air. Air mata aku memang tidak dapat ditahan dari mengalir.


Tangan itulah yang menyentuh dan membelai aku diwaktu kecil. Tangan itulah yang memegang aku sewaktu bertatih. Tangan itulah yang banyak mendidik aku. Dan kini tangan ayah sudah semakin tidak bermaya. Hanya tinggal kulit dan tulang seorang tua.


Ingatan ayah juga semakin merosot. Ayah menjadi seorang yang pelupa. Hinggakan ayah terlupa beberapa perkara penting dalam hidupnya.


Ibu bercerita tentang perihal ayah yang menunggu kakak dan abangnya di muka pintu di tengah malam. Sedangkan kakak dan abangnya telah lama meninggal dunia.


Ibu aku juga uzur. Jika ayah menghidap penyakit paru - paru kronik. Ibu pula berhadapan dengan masalah penyakit Gout, dan kandungan asid dalam darahnya agak membimbangkan. Akibat penyakitnya itu, ibu menghadapi masalah untuk berjalan atau bergerak kemana - mana.


Hati siapa yang tidak bimbang ?


Sudahlah keadaan aku yang ... (Maaf, aku tidak mahu lagi menceritakan tentang nasib diri aku).


Setiap kali pulang ke rumah orang tua aku. Aku hanya mampu berdoa dan berdoa dan terus berdoa. Ada ketikanya aku merasakan bahawa aku sudah tiada iman lagi.


Beberapa hari lepas, sewaktu pulang ke kampong. Adik aku mengajak aku untuk mandi di air terjun Taiping. Aku tidak melepaskan peluang itu.


Tiba sahaja di air terjun. Aku terus sahaja masuk kedalam air dan berendam. Fikiran aku menjadi tenang sedikit.


Inilah enti bersejarah. Kerana inilah entri yang aku masukkan diwaktu petang dalam keadaan terlalu letih. Inilah entri buat kali pertama aku memasukkan wajah aku yang sebenar walaupun dalam sudut yang berbeza. Inilah entri yang buat kali pertama aku masukkan keadaan ayah ku yang uzur.

Thursday, April 09, 2009

KISAH SEKS (3)

Bukit Gantang - Bukit Selambau - Batang Ai.


Maaf. Entri kali ini tidak ada kaitan dengan nama tempat diatas. Tapi nama yang tertera itu memang ada kaitan. Baca dengan maksud berlapis - lapis. Ini bukan entri lucah. Tapi sejujurnya, setiap individu dari jenis LELAKI pasti akan merasa ghairah dan boleh menaikkan nafsu syahwat. Kalau ada lelaki yang berkata "aku tidak merasa apa - apa". Bererti, lelaki itu memang - A.B.N.O.R.M.A.L !




Itulah wajah - wajah dan batang tubuh gadis yang menyertai program realiti TV - "Malaysian Dream Girl".




Dan ini pula adalah wajah gadis - gadis MELAYU. Yang turut sama menyertai program tersebut. Diantara sessi yang akan dijalankan oleh program ini ialah, sessi memakai - baju dalam dan seluar dalam SAHAJA.


Aku tidak pasti corak program ini. Adakah ianya akan menggunakan sistem pesanan ringkas SMS. Bak kata seorang sahabat yang berkata dengan jujur dan lurus "Dua Bukit sudah menyebabkan gangguan pada Batang Ai."


Aku bukan hendak mempromosi rancangan ini. Tetapi kalau ada yang hendak menyiasat lebih lanjut, sila klik disini.


Tapi aku rasa. Ada juga orang Melayu yang akan bersetuju dengan program ini.


Bak kata seorang pakcik "nak buat macam mana, ini kan akhir zaman, sudah moden ....hehehehe" Pak cik itu menjawab dengan galak sekali.


Lalu aku menjawab dengan bersahaja "Katakan pakcik sedang menonton rancangan itu dengan khusyuk sekali, tiba - tiba malaikat MAUT datang dan mencabut nyawa pakcik."


Si tua pakcik keparat itu terus terdiam.

Friday, April 03, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (12)


Cendol Taiping.

1 - "Pulut taruk kasi lebih."
2 - "Taruk kacang sikit lebih."
3 - "Gula merah lebih sikit."


Itulah ungkapan yang sudah sinonim buat mamak cendol di Taiping. Dan yang menariknya si mamak tidak pernah membantah, malah dengan gelengan kepala dan sedikit senyuman, si mamak hanya menjawab "bole, bole..."


Jangan takut. Harganya tetap sama.


Lokasi mamamk penjual cendol ialah seperti dibawah:


1 - Sebelah Restoran Bismillah (bertentangan dengan Jam Besar, Pasar Besar Taiping).
# Jam Besar Taiping, akan membunyikan siren bila tiba waktu berbuka dibulan Ramadhan. Dan bunyi siren itu akan kedengaran sejauh 5 km.
# Aku telah mula makan cendol disini sejak tahun 1978.


2 - Berhampiran Sekolah Menengah St. George Taiping.
# Jangan bimbang kerana kawasan parkir begitu banyak dan luas. Dan menariknya, anda boleh menikmati cendol dengan laksa. Dijual oleh seorang kakak. Dimana dia menjual dari atas motornya.


3 - Selang beberapa gerai ada sebuah lagi gerai mamak memjual cendol. Di gerai ini, anda boleh menikmati cendol dengan pasembor.
# Jadi kepada 'penggila' cendol. Jangan bimbang banyak gerai mamak cendol di Taiping. Tidak perlu berebut - rebut.


4 - Dihadapan Stesen Keretapi Taiping.
# Anda boleh menikmati cendol dan dalam masa yang sama menikmati kecantikan senibina Stesen Keretapi yang tertua di Malaysia.


5 - Sebelah bangunan MARA.


6 - Dibawah bangunan Supermarket Larut Matang.


7 - Berhampiran bangunan Pawagam Cathay. Jalan Tupai.


Tetapi yang paling sedap ialah disebelah Restoran Bismillah.


Ini adalah tips buat anda yang mahu membawa pulang cendol kerumah. Kalau rumah anda dekat dengan bandar Taiping. Contohnya: Beli sebungkus besar cendol. Dan pesan kepada mamak itu "jangan taruk ais, gula kasi lebih."


Dalam perjalanan pulang kerumah. Belilah ais (air batu) dimana - mana gerai. Dan campurkan ais dengan cendol yang telah dibeli. Maka hasilnya, cendol anda akan menjadi banyak. Tetapi harganya tetap sama. Seperkara lagi, bila anda membeli cendol tanpa ais, maka dalam perjalanan pulang kerumah, tiada ais yang akan cair. Maka rasanya tetap sedap.


Kepada penyokong Barisan Nasional dan PAKATAN RAKYAT yang sedang berkempen di Parlimen Bukit Gantang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cuba bayangkan, sewaktu anda sedang penat yang keterlaluan, hampir hilang tenaga, terlalu lapar dan terlalu dahaga. Tiba - tiba dihadapan anda:


Terhindang - Semangkuk CENDOL. Sepinggan LAKSA. Sepiring PASEMBOR.


Boleh MELELEH AYAQ LIOQ !

Wednesday, April 01, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (12)


Tak tahan dengan kuahnya !!!


MEE REBUS TAIPING. Pertama kali aku makan mee rebus ialah pada awal tahun 80'an. Dimana harga pada waktu itu ialah RM1.00 SAHAJA.


Waktu itu ialah hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Tetapi aku tidak ingat Agung yang mana satu. Waktu itu, pelajar sekolah diberikan tiket percuma untuk menonton wayang.


Jadi, aku diberikan wang sebanyak RM2.00. Dan aku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Dari sekolah, kami berarak beramai - ramai ke Panggung Cathay.


Tentang cerita ke panggung, aku akan kisahkan dilain episod.


Usai menonton wayang. Kami beramai - ramai menghala ke gerai makan dibawah Supermarket Larut & Matang. Kami menjamu selera. Itulah kali pertama aku makan bersama rakan - rakan diluar. Terasa seronok sangat. Dan pada hari itu, semua gerai di bawah Supermarket itu dipenuhi dengan pelajar sekolah.


Dan disitulah, buat kali pertama aku terlihat wajah seorang gadis yang sungguh ayu. Si gadis itu juga memakai baju sekolah. Jadi, sudah tentu aku tahu beliau dari sekolah mana. Bila aku pandang kali kedua, tiba - tiba sahaja mata kami bertentang antara satu sama lain. Tidak berkelip. Maaf, kisah ini juga akan disiarkan dilain episod. Si gadis tiba - tiba sahaja menjadi tidak keruan...


Kepada sesiapa sahaja yang akan pergi ke Taiping. Khususnya yang akan pergi berkempen. Maka silalah pergi ke mana - mana gerai yang menjual mee rebus. Dijamin sedap, murah, berpatutan. Tapi ingat, jangan bungkus untuk dibawa pulang. Kerana dijamin, mee rebus itu akan rosak.


Yang paling sedap mee rebus di Taiping ialah pada KUAHnya. Aku kalau menghadap mee rebus, dijamin aku akan terlupa untuk menjaga anak - anak. Dan untuk 'matching' dengan mee rebus ialah dengan mengambil minuman air kelapa. Memang kena 'gu'.


Seingat aku. Paling hebat aku pernah makan mee rebus ialah sebanyak dua pinggan. Dan aku bawa pulang sebungkus. Sampai dirumah, aku makan mee rebus itu sekali lagi. Weiii ... malulah nak pesan sampai tiga pinggan, nanti orang kata nak makan ke nak mentedarah !?


OK. Jangan lupa untuk 'pekena' mee rebus Taiping. Kalau ada yang kata tak sedap, boleh tuntut balik wang itu dari penjual mee rebus. Katakan Abang long yang 'rekomen'.

Tuesday, March 31, 2009

SOLAT & PILIHANRAYA


Aneh tapi Benar.


Adik aku melaporkan sesuatu yang aneh tapi benar. Kejadian berlaku dikampong aku di Taiping.


1 - Solat Subuh di Masjid Taiping melimpah ruah. Hingga terpaksa diadakan sebanyak tiga kali.


2 - Penyokong PAKATAN RAKYAT menguasai Bandar Taiping. Dimana - mana dan disetiap jalan, lorong dan ceruk. Kelihatan penyokong dan bendera PAS, DAP dan KeADILan.


3 - AIR TIADA ! Ini suatu perkara yang ganjil dan aneh. Sepanjang hidup aku di Taiping. Bandar itu tidak pernah terputus bekalan air. Malahan, paling teruk pun, air akan mengalir perlahan.


4 - Laungan TAKBIR bergema dan bersiponggang disegenap Bandar Taiping !


5 - Orang Melayu memegang bendera ROKET. Perempuan China tua mengibarkan bendera PAS. Hakikatnya, politik perkauman sudah tiba dipenghujungnya.


6 - Taukeh kedai memberikan air mineral secara percuma, untuk orang Islam berwuduk. Kerana masjid terputus bekalan air.


7 - Penyokong BARISAN NASIONAL menguasai seluruh hotel di Bandar Taiping. Hingga tidak ada satupun bilik yang berbaki.


8 - Pelbagai gelagat yang menyakitkan hati dilakukan oleh penyokong parti politk yang terlibat.


9 - Ibu saudara aku yang tinggal di kampong terpencil di daerah Matang, berkata dengan ceria "depan rumah aku dah ada jalan tar."


10- Kepada seluruh pengundi di Parlimen Bukit Gantang. Undilah dengan bijak sana, pilihlah - PEMIMPIN YANG BOLEH MENJADI IMAM dalam solat. InsyaAllah, selamat dunia dan akhirat.

Sunday, March 29, 2009

KESEDARAN SELAMA 1 JAM


Anak aku bertanya "siapa punya idea ni?"


Aku dan isteri aku turut terdiam.


Yang pasti, kami baru tersedar, kami juga menjadi seperti "pak turut", yang mengikuti sesuatu tanpa mendapat bekalan ilmu yang mencukupi.


Lantas aku berjanji kepada keluarga, yang aku akan mendapatkan maklumat tentang itu dan akan memaklumkan kepada mereka dalam kadar segera.


Yang menggelikan hati. Bila semua ahli keluarga menghadap lilin yang dibakar cuma sebatang. Dan kami terus berbual pelbagai perkara, dari cerita lawak jenaka membawa kepada kisah seram.


Dalam tempoh satu jam itu. Benar - benar terasa suasana akrab sebuah keluarga bahagia.


Terasa begitu harmoni.


Semuanya berkumpul dan duduk berdekatan antara satu sama lain. Si kecil juga tidak lincah dan nakal seperti selalu, malah sepanjang sessi 'bergelap' itu, si kecil hanya duduk diatas pangkuan ibunya sahaja.


Udara sekeliling tidak begitu panas, kerana aku membuka tingkap yang berjaring halus. Terasa angin bayu nan lembut menyapa tubuh kami.


Namun bila kulihat diluar. Rasanya, kami sahaja yang mengikuti kempen "60 minit" ini. Sebabnya, kelihatan rumah jiran semuanya terang - benderang. Malahan, lampu jalanraya juga menyala.


Bagi aku, sewajarnya kempen ini diteruskan dan dijadikan agenda negara.


Cuma terfikir dibenak fikiran aku ialah. Kenapakah umat Islam tidak memberikan satu idea mudah dan praktikal yang boleh dibanggakan oleh penduduk bumi.


Selesai sessi BERGELAP itu. Lalu lampu dipasang, alat penghawa dingin dipasang, televisyen dipasang. Dan anak - anak bergembira. Lalu masing - masing menghadap televisyen semula.


HILANG sudah nilai - nilai 'kesatuan' dalam keluarga. Masing - masing diam merenung kaca televisyen. Tidak ada lagi perbualan.


Terasa benar nikmat mempunyai bekalan elektrik. Tiba - tiba aku tersedar tentang sesuatu. Andainya sewaktu 'bergelap' itu dijadikan perlambangan kepada 'kegelapan di alam barzah'.


Fikir - fikirlah.

Friday, March 27, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (11)

POPIAH LARUT MATANG.


Usia aku sudah melewati 40 tahun. Dari tanah kelahiran aku di Pulau Singapura hinggalah aku menjejakkan kaki dibahagian utara Malaysia. Segenap tempat yang ada menjual popiah, maka aku akan cuba merasa.


# Gambar disebelah, tidak menepati ciri -ciri POPIAH TAIPING.


Terus - terang. Kalau anda penggemar popiah. Maka pada kali ini aku memang hendak mencabar tekak kalian.


Cuma ada dua tempat sahaja yang menjual popiah yang paling sedap di Malaysia. Bukan aku sahaja yang rasa sedap, tapi orang ramai, hatta pelancong luar negara pun mengakui kesedapannya.


Satu di Pulau Pinang, sebuah gerai (stall) berhampiran dengan Masjid Jelutong. Dan sebuah lagi dibahagian bawah Supermarket Larut & Matang, Taiping.


Setiap kali aku pulang, aku pasti akan membeli paling kurang RM2. Tetapi sekarang, apabila keadaan kesihatan aku yang kurang mengizinkan maka popiah sudah menjadi 'memori duka' buat aku. Kerana salah satu ramuannya ialah berisi sengkuang.


Popiah yang dijual di Taiping. Memang sedap, menyelerakan. Kalau tidak percaya, cuba lihat, sewaktu orang memakan popiah Taiping, sewaktu mereka mengunyah popiah, mata mereka akan terpejam menandakan betapa sedap dan nikmatnya makanan itu.


Kedai menjual popiah dibawah Supermarket Larut Matang sebenarnya ada dua buah. Dan kedua - duanya memang sedap, jadi tidak perlu berebut untuk membelinya. Yang menaikkan selera, bila popiah sudah siap digulung, maka sedikit sambal akan disapu diatas popiah, dan selepas itu sedikit kacang halus akan ditabur.


Memang boleh kecuq ayaq liuq !


Entri tentang popiah dan pelbagai makanan yang sedap dan menyelerakan didaerah Taiping, akan disiarkan terus menerus. Untuk memberikan maklumat tambahan kepada mereka yang bercadang untuk pergi ke Taiping bersempena dengan hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang.


Dimana, proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Samada anda penyokong BN mahupun penyokong PAKATAN RAKYAT. Bab makan, politik ditolak ketepi.

Wednesday, March 25, 2009

KISAH SEKS (2)

Pantun lama pembuka TIRAI.


Sorong-Papan-Tarik-Papan,
Buah-Keranji-Diatas-Peti,
Suruh-Makan-Aku-Makan,
Suruh-Mengaji-Aku-Tak Reti.


Baca pantun diatas perkataan demi perkataan. Sejak dari kecil, aku yang tidak mahir berpantun telah bertanya kepada arwah datuk aku. Apa kaitan antara - sorong papan, tarik papan dengan tidak tahu mengaji atau membaca Al Quran. Sayangnya datuk aku hanya tersenyum.


Memang satu yang merugikan andainya kita tergolong didalam golongan manusia yang tidak tahu mengaji atau membaca Al Quran. Terlalu banyak ilmu yang terkandung didalamnya.


Maaf, sewaktu entri ini dimasukkan, dengan tajuk Kisah SEKS. Tidak sampai 30 minit. Seorang sahabat mengirimkan sms. "Abg long nak cerita SEX ... SEX TERLAMPAU ker."


Maaf, kalau hendak mencari kisah seks terlampau, tolong cari diruangan lain. Entri di Blog Abang long hanyalah entri untuk mengkisahkan sesuatu yang membawa kepada PENYERAHAN DIRI secara total kepada Allah. Walaupun tajuknya agak memberangsangkan.


LELAKI bila bercerita tentang seks. Memang juara. Tidak ada lelaki yang mahu menceritakan tentang kelemahan mereka dalam perkara seks. Hatta, yang mati pucuk pun tidak akan sekali - kali mengakuinya.


Kisah bermula pada sepasang suami isteri. Dimana mereka sering berjauhan. Si isteri sering ditinggalkan oleh suami. Suami merupakan pendakwah bebas. Sering berceramah dikota dan luar daerah. Dan ada ketikanya menerima jemputan untuk berceramah ke luar negara.


Si isteri sering kesunyian...


Satu hari si suami pulang kerumah dengan keletihan. Tiba - tiba sahaja si suami mengetuk pintu dan memberikan salam. Si isteri agak terkejut dengan kepulangan suami. Maklumlah, tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Dalam perkara ini, aku ingin memberikan sedikit teguran. Dimana, ada suami yang tidak mengambil berat dalam perkara ini. Mereka kurang berinteraksi, malahan ada suami yang membawa rakan ke rumah tanpa dimaklumkan kepada isteri terlebih dahulu. Sedikit sebanyak isteri akan bergelut dengan keadaan rumah dan tanpa sebarang persiapan.


Jadi, dalam cerita ini, isteri itu sudah tentu tidak dapat mempersiapkan dirinya sebaik mungkin bagi menyambut kepulangan suami tersayang.


Setelah menyambut suami. Si isteri terus sahaja ke dapur menyediakan minuman buat suami tersayang. Minuman dihidangkan dengan penuh sopan dan raut wajah yang manis dari seorang isteri. Suami yang sememangnya 'dahaga' terus sahaja menikmati air Teh Misai Kucing. Terasa benar kelegaan diwajah suami.


Si isteri yang sudah lama tidak merasai sentuhan kasih sayang dari suami. Begitu kepingin menikmatinya. Namun apakan daya. Si suami begitu sibuk menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar yang akan datang. Si isteri tidak mahu mengganggu kerja suami.


Si isteri hanya mampu melihat suami dengan pandangan yang begitu mengharapkan. Namun si suami seolah - olah tidak perasan.


Sebagai seorang yang terdidik dengan ilmu agama yang sempurna. Si isteri tetap bersabar. Lalu membuka Al Quran dan membaca dengan khusyuk. Si suami mendengar alunan bacaan Al Quran dengan tenang dan mengasyikkan.


Hingga ke satu ayat, si isteri membaca dengan bacaan yang tidak tepat. Dan si suami menyedarinya, lalu menegur isterinya. Si isteri lalu mengulang pembacaannya. Namun tetap tersilap, sehinggalah 3 kali baru betul bacaan si isteri.


Tiba - tiba sahaja si suami tertanya - tanya, kenapa isterinya boleh melakukan kesilapan dalam bacaan Al Quran. Sedangkan selama ini kejadian seperti itu tidak pernah berlaku. Tiba - tiba terlintas difikiran suami. Ayat yang dibaca oleh isterinya itu. Dan, Allah Maha Berkuasa. Si suami telah tersedar dari kesilapannya.


"Ya Allah, sudah lama aku tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami, ampunkan aku Ya Allah."


Rupa - rupanya ayat yang dibacakan oleh isteri itu adalah seperti dibawah:



"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka kerjakan tempat bercucuk tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan lakukan (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu akan menemuiNYA. Dan berilah khabar gembira kepada orang - orang yang beriman."


Al Quran, Surah Al Baqarah, Ayat 223.



Dengan perlahan si suami menuju kearah isterinya. Lalu menutup lembaran Al Quran. Si isteri terpinga - pinga dengan tindakan suaminya. Setelah Al Quran diletakkan diatas meja. Si suami lalu mendekati isterinya. Lalu terus mencium dahi si isteri, dengan senyuman si suami terus mencium dahi dan turun kebahagian bawah kelopak telinga.


Apa daya lagi bagi seorang isteri yang setia dan taat kepada suami ...


Cuma dalam kisah ini, hujan tidak turun mencurah - curah.


Memang kerugian besar bagi mereka yang tidak tahu membaca Al Quran.



Bersambung ....

Tuesday, March 24, 2009

KISAH SEKS (1)

18 SX.


Aku pernah berkata kepada seorang blogawan. Aku akan memasukkan entri tentang - LELAKI GATAL.


Jangan terkejut. Tapi memang itu yang akan aku kisahkan. Tapi aku telah menetapkan beberapa kriteria sebelum aku bercerita.


1 - Bukan kisah lucah.
2 - Tidak ada gambar atau adegan erotik.
3 - Tidak membabitkan samada yang hidup mahupun yang sudah mati.


Ya. Memang aku akan kisahkan apa yang berlaku diatas ranjang. Aku akan kisahkan apa yang berlaku didalam bilik peribadi. Tapi bukan kisah sendiri. Cuma, pengalaman hasil perbualan dengan mereka yang telah berpengalaman !


Kalau ada perkataan melampau atau ayat yang terlampau. Aku terbuka untuk menerima teguran.


Rasa malu ? Rasanya semua orang mempunyai perasaan malu. Tetapi hakikatnya bila diceritakan secara 'indiret' semuanya senyum. Bukankah kita sebagai orang Melayu mempunyai tatabahasa dan kata - kata yang berlapik ?


Itu yang akan aku gunakan.


Dan kisah ini akan berterusan secara bersiri.


Ingat tentang satu perkara. SEKS bukanlah satu perkara taboo yang tidak boleh dikisahkan. Malah, ianya adalah IBADAH yang boleh menentukan kedudukan kita di akhirat kelak.


Masih ingat tentang kisah seorang wanita yang dikatakan oleh Rasulullah kepada anaknya Fatimah Az Zahra ? Bagaimana wanita ini adalah 'orang pertama' yang akan dimasukkan kedalam syurga ? Apakah amalannya ?


1 - Menunggu suami dihadapan pintu rumah dengan segelas air.
2 - Memegang rotan.
3 - Menyingkap sedikit pakaiannya supaya kelihatan ... untuk tatapan suami.


Bersambung ...

Sunday, March 22, 2009

MIKHAIL, MENITI MAUT, ZIKIR RINDU - Sedang panas !


Nikmati hasil karya terbaru - RAMLEE AWANG MURSHID


M I K H A I L - "Bukan sekadar nama"











ALAF 21 MEMPERSEMBAHKAN


MENITI MAUT


SEBUAH NOVEL AKSI


Hasil karya - EYMAN HYKAL



Nikmatilah hasil karya terbaru -


AZIZI HJ ABDULLAH.


ZIKIR RINDU







Bagi pembaca, peminat novel, dan pembeli hasil terbitan ALAF 21. Yang menetap dikawasan - Shah Alam, Klang, Pelabuhan Klang, Sri Andalas, Bandar Sultan Suleiman, bagi setiap pesanan dua (2) buah novel. Maka, penghantaran adalah PERCUMA. Sila emelkan pesanan anda ke - safmi_80@yahoo.com. TERIMA KASIH.

Wednesday, March 18, 2009

Malang Memang Tidak Berbau !

Serba salah, Alhamdulillah.


Aku menunggang motorsikal dengan bersahaja, maklumlah dalam kawasan kampong. Dari masjid aku menghala ke sebuah kedai untuk fotostat beberapa dokumen.


Sewaktu melalui satu selekoh, sebuah mtosikal yang ditunggang oleh seorang gadis telah memintas aku. Dan dalam sekelip mata sahaja, tiba - tiba aku melihat si gadis itu hilang kawalan dan terus terseret ditengah jalan, dan motorsikal yang ditunggang telah terbabas dan terus terjatuh kedalam longkang.


Si gadis yang tergolek itu, kelihatan senyap tidak bergerak. Aku terus memberhentikan motorsikal dibahu jalan dan terus berlari kearah gadis itu. Aku adalah orang pertama yang melihat kejadian itu.


Bila dekat, aku merasa serba - salah. Aku tiba - tiba sahaja seperti orang yang kebingungan. Aku seperti tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Walaupun aku mempunyai sijil CPR. Tetapi keadan si gadis itu yang membuatkan aku menjadi buntu.


Si gadis hanya berbaju t sendat, menampakkan bahagian pusat dan berseluar pendek. Berkulit putih gebu. Wajahnya memang cantik. Berambut perang.


Aku pandang sekeliling, orang ramai sudah berkerumun. Tanpa berlengah aku angkat si gadis lalu diletakkan kembali diatas bahu jalan. Supaya tidak mengganggu lalu lintas.


Sekali lagi aku merasa serba salah. Bayangkan bagaimana keadaan si gadis itu yang cedera, dengan pakaian yang seksi dan terbaring ditepi jalan. Memang AIB apabila auratnya terdedah. Dan dalam keadaan begitu, MAAF CAKAP - orang lelaki sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat !


Ya Allah. Aku terfikir untuk membuka serban yang aku pakai untuk menutup bahagian aurat si gadis yang boleh merangsang nafsu kaum lelaki. Tiba - tiba mata aku terpandang seorang kakak yang berada disitu. Dengan penuh hemah aku berbisik "kak, maaf ya, saya nak minta tolong sikit, kalau boleh akak pinjamkan jaket akak, sebab saya nak tutup kaki gadis tu' pintaku dengan sopan.


Dan Alhamdulillah si wanita itu memahami keadaan tersebut. Dibukanya jaket yang dipakainya dan ditutup bahagian kaki si gadis itu. Dan dalam masa beberepa minit kemudian, hasil usaha seorang pakcik yang berada disitu, si gadis telah sedar dari pengsan.


Dan tidak lama kemudian, ambulan yang dipanggil telah tiba. Sekali lagi aku serba salah. Ramai yang menyuruh aku pergi bersama si gadis itu. Namun, aku tidak membawa telefon bimbit.


Dan sebenarnya, hakikatnya ialah, aku memang FOBIA dengan AMBULAN. Kerana aku pernah dibawa dengan ambulan beberapa bulan yang lalu dan hampir mati didalam ambulan.


Alhamdulillah, sewaktu dalam saat cemas itu, tiba - tiba seorang gadis lain, menawarkan dirinya, kerana katanya gadis malang itu adalah jiranya.

Monday, March 16, 2009

Sunnah adalah terbaik.

"Naik atau turun, rupanya sama, tapi rasa tak serupa"


Anak aku bertanya, "antara tangga bergerak dan tangga statik, yang mana abah lebih suka guna?"


Aku menjawab "abah lagi suka naik tangga statik." "Kenapa?" Soal anak ku lagi.


"Kalau kita guna tangga statik, kita akan lebih sihat sebab badan kita bergerak, dan kalau kita nak cepat, kita boleh berlari."


Corak kehidupan sudah terlalu banyak berubah. Manusia sudah kurang menggunakan tenaga empat kerat. Yang menghairankan, semakin hari semakin bertambah sumber makanan kesihatan tambahan dan semakin banyak ubat yang dicipta, namun semakin banyak pula penyakit kronik yang muncul.


Dan yang lebih menyedihkan, andainya sesuatu penyakit itu tidak dapat dikesan langsung oleh perubatan moden yang menggunakan pelbagai teknologi tercanggih.


Yang lebih utama, bila kita merenung dengan sedalam - dalam dan sejauh - jauhnya. Didapati, jalan yang terbaik adalah dengan mengikuti SUNNAH NABI.



Membaca Basmallah sewaktu hendak makan.
Makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Mengunyah makanan sebanyak 44 kali, ini bermaksud makanan telah hancur dan lumat sebelum hadam. (Aku terfikir apa muslihat mengunyah sebanyak itu), rupanya menggalakkan supaya manusia makan dengan adab, sopan tertib, tidak gelojoh dan sebagainya)
Digalakkan menggunakan tiga jari sahaja. Ini membawa maksud kita tidak memasukkan makanan terlalu banyak kedalam mulut.
Makan dalam keadaan duduk bersila, dan lebih baik jika duduk mengikut sunnah. Rupanya, makan yang dibawa kedalam perut akan mengikut usus dengan sempurna.



Begitu banyak kelebihan apabila kita mengikut sunnah nabi. MasyaAllah.


Cuba kita lihat dan mengkaji sedalam - dalamnya, bagaimana Rasulullah menjalankan tatacara sewaktu berdagang. Terlalu banyak keuntungan yang diperolehi, malahan orang ramai dari pelbagai bangsa dan agama senang sekali untuk menjalankan urusniaga dengan Nabi Muhammad.


Kenapa kita tidak kembali kearah Sunnah sewaktu berekonomi. Sekurang - kurangnya kita berjaya keluar dari kemelut ekonomi yang sedang teruk melanda dunia.


Yang penting, aku hanya menyampaikan mesej. Tuan dan Puan adalah lebih arif dalam mentafsirkannya.

Sunday, March 15, 2009

Kerja SAMA.

"Apa yang penting, KERJASAMA ..."


Itulah antara ayat yang menjadi sebutan anak - anakku, yang sering mengikuti sebuah rancangan kartun yang popular di tv.


Terlalu luas, mendalam dan besar ertinya dalam sebuah masyarakat. Bermula dari dalam rumah, dalam sebuah keluarga, dalam sebuah masyarakat hinggalah sampai ke seluruh negara.


Tidak ada seorang manusia pun yang boleh berjaya dengan berusaha bersendirian. Melainkan setiap anggota masyarakat menghulurkan bantuan dan bekerjasama.


Sebagai seorang MUSLIM. Yang penting ialah NIAT kerana Allah.

Friday, March 13, 2009

Bicara Bisnes (19)

Jalan - Jalan Cari Duit.


Dalam seminggu ini, aku begitu sibuk berjalan - jalan untuk mencari duit. Tetapi anehnya, dua kali aku terjumpa duit, tetapi aku langsung tidak ambil.


Kali pertama sewaktu aku sedang bercakap dengan sebuah badan kerajaan melalui telefon awam, tiba - tiba sahaja sewaktu aku meletakkan tangan diatas kotak telefon, aku terasa sesuatu, dan bila aku ambil, rupa - rupanya duit syiling 50 sen sebanyak 3 keping. Namun, aku meletakkan kembali ke tempat asalnya.


Kali kedua, sewaktu aku meletakkan motor aku dihadapan pejabat Lembaga Zakat Selangor. Tiba - tiba sahaja mata aku terpandang segumpal kertas, diatas jalan. Bila aku ambil, rupa - rupanya sehelai wang kertas RM1.00. Aku pandang kiri dan kanan. Hati aku berasa tidak selesa. Dan aku letakkan kembali diatas jalan. Walaupun aku memang memerlukan wang yang amat mendesak, tapi hati aku berkata "bukan ini caranya."


Alahai ... tajuk diatas bukankah jalan - jalan cari duit, tapi bila sudah terjumpa, kenapa tidak ambil ?


Maaf, tujuan dan matlamat aku ialah untuk mencari peluang dan rezeki yang diusahakan sendiri. Sudah genap satu tahun aku berusaha dengan pelbagai cara. Namun, masih belum menemui kejayaan.


Setelah aku dihentam kiri, kanan, atas dan bawah. Dengan satu persoalan - KALAU SUDAH TIADA REZEKI DENGAN MAKAN GAJI, KENAPA ENGKAU TIDAK MEMULAKAN PERNIAGAAN KECIL?"


Sedih memang sedih. Orang hanya tahu mengkritik, tetapi yang melalui segala kegelapan ini cuma aku dan isteri sahaja. Alhamdulillah, atas nasihat dari seorang ustaz. Aku tidak menjawab, kerana lagi banyak aku menjawab, akan bertambah derita yang menimpa. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.


Atas bimbingan dari seorang sahabat yang berbangsa China. Beliau memberikan panduan satu demi satu, setapak demi setapak. Untuk aku bangkit semula. Setiap kali memberikan nasihat, setiap kali itulah dia menggenggam PENUMBUK ke arah aku. Tanda semangat yang kental !


Aku belajar banyak perkara, terlalu banyak pengalaman yang aku kutip. Sepanjang Jalan - Jalan Cari Duit.


Aku pergi pejabat Lembaga Zakat. Aku berbincang untuk mendapatkan pinjaman. MasyaAllah, begitu banyak prosedur yang perlu diikuti. Terlalu banyak borang yang perlu diisi. Dan begitu ramai orang atau VIP yang aku perlu temui - Ketua Kampong, Imam, ADUN, dan Pegawai Kerajaan yang lain.


Cuma satu soalan sahaja yang agak menghiris perasaan aku. "Dalam borang ini Encik mengisytiharkan diri sebagai fakir miskin, tetapi Encik ada kereta dan motor?"


Dalam kesabaran ditahap maksimum aku menjawab "kenderaan itu saya beli 'second hand' hampir 10 tahun yang lalu, sewaktu saya masih kaya." Aku menjawab sinis.


InsyaAllah, permohonan ini akan diproses dan menunggu tempoh antara 6 bulan ke satu tahun.


Aku diam. Tidak menjawab walau sepatah. Aku memberikan salam dan beredar dari situ dengan seribu kekesalan.


Aku pergi ke pejabat TEKUN. Diberikan penerangan begitu panjang lebar oleh pegawai yang bertugas. Aku diam sewaktu dimaklumkan yang aku perlu membuat kertas kerja yang lengkap. Dari sessi soal jawab yang berlangsung. Jelas kelihatan pegawai ini tidak berfikir diluar kotak pemikiran.


Aku bertanya "antara syarat pinjaman ialah, saya perlu membuktikan kejayaan atau proses perniagaan saya selama ini, bagaimana saya boleh membuktikannya, sedangkan saya belum memulakan sebarang perniagaan, dan kehadiran saya kesini ialah untuk membuat pinjaman bagi MEMULAKAN bisnes?"


Soalan kedua yang aku berikan ialah "Bagaimana saya boleh membuktikan arus aliran tunai didalam bank simpanan saya, seandainya dalam tempoh satu tahun ini saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan?"


Dan kedua - dua soalan itu langsung tidak dapat dijawab oleh pegawai itu, dan beliau hanya menyarankan supaya aku mengisi sahaja borang itu dan serahkan kembali bersama surat sokongan, sekurang - kurangnya dari Ketua Bahagian UMNO.


Yang pasti aku tidak akan berjumpa dengan ALONG. Walaupun ada yang memberikan jaminan untuk memberikan kemudahan itu kepada aku. Kerana aku telah berjaya membuktikan yang aku boleh dan berupaya untuk membuat pembayaran 'on time.'


Dan ALONG itu telah menjadi rakan karib. Namun biarkah setakat berkawan sahaja.


Ada beberapa tempat lagi yang aku telah pergi, dan aku akan ceritakan kemudian ... bersambung ...


SENYUMLAH WALAU GAGAL, KERANA JIKA TIDAK SENYUM ANDA TELAH GAGAL DUA KALI, KALI PERTAMA IALAH SEWAKTU ANDA GAGAL UNTUK TERSENYUM.

Saturday, March 07, 2009

NIKMAT SIHAT & SEGAR.

Huluran kosong.


Beberapa hari lepas. Setelah begitu lama aku tidak pergi berubat dimana - mana. Tiba - tiba sahaja seorang sahabat aku menyarankan supaya aku pergi ke sebuah pusat rawatan yang terkemuka.


Aku memberikan pelbagai dalih. Tetapi akhirnya, aku terpaksa juga mengikut 'arahan' dari sahabat aku. "Aku tahu apa masalah terbesar yang hang hadapi ... hang jangan bimbang, aku dah bank in kan sat tadi... yang penting hang pi berubat!" Tegas 'arahan' dari sahabat aku itu.


Lalu aku hanya mengikut sahaja arahan itu. Dan dalam masa yang sama, aku hanya berdoa, semoga aku dipertemukan dengan 'penawar' yang aku cari selama satu tahun ini.


Aku tiba dipusat rawatan itu seawal jam 7 pagi. Agak memeranjatkan, orang ramai telahpun berkumpul dihadapan pusat rawatan itu. Dan orang ramai dianggarkan seramai lebih dari 100 orang. Aku berkata kepada isteri aku "belum pernah abang tangok orang macam ini punya ramai nak pergi berubat."


Setelah mendapat nombor giliran yang agak kebelakang. Aku mengambil kesempatan untuk berbual dengan pesakit yang ada disitu. Maka dibawah adalah senarai maklumat yang aku perolehi:



Kes kronik 1 - LUMPUH sebahagian tubuh.

Seorang lelaki India berusia dalam lingkungan usia 60 tahun. Setelah menjalani rawatan di pusat itu selama 3 kali. Sekarang sudah mampu berjalan dengan tongkat.

Pesakit datang dari Puchong, Selangor.



Kes kronik 2 - BENGKAK LUTUT.

Seorang wanita China, berusia dalam lingkungan usia 45 tahun. Menderita sakit lutut dan tidak boleh berjalan selama 3 tahun. Usai menjalani pembedahan selama 10 minit. Terus boleh berjalan dan berdiri dihadapan kaunter untuk membuat pembayaran. Suaminya hanya mampu menggelengkan kepala seperti tidak mempercayai apa yang sedang berlaku.

Pesakit datang dari Seremban, Negeri Sembilan.



Kes kronik 3 - LELAH.

Seorang wanita Melayu dalam lingkungan usia 60 tahun. Datang untuk menjalani rawatan susulan. Kali kedua datang. Mampu ketawa. Kata makcik itu. Beliau menderita lelah hampir 10 tahun. Dan telah menjalani 'pembedahan' dipusat itu. Dan sekarang sudah mampu makan tanpa pantang.

Pesakit datang dari Bagan Datoh, Perak.



Kes kronik 4 - TIADA ANAK.

Sepasang suami isteri yang datang agak lewat. Datang ke pusat itu cuma untuk memberikan 'hadiah' kepada Dr. Setelah ditanya oleh jururawat. Pasangan itu baru sahaja mendapat anak. Setelah 7 tahun berkahwin dan tidak mendapat zuriat. Alhamdulillah. Betapa gembiranya wajah pasangan itu.

Pesakit datang dari Johor.



Kes kronik 5 - SAKIT JANTUNG.

Seorang lelaki China. Berusia dalam lingkungan usia 50 tahun. Sembuh dari penyakit jantung. Sudah mampu berjogging. Datang ke pusat itu untuk menjalani rawatan susulan kali ke ketiga.

Pesakit datang dari Singapura.



Kes kronik 6 - KOLESTEROL TAHAP BAHAYA.

Seorang wanita dalam lingkungan usia 40 tahun. Menghidap kolesterol ditahap kronik. Datang untuk membeli herba. Dengan gembira beliau berkata 'memang tidak percaya, tapi itulah kenyataanya.' Beliau telah menjalani pembedahan di pusat itu. Dan sekarang paras kolesterolnya telah turun ke tahap normal.

Pesakit datang dari Jakarta.



Kes kronik 7 - MATA HAMPIR BUTA.

Seorang lelaki China, berusia 42 tahun dari Taiping. Datang ke pusat itu untuk menjalani pembedahan. Satu jam kemudian, telah mampu untuk bergerak dan pulang ke rumah adiknya di Kuala Lumpur. Isterinya berkata beliau melihat sendiri bagaimana pembedahan itu dijalankan.

Pesakit datang dari Taiping, Perak.



Kes kronik 8 - KANSER PANGKAL RAHIM.

Seorang wanita Melayu yang membawa ibunya datang untuk menjalani rawatan sakit lelah. Si wanita itu menceritakan bagaimana dia telahpun sembuh dari sakit KANSER PANGKAL RAHIM. Alhamdulillah, kehidupannya sekarang sudah pulih seperti sedia kala. Wanita ini menetap di Kajang.

Pesakit datang dari Kajang, Selangor.



Jangan putus harap untuk berusaha dan berubat. Melainkan jika anda tidak mampu dari segi kewangan.


Ini sahaja amal bakti yang boleh aku hulurkan untuk membantu sesama MANUSIA yang berada didalam kesusahan, kesulitan, kepayahan dan KESAKITAN.


Bagi anda yang menhadapi sebarang masalah atau penyakit kronik. Cubalah untuk merawat.


Pusat Rawatan Herbapaty.
No 15 & 15A, Jalan Anggerik,
Seksyen 31,
Kota Kemuning, Shah Alam.


Andainya anda mahu mendapatkan maklumat lanjut, sila emelkan ke - safmi_80@yahoo.com


# Harap maklum. Aku tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan pusat rawatan ini. Cuma sebagai pemberi maklumat untuk mereka yang memerlukan.

Monday, March 02, 2009

EKONOMI yang SUJUD kepada ALLAH


Aku hanyalah HAMBA ALLAH.


Aku bukan seorang ULAMAK.
Aku bukan seorang tokoh POLITIK.
Aku bukan seorang ahli AKADEMIK.


Namun, aku mengaku bahawasanya;


Aku adalah seorang anak keturunan Banjar.
Aku adalah seorang Muslim,
Aku adalah seorang rakyat Malaysia.


Aku amat berharap agar aku 'dipandang' Allah sebagai - HAMBA NYA.


Sudah beberapa minggu dan bulan. Rakyat Malaysia khususnya 'disesakkan' oleh berita politik yang panas.


Dan sudah beberapa bulan, warga dunia 'disesakkan' oleh berita ekonomi yang menjunam.


Berkatalah secara jujur. Dimana sahaja aku pergi dan berbual, khususnya dengan RAKYAT JELATA - WARGA MALAYSIA.


Hampir keseluruhannya melahirkan perasaan berikut dengan perkembangan politik ditanah air:


MARAH. BOSAN. CEMAS. BINGUNG. MELUAT. MENYAMPAH. MEMBODOHKAN RAKYAT. Dan semua yang bersifat - N.E.G.A.T.I.F !!!!!


Kami sebagai rakyat tidak mahu mendengar lagi peristiwa bergaduh di Parlimen.
Kami sebagai rakyat tidak mahu mendengar lagi peristiwa wakil rakyat melompat.
Kami sebagai rakyat tidak mahu mendengar lagi peristiwa peruntukan wang tidak cukup.


Aku bukan seorang AHLI UMNO.
Aku bukan seorang AHLI PAS
Aku bukan seorang AHLI PKR
Aku bukan seorang AHLI DAP.


Aku hanya seorang AHLI KARIAH MASJID.


Bagi aku sebagai seorang pengundi, MEMINTA kepada SELURUH AHLI POLITIK.


Dengarlah rayuan dan rintihan kami.


Apa yang kami mahu ?


Kami sebagai rakyat mahu supaya HARGA BARANG diturunkan, bukan sekadar "DIPANTAU",
Kami sebagai rakyat mahu supaya TOL - DIHAPUSKAN atau dikurangkan.
Kami sebagai rakyat mahu supaya BAHASA MELAYU dikekalkan dalam semua mata pelajaran.
Kami sebagai rakyat mahu supaya PELUANG PEKERJAAN diwujudkan.


Sekarang sudah TERBUKTI, sekarang sudah NYATA, sekarang sudah TERANG LAGIKAN 'DISPOTLIGHTKAN', sekarang sudah JELAS. Ekonomi yang berasaskan kepada akal manusia tidak dapat bertahan.


Kenapa kita masih mahu kepada ekonomi yang menjahanamkan ?


Bukankah Allah telah berikan panduan ?
Bukankah Nabi Muhammad S.A.W telah tunjukkan ?
Bukankah Islam telah ajarkan ?


HANYA EKONOMI ISLAM yang mampu dan terus RELEVAN.


Kenapa masih BERDEGIL ?


Marilah kita pakat ramai - ramai bersolat DHUHA. Bertempat di DATARAN MERDEKA. Diimamkan oleh :
Perdana Menteri
atau Timbalan Perdana Menteri.


Merayulah, menangislah, merataplah, mengadulah, merintihlah, 'dihadapan' ALLAH.


Biarlah AIR MATA kita 'membasahi' DATARAN MERDEKA. Semata - mata mengharapkan kasih sayang dan keredhaan Allah. Supaya Allah memberikan nikmat dan ganjaranNya.


Bukankah ALLAH adalah PENTADBIR ALAM SEMESTA yang MAHA BERKUASA ?